PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Betol-betol Hangat! Barcelona julang trofi Liga Juara-Juara buat kali keempat

Oleh Kaki Wayang on

Hai semua..dah agak lama Betol-betol Hangat! tak update blog..padahal sehari je pon..kali ni nak update sal bola lah..Manchester United vs Barcelona..aku ni sejak dulu lagi peminat Manchester united..setiap kali dorg main aku tak penah miss nak tgk..kalau miss live pon..aku tetap akan tgk ulangan atau siaran tertunda..pagi tadi perlawanan akhir Champions League..dan kesudahannya Manchester United kalah 1-3..sangat sedih..tapi kalau sedih pon bukan Man U nak bagi aku duit pon...ni sedikit cerita sal perlawanan pagi tadi..

 
Barcelona merangkul kejuaraan keempat Liga Juara-Juara dengan bergaya dengan membenam Manchester United 3-1 dalam aksi di Stadium Wembley.

Barcelona memecah kebuntuan pada minit ke-27 selepas mendominasi perlawanan sebaik wisel ditiupkan apabila Pedro Rodriguez berjaya membaca hantaran Xavi Hernandez.

Bagaimanapun keceriaan mereka tidak lama apabila kesungguhan Manchester United terbukti dengan sentuhan Wayne Rooney tujuh minit kebuntuan untuk mengakhiri separuh masa pertama dengan 1-1.

Permainan bersambung tidak seperti yang diharapkan buat peminat Red Devils apabila pasukan dari Catalunya itu terus mendominasi permainan.

Asakan bertali-arus mencerahkan lagi peluang juara 2009 itu memburu gol. Kawalan longgar terhadap Lionel Messi membawa padah buat pertahanan Manchester United yang melepaskan rembatan leret sehingga gagal dibaca Edwin van Der Sar.

Tatkala Messi diberi kawalan ketat, David Villa mencuri perhatian dengan kerja-kerasnya sepanjang perlawanan. Penyerang terbanyak Sepanyol membunuh sisa perjuangan lawan untuk menjadikan kedudukan 3-1.
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Barcelona julang trofi Liga Juara-Juara buat kali keempat

Betol-betol Hangat! Jabatan Perkhidmatan Awam Beku Pengambilan Kerja Hingga Ogos

Oleh Kaki Wayang on

Dah ada kerja lum? Dah mohon kerja? Dah berkira-kira nak kerja ngan sektor kerajaan tak? zaman sekarang adalah zaman yang tak memerlukan anda untuk memilih jenis pekerjaan..kat tempat aku..ada yang dapat degree undang-undang pon keje sebagai PT (Pembantu Tadbir) jew..so dah xde masa dah nak pilih-pilih keje..kalau memilih tak kemana..malah akan menyusahan ibu bapa..asyik2 dorg je yang nak tanggung kita..so cari lah keje k..tak kiralah keje ape pon..aku ni penah menoreh getah, seorang petani dan penah wat 5 keje dalam satu2 masa..

Namun masalahnya, bagi yang dah berhajat nak mohon keje ngan sektor kerajaan..ini merupakan berita yang mungkin akan melemahkan semangat anda..tapi jangan risau..teruskan mencuba ok..gagal sekali bukan bererti gagal untuk selamanya..keje dan rezeki tak kan datang dengan berdoa dan duduk sajoooo...korang kene usaha..usaha tu bermakna..keep on apply..jangan sekali gagal terus tak nak..untuk itu pengambilan akan dibekukan bermula dari 20 Mei sehingga 31 Ogos 2011

Korang baca lah sedikit petikan ni yer..

"Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Abu Bakar Abdullah berkata, keputusan itu dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Perjawatan dan Gaji Sektor Awam (JKK-MPGSA) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 6 Mei lalu. Menurut beliau, pembekuan merangkumi semua kementerian dan Jabatan Persekutuan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Badan Berkanun Persekutuan dan Badan Berkanun Negeri. 

Bagaimanapun, kata beliau, jawatan-jawatan pada gred kenaikan pangkat dan jawatan yang sedang dalam proses lantikan oleh pihak berkuasa melantik adalah dikecualikan. Keputusan (pemansuhan) ini adalah selaras dengan langkah kerajaan untuk merasionalisasi dan mewujudkan perkhidmatan awam yang kejat,katanya. 

Beliau berkata demikian dalam satu pekeliling yang dikeluarkan kepada ketua setiausaha, ketua jabatan persekutuan, setiausaha kerajaan negeri, setiausaha suruhanjaya perkhidmatan, pihak berkuasa berkanun persekutuan/negeri dan pihak berkuasa tempatan. Pekeliling itu diperoleh menerusi laman web JPA. 

Abu Bakar menasihatkan semua agensi supaya tidak mengemukakan permohonan penstrukturan semula organisasi dan pengukuhan perjawatan dalam tempoh tersebut. Katanya, jabatan itu juga akan melakukan auditan perjawatan secara komprehensif di setiap agensi kerajaan semasa pelaksanaan keputusan ini. 

Sehubungan itu, semua pihak dipohon untuk memastikan pelaksanaan arahan ini dipatuhi dengan memberi kerjasama sepenuhnya kepada jabatan ini semasa pelaksanaan auditan perjawatan itu,jelasnya."



Sumber: Berita Semasa

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Jabatan Perkhidmatan Awam Beku Pengambilan Kerja Hingga Ogos

Betol-betol Hangat! Proton Saga FL 1.6L Campro

Oleh Kaki Wayang on


Wah..pagi tadi beli paper Harian Metro..terbaca satu iklan..dan ini merupakan berita gembira bagi yang meminati jenama Proton lebih-lebih kereta jenis Proton Saga..Baru-baru ini Proton telah melancarkan Proton Saga FL 1.3..dan kemudian hari ini Proton sekali lagi melancarkan jenama susulan bagi jenis Saga FL..namun begitu ianya dilancarkan dengan enjin yang agak besar sedikit berbanding keluaran terdahulu..Tahniah Proton atas pelancaran ini..


Dengan pelancaran ini ianya akan menambah lagi rencah persaingan sihat antara pengeluar kereta di Malaysia..daripada aku membebel kat sini apa kata korang tgk je gambar ni yer..

Dengan Proton Saga FL 1.6L Campro IAFM sebagai enjin utama menjadikan kereta jenis ini akan lebih berkuasa dan menjadi pilihan..da,n Saga FL 1.6 ini hanya akan dilancarkan dengan warna putih sahaja..lawoooo  lah warna putih..suci jewww..yang paling penting ianya murah sedikit berbanding Persona..so korang leh lah nak buat bajet kan..itu pon kalau korang minat jenama proton..





Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Proton Saga FL 1.6L Campro

Betol-betol Hangat! Honda Jazz baru menawan

Oleh Kaki Wayang on

Korang tengok jela gambar yang upload kan ni..malas nak taip..hehe..Honda Jazz ni menawan tapi kan macam agak mahal je harga Honda Jazz ni..takpela..ada rezeki leh lah beli..tak de rezeki tak yah beli..tul tak?




Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Honda Jazz baru menawan

Betol-betol Hangat! Filem Nur Kasih The Movie catat 3.5 juta

Oleh Kaki Wayang on


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiJt-wh6EGg3Qrh48XGbyv6Ec_YIbkNAQGUsSFqX9UA0VpEjtD-q4CC2WK-HfidQwqCDB9_Hh7Avumlm04sd7jWrIJAVeZyjc789JnQXAinIu_OeyaSTS7mXyYaZqTLRIOEO8iaaMPdRpU/s400/Nur-Kasih-the-Movie-LimauAis-3.jpg

Filem Nur Kasih yang diangkat daripada siri popular Nur Kasih turut mencatat kutipan memberansangkan iaitu sebanyak RM3.5 juta selepas seminggu tayangan di seluruh Negara. Dan pihak Primeworks difahamkan ingin memohon agar file mini dilanjutkan tayangannya selama 4 minggu berbanding dengan syarat wajib tayang iaitu 2 minggu.

Bagi yang belum menonton filem ini, korang pegilah tengok kat wayang..filem ni tak de kat mana-mana siaran berbayar termasuk Astro First.. kang dah habis tempoh tayangan menyesal..tak kan nak tunggu raya kot baru nak tengok kat TV..
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Filem Nur Kasih The Movie catat 3.5 juta
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...