Edisi Terkini! Zara Didakwa Rapat Dengan Suspek - Susulan Pensyarah dan Bapa Dibunuh!

Oleh Kaki Wayang on

Seorang pensyarah, Zara Eleena, 23, yang ditemui mati bersama bapanya di dalam rumah di Taman Kinrara, Puchong, dekat sini kelmarin, dipercayai mempunyai hubungan intim dengan salah seorang suspek lelaki yang ditahan polis pada hari sama.
 
Menurut sumber, lelaki itu merupakan pelajar pensyarah tersebut yang mengambil subjek bahasa.

Katanya, hubungan tersebut dipercayai terjalin ekoran pelajar itu sering membantu mangsa yang kurang upaya menjalankan tugas hariannya.

"Keakraban mereka bukan menjadi rahsia dan diketahui warga kolej kerana mereka bersikap terbuka," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Semalam, polis menahan dua lelaki berusia 18 dan 20-an di sebuah flat di Pandan Indah di sini bagi membantu siasatan kes pembunuhan itu.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...