PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Betol-betol Gempak! Blog ku disapa seseorang!

Oleh Kaki Wayang on

Wahhh terkejot Mak nokkkk..hahahaha..bertuah betol angka 189 ni kan..sebab 'dia' follow aku jugak akhirnya..baru nak buat entri pasal "Kenapa blogger-blogger otai tak nak jadi follower blogger baru?" tapi akhirnya tak jadi buat entri tu sebab 'dia' dah jadi follower bertuah aku...kalau 'dia' ada kat sini sekarang dah tentu-tentu aku belanja makan kat Pekan Sari (Pekan Sehari) Muadzam Shah..

Orang lain mungkin tak kisah sangat kot..tapi aku kisah..sebab 'dia' ni blogger senior yang sangat meletop..so bertuah sangat dia jadi dan sudi jadi follower aku..yihaaaaa..perghhhh..hidung kembang sentiasa lah aku pas ni..nak tahu siapa?moh kite tengok gambar kat bawah ni..


Kenal tak sape tu? kompomlah korang kenal kan..BEN ASHAARI laaaa..nak tahu nape blog dia best dan salaing mendapat tumpuan blogger-blogger lama dan baru (bodek tak hengat)..korang kene lah pegi sendiri ke blog dia..Santai Bersama BEN ASHAARI!

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Gempak! Blog ku disapa seseorang!

Betol-betol Hangat! Suami bangang!

Oleh Kaki Wayang on

Ugut bunuh isteri minta baju raya!!!

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg12x6EtV7XksS9yyzd3rSmlV7Kdq_TTYSH7C7_gptyfrqQJ8RoJ2RRJCzZOWi0WN4sGiKqXcBO_HpB4YTP4884TPTKaL4jpgv-0wIlLdl4igSf2TwHPhVuOJ5BwspbZ6IG0CymQo9GDG8/s1600/6a00d83451785c69e200e54f410bf28833-640wi.jpg
 Sekadar gambar hiasan

Hanya kerana inginkan sepasang baju baru untuk sambutan Aidilfitri tidak lama lagi, seorang isteri bukan saja cedera ditumbuk, ditendang dan dipijak malah turut diugut bunuh suaminya dalam kejadian di rumah mereka di Semenyih.

Akibat tidak tahan didesak mangsa, suspek bertindak luar jangkaan apabila menumbuk muka isterinya selain menendang dan memijak perut isterinya sehingga menyebabkan mangsa cedera di mata dan lebam di beberapa bahagian badan.

“Suspek juga turut mengugut untuk membunuh mangsa jika terus memintanya membelikan baju baharu. “Mangsa yang kesakitan merayu tidak terus diperlakukan sedemikian, tetapi suspek tidak mengendahkan rayuan mangsa,”

P/s: Perghhh sadis..memang bangang betol lah lelaki ni..kengkawan yang dah berkeluarga tu..please lah jangan korang jadi macam ni tau..macam budak kecik..pasal baju raya pun nak buat macam ni kat isteri..isteri tu bukan barang mainan tau..kaum hawa bukan tempat nak marah-marah..tapi tempat untuk melepaskan kasih sayang, dibelai dan mereka juga adalah makhluk Allah SWT yang tak terhingga nilainya..jangan jahat-jahat yer..ta mo, ta mo..



Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Suami bangang!

Betol-betol Hangat! Monyet seperti makhluk asing

Oleh Kaki Wayang on

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgwSyWv_gV3piFMJshgEbuj5DMbjwhKjXydqwQdWPLN1JcUZorLrwzooSzCChX9bIIjzXft7D3bhz-0zUB3h02OMmuZCNQB7_rnaa45UbzZS6UaY2RBXsxCjmRduJUu1PJXFRRyG6l2YhMR/s1600/mao+xiping.jpg 

Aku tak pernah nampak makhluk asing..begitu juga manusia di muka bumi ni..so, aku tak tahu rupa makhluk asing macam mana..tapi inilah kenyataan..banyak sangat berita mengenainya..so tajuk pown agak tak hengat sikit..monyet seperti makhluk asing..ade ke gambar kat atas tu macam makhluk asing..sape yang dah penah tengok makhluk asing?


Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Monyet seperti makhluk asing

Betol-betol Simpati! Apa salah saya!

Oleh Kaki Wayang on

Sedih dan simpati menyelubungi diri apabila kisah simbah asid kembali menjadi duri dalam daging setiap manusia di muka bumi ini..entah apa salah dan silapnya mereka diperlakukan sedemikian..sedih dan pilu bila membaca kisah mereka..

Alkisahnya:-

http://syahrilkadir.files.wordpress.com/2011/05/klserialacidsplashervictim.jpg

Bukan gambar sebenar

Muka saya tiba-tiba menjadi panas selepas dibaling ‘air’ oleh seorang lelaki ketika dalam perjalanan ke rumah rakan untuk mengulang kaji pelajaran,” kata Shafiq Haikal Mat Safar Zaidi, 13, mangsa simbahan asid seorang lelaki kurang siuman dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam di Felda Jengka 9 di sini, Selasa lalu.

Beliau berkata, dia yang menunggang motosikal bersama adiknya, Shafiq Aiman, 9, baru pulang dari mengaji al-Quran dan bercadang ke rumah rakan untuk mengulang kaji pelajaran bersama tetapi secara tiba-tiba dikejar seorang lelaki sebelum membaling sesuatu ke arah mereka. “Lelaki itu berlari ke arah kami dan terus melempar sesuatu menyebabkan muka dan badan kami menjadi pedih serta terbakar.

“Motosikal yang ditunggang pula hilang kawalan lalu terbabas ke tepi jalan sebelum terjatuh. Nasib baik saya menunggang perlahan dan tiada kecederaan parah tapi sedih apabila cecair itu menyebabkan hampir keseluruhan muka dan badan terbakar,” katanya ketika ditemui di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, semalam.

Katanya, dunianya bertukar gelap serta-merta selepas mata kiri cedera dan menarik tangan adiknya yang cedera di kedua-dua mata supaya bangun untuk meminta pertolongan.

Menurutnya, lelaki yang membaling cecair itu kemudian terus melarikan diri,” katanya yang kini di rawat di unit kebakaran kanak-kanak HKL.

Sementara itu, ibu mangsa, Rohashimah Julaili, 33, tidak menyangka perkara itu menimpa anak sulung dan keduanya kerana sebelum ini lelaki berkenaan hanya mengamuk tetapi tidak pernah membuat tindakan di luar kawalan.

P/s: Tak tahu lah macam mana keadaan mereka untuk meneruskan kehidupan penuh dengan dugaan ini..kalau boleh biar akta atau undang-undang yang lebih "kejam" lagi dikenakan kepada manusia-manusia jahat (penyimbah asid) ini..

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Simpati! Apa salah saya!

Betol-betol Hangat! Tiada alasan lagi....!

Oleh Kaki Wayang on

SEJARAH...warga kota menunaikan solat  Jumaat buat pertama kali di Surau Jumaat Al-Hidayah di Hentian Puduraya  pada 8 Julai lalu. 

Selepas dibuka pada 1976, surau di Hentian Puduraya di sini yang sekian lama berkhidmat sebagai tempat umat Islam beribadat terutama penumpang bas, kini berubah wajah. Dengan perubahan drastik hampir ‘360 darjah’, surau terbabit kini diiktiraf sebagai surau ke-71 yang dibenar melakukan ibadat solat Jumaat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Sesuai dengan penaikta rafan itu, ia kini dikenali sebagai Surau Jumaat Al-Hidayah dan tanggal 8 Julai 2011 lalu menjadi catatan sejarah apabila hampir 500 jemaah hadir menunaikan solat Jumaat buat kali pertama. Pengurus Besar Kanan Perancangan Korporat dan Strategik, Uda Holdings Berhad, Mohd Kamaruddin Abdul Manan berkata, pengiktirafan itu signifikan kepada pihaknya dan pengurusan Hentian Puduraya dalam usaha menunaikan tanggungjawab sosial mereka kepada umat Islam yang menggunakan kemudahan terminal berkenaan.

Kemudahan yang ada:-
  • Surau di tingkat dua bangunan itu mempunyai keluasan kira-kira 900 meter persegi (termasuk ruang lobi) dan mampu memuatkan 1,000 jemaah dalam satu masa berbanding hanya 400 jemaah sebelum ini.
  • Dewan solat berhawa dingin, ia turut dilengkapi kemudahan lain yang baik dan selesa seperti tandas lelaki dan wanita, bilik loker untuk kemudahan menyimpan barang serta ruang berwuduk yang luas.
  • Televisyen LED untuk membolehkan jemaah melihat khatib membaca khutbah juga disediakan di bahagian parkir kereta yang juga boleh digunakan sebagai tempat sembahyang bagi menampung lebihan orang ramai yang datang untuk bersolat.
  • Surau berkenaan dihubungkan dengan eskalator dari tempat ruang menunggu bas dan kaunter tiket di bahagian bawahnya bukan lagi tangga yang sempit seperti dulu.
P/s: So, lepas ni dah tak de alasan lagi dah pada penumpang-penumpang atau penduduk sekitarnya dari elak tak solat Jumaat..yelaa lagipun ramai diantara kita yang cuba untuk lari dari menunaikan tanggungjawab seorang yang beragama Islam untuk Solat Jumaat..alasannya takut tertinggal bas dan macam-macam lagi..itu tak tengok lagi budak-budak melayu masuk ke Shopping Mall setiap hari Jumaat..semuanya sebab nak elak dari Solat Jumaat..so, dah ada kemudahan gunakanlah sebaik mungkin..jangan sampai Allah SWT tarik nikmat sihat baru terfikir nak solat..


Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Tiada alasan lagi....!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...