PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Betol-betol Simpati! Benjy masuk ICU

Oleh Kaki Wayang on

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/BenjymasukICU/frontpage.jpg

“Lemah”. Hanya itu perkataan yang keluar dari mulut pelakon, Khairil Benjamin Ibrahim, 33, atau lebih dikenali sebagai Benjy yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Putrajaya, di sini, selepas diserang penyakit asma kronik. Difahamkan Benjy dimasukkan ke hospital berkenaan sejak tiga hari lalu kerana menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di hidungnya yang selama ini menyebabkan dia sukar bernafas.

Bagaimanapun, selepas pembedahan itu dia diserang asma teruk sehingga memerlukannya menggunakan alat bantuan pernafasan. Anak lelaki tunggal seniwati terkenal Azean Irdawaty itu ketika ditemui di hospital berkenaan, petang semalam kelihatan payah bercakap akibat kesukaran bernafas.

Alat bantuan pernafasan sudah dibuka dan dia boleh bernafas sendiri walaupun dalam tersekat-sekat. Walaupun lemah, keadaannya stabil, tetapi belum mengetahui bila dapat keluar dari wad berkenaan.

“Lemah, tapi lebih baik,” katanya, sambil sesekali memejamkan mata dan sering menarik nafas panjang.

Benjy berkata, sepanjang berada di hospital dia ditemani bapanya, Khairil Anuar Zainal Mukhtar. Ini kali kedua Benjy dimasukkan ke ICU akibat diserang asma. Pada 20 April lalu, Benjy yang ketika itu dalam perbicaraan membabitkan kes dadah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur dimasukkan Hospital Pakar Damansara kerana mengalami masalah pernafasan dan asma.

Benjy sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila ditahan polis di rumahnya Mac tahun lalu, untuk membantu siasatan kes pengedaran dadah. Selepas lebih setahun kes itu dibicarakan di mahkamah, Benjy dikenakan hukuman denda RM5,000 kerana kesalahan memiliki 0.24 gram syabu.

Hukuman itu dijatuhkan Majistret Hafizza Sauni, 17 Ogos lalu. 

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Simpati! Benjy masuk ICU

Betol-betol Sengal! Isteri simbah muka suami dengan cuka getah

Oleh Kaki Wayang on

PARAH...mangsa melecur pada muka dan badan  akibat disimbah asid oleh isterinya. 


Seorang peniaga murtabak melecur di muka dan separuh badan manakala mata kanannya kabur akibat disimbah sejenis cecair dipercayai cuka getah oleh isterinya selepas mereka bertengkar dalam kejadian di Kampung Kok Lanas di sini, pagi semalam.

Kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu berlaku ketika mangsa, Mahyudin Abdullah, 47, sedang menguli tepung roti canai di rumahnya untuk dijadikan doh sebelum dijual kepada pelanggan di bazar Ramadan Kok Lanas. Ketika asyik menguli tepung roti canai itu, tiba-tiba datang isterinya membawa sejenis cecair dipercayai asid dalam sebuah bekas sebelum menyimbah ke arahnya menyebabkan mangsa menggelupar kepanasan.

Insiden itu menyebabkan mangsa dikejarkan ke sebuah klinik berdekatan untuk mendapatkan rawatan awal sebelum dibawa menaiki sebuah ambulans ke wad kecemasan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) berikutan keadaannya yang kritikal.

Difahamkan, perselisihan faham berkenaan berlaku dua hari lalu, menyebabkan isteri mangsa yang berusia 40-an nekad menyimbah cuka getah ke tubuh suaminya.

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Sengal! Isteri simbah muka suami dengan cuka getah

Betol-betol Gempak! Giveaway kepada pengunjung Blog Betol-betol Hangat!

Oleh Kaki Wayang on

Ok Giveaway ini tak perlu nak buat header atau pape pun..apa yang korang perlu buat hanyalah..:-

Kunjungi Blog Betol-betol Hangat!
Like Fanpage D'Informationz

Update setakat ini:-


Sila baca selanjutnyaBetol-betol Gempak! Giveaway kepada pengunjung Blog Betol-betol Hangat!

Betol-betol Kagum! Ini Kisahku - Catriona Ross

Oleh Kaki Wayang on

Ini merupakan satu lagi kisah pengajaran dan iktibar yang boleh diambil dari artis-artis tanahair..lihat bagaimana mereka berubah dari "kurang baik" kepada yang lebih baik..semoga Allah SWT akan memberikan hidayah kepada kita semua..



Sila baca selanjutnyaBetol-betol Kagum! Ini Kisahku - Catriona Ross

Betol-betol Kagum! Ini Kisahku - Wardina Saffiyah

Oleh Kaki Wayang on

Jom kita muhasabah diri..tonton video ini dan ambil iktibar serta pengajaran daripadanya..semoga ianya akan menjadi satu titik tolak perubahan kepada kehidupan kita..terimalah INI KISAHKU - WARDINA SAFFIYAH


Sila baca selanjutnyaBetol-betol Kagum! Ini Kisahku - Wardina Saffiyah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...