PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Betol-betol Hangat! Jangan Judge Sebelum Tonton Filem Nasi Lemak 2.0

Oleh Kaki Wayang on

http://3.bp.blogspot.com/-E_OONwWrUro/Tl2r8-qo8fI/AAAAAAAACIg/aX4SGbabtfY/s1600/Nasi+Lemak+2.0+movie+review+Namewee+Karen+Kong.jpg

Pemuzik independent, Wee Meng Chee atau lebih dikenali dengan nama Namawee yang pernah mencetuskan kontroversi kerana didakwa menghina lagu Negaraku menegaskan filem pertamanya, Nasi Lemak 2.0 bukanlah sebuah filem yang dihasilkan dengan tujuan menghina mana-mana pihak politik atau bangsa. 

Sebaliknya, filemnya itu mempunyai unsur positif tentang perpaduan bangsa, malah, ia juga turut menggambarkan mengenai kehidupan masyarakat majmuk yang berbilang bahasa dan budaya di negara ini.

"Saya tak mahu masyarakat berprasangka buruk terhadap diri saya, sebelum mereka untuk menonton filem saya. Perkara yang lepas itu sudah lama berlalu, malah apa yang berlaku itu semua hanyalah sekadar salah faham.

"Terus-terang, media yang banyak mencetuskan perkara itu sehingga ianya menjadi begitu kontroversi. Saya sudah terangkan dalam blog saya sebelum ini yang saya tidak bersalah dan apa yang berlaku hanyalah sekadara satu salah faham. Namun, ramai yang tidak percayainya.

"Jadi, tolong jangan cepat judge diri saya sebelum melihat apa yang saya cuba sampaikan dalam file mini. Filem ini menonjolkan semangat perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Saya boleh terima kritikan jika orang ramai menonton dan menilai filem saya terlebih dahulu,"katanya.

Apa yang pasti filem yang menggunakan bahasa Cina sebagai bahasa utamanya iti turut dibintangi oleh pelakon Melayu seperti Adibah Nor, Nur Fatia dan Afdlin Shauki selain pelakon-pelakon berbangsa lain.

Misalnya, Karen Kong, Kenny & Chee, Reshmonu, Dennis Lau, Nadine Thomas, Pete Teo, Ho Yuhang, Dian Sharlin dan Felixia Yap, Dennis Lau, pendatang baru Felixia Yeap serta Namawee sendiri. Pun begitu, tambah Namawee lagi dia tidak bimbang dengan persepsi orang terhadapnya seperti sebelum ini. Yang penting filemya itu mendapat sokongan daripada pelbagai pihak.

"Saya tak boleh nak ubah atau nak paksa orang suka saya. Jadi saya terima saja apa yang akan terjadi nanti. Apa yang penting filem Nasi Lemak 2.0 ini tiada langsung unsure negatif. Malah, ianya juga sudah pun melepasi tapisan LPF.

"Lagipun kalau ianya mempunyai unsur-unsur perkauman sudah tentu pelakon hebat seperti Adibah Nor dan Afdlin Shauki tidak akan berlakon dalam filem saya," jelasnya yang ditemui selepas press preview Nasi Lemak 2.0 di MBO, di Subang Parade, malam semalam.

Menariknya, filem Nasi Lemak 2.0 sudah pun ditayangkan secara perdana dan pertama kalinya di Hoyts di Melbourne Central, Australia pada 31 Ogos lalu. Manakala tayangan pertamanya di Malaysia bakal berlangsung pada 8 September 2011 (hari ini).

Seara ringkas, Nasi Lemak 2.0 mengisahkan mengenai Chef Huang (Namewee) yang berdepan kesukaran untuk meneruskan perniagaan makanan miliknya kerana dia gagal menyediakan masakan 'tempatan' yang diinginkan oleh para pelanggannya.

Bagi membolehkan dia meneruskan kehidupannya serta perniagaan restorannya, Chef Huang perlu mendapatkan bantuan dari pada penjaja gerai wanita penuh misteri (Adibah Noor), yang mengarahkan dia agar memulakansatu pengembaraan yang hebat dalam kehidupannya. Dalam pengembaraan itu, dia berjumpa dengan ramai orang yang terdiri daripada pelabagai kaum iaitu Baba Nyonya, Melayu dan India sehingga membuatkan dia berjaya menjadi chef yang terkenal.

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Jangan Judge Sebelum Tonton Filem Nasi Lemak 2.0

Betol-betol Gempak! Rooney pastikan United berpesta gol lagi

Oleh Kaki Wayang on

 

Wayne Rooney meledak tiga gol dan Javier Hernandez menambah dua lagi gol bagi membantu Manchester United membelasah Bolton 5-0 semalam, untuk meneruskan permulaan sempurna dalam Liga Perdana Inggeris. United meneruskan kecemerlangan membelasah Arsenal 8-2 dengan satu lagi pesta gol apabila Hernandez menjaringkan gol pembukaan hanya empat minit perlawanan sebelum Rooney menambah dua lagi gol sebelum rehat.

"Kami hanya fokus pada diri sendiri. Kami sedar ialah adalah perlawanan yang sukar, kami fokus, memastikan kami meraih kemenangan. Kemenangan ini lebih mudah daripada apa yang kami jangkakan," kata Rooney.

Hernandez menjadikan kedudukan 4-0 pada minit ke-58 sebelum Rooney menjaringkan gol kesepuluh dalam enam perlawanan terakhir bersama United dan England pada pertengahan babak kedua. Ia adalah hatrik kedua berturut-turut Rooney dalam liga selepas juga meledak tiga gol ketika menentang Arsenal. 

United di tangga teratas liga dengan 12 mata daripada empat perlawanan, mengatasi Manchester City menerusi kelebihan jaringan.

Tambah Rooney, United sewajarnya mendapatkan lebih banyak jaringan ketika beraksi di Stadium Reebok.
"Kami mendapat gol awal dan sewajarnya kami mendapatkan lebih banyak lagi jaringan. "Ini juga adalah kali pertama saya digandingkan dengan Javier musim ini, yang menyaksikan kami menjaringkan gol dengan baik. 

"Kami mempunyai masa yang lama untuk berehat serta melalui pra-musim dengan baik. Ketika ini saya bebas daripada kecederaan sekali gus dapat membantu pasukan memulakan kempen musim ini dengan hebat," jelas Rooney.

Sementara itu, pengurus Alex Ferguson percaya United berada pada landasan yang betul untuk mendahului Liga Perdana Inggeris selepas bermula cemerlang musim ini. Kemenangan semalam bermakna United telah meledak 18 gol dalam empat perlawanan dengan sebahagian besar menerusi Rooney.

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Gempak! Rooney pastikan United berpesta gol lagi

Betol-betol Keliru! Sejak bila Nik Aziz terima wahyu boleh keluarkan fatwa?

Oleh Kaki Wayang on

http://mynewshub.my/bm/files/2011/06/nik_aziz1.jpg

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hari ini secara sinis mempersoal sejak bila Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat 'menerima wahyu' sehingga Mursyidul Am Pas itu boleh mengeluarkan 'fatwa' bahawa usaha UMNO untuk menawan Kelantan tidak akan mendapat balasan baik di akhirat kelak.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, jika benar Nik Abdul Aziz dimuliakan sehingga melayakkan beliau menjadi orang Melayu pertama 'menerima wahyu' daripada Allah, Mursyidul Am Pas itu perlu menjelaskan kepada seluruh rakyat negara ini nama malaikat yang ditugas untuk menjalankan amanah tersebut.

"Saya nak tanya sejak bila pula Nik Abdul Aziz ini 'terima wahyu' sehingga dia boleh mengeluarkan 'fatwa' berdosa jika kerajaan Pas Kelantan dirampas oleh UMNO pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 nanti. Jika benar beliau terima 'wahyu' berkenaan, sebutlah malaikat mana pula yang ditugaskan menyampaikan wahyu itu?
"Pada Nik Abdul Aziz, semua yang berkait dengan UMNO berdosa. Apa yang tidak berdosa pada pemikiran beliau hanya bersubahat dengan DAP walaupun akhirnya yang menjadi mangsa adalah orang Melayu beragama Islam," katanya dalam satu kenyataan kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan terbaru Menteri Besar Kelantan itu yang mendakwa usaha UMNO Kelantan untuk menawan kembali negeri berkenaan daripada Pas tidak akan mendapat balasan baik di akhirat kelak kerana ia tidak selari dengan kehendak Islam yang kononnya diperjuang parti tersebut.

Mengulas lanjut, Ibrahim tidak sedikit pun setuju dan percaya dengan 'fatwa' karut Mursyidul Am Pas itu kerana yakin jika UMNO berjaya menawan kembali Kelantan yang sudah diperintah selama 21 tahun oleh Pas, rakyat negeri itu akan menikmati kehidupan lebih senang.

Jelas beliau, rakyat Kelantan tidak lagi akan dibelenggu dengan masalah air iaitu salah satu keperluan asas yang tidak mampu disediakan oleh Kerajaan Pas Kelantan walaupun sudah lebih dua dekad memerintah kerana pemimpinnya lebih sibuk berceramah berbanding memikirkan cara menyelesaikan masalah rakyat.

"Pemimpin Pas Kelantan yang diketuai Nik Abdul Aziz langsung tiada inovasi dalam pentadbiran meskipun untuk menyelesai masalah yang paling asas. Air bersih adalah keperluan asas, tapi apa yang Pas buat selepas 21 tahun? Mereka hanya pandai menuduh dan memburukkan orang lain dalam ceramah sahaja," katanya.
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Keliru! Sejak bila Nik Aziz terima wahyu boleh keluarkan fatwa?

Betol-betol Hangat! Gaddafi tidak minat sukan

Oleh Kaki Wayang on

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh3zsy2Ci-xgQfRxFB23xPFfmiCIp7l4UyUhWGu4lVP_V3TnICPecvBzjbO5xXyrbJuGQH5SqJPYxAu0M17vAazJlBK1lKDlndCM0deReuNDUe333zUgpJBZHezB8u4kVNNO-uSFyRTfTdo/s1600/gaddafi_dw_politik__545028g.jpg

Pemimpin Libya yang kini dalam buruan, Muammar Gaddafi tidak meminati bintang sukan kerana takut populariti mereka akan menggugat kedudukannya sebagai pemerintah negara malah nama pemain bola sepak tidak dibenarkan disebut dan hanya merujuk kepada nombor jersi masing-masing.

“Dia (Gaddafi) tidak meminati sukan malah nama para pemain bola sepak dan sukan lain tidak dibenarkan disebut kecuali nombor jersi yang dipakai.

“Dia tidak tahu apa-apa mengenai sukan dan sanggup berbelanja berjuta-juta dolar bagi tujuan keganasan atau membayar seseorang untuk menulis lagu mengenai dirinya,” kata Ketua Eksekutif Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan Libya, Nabil Elalem.
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Gaddafi tidak minat sukan

Edisi Soal Jawab! Terlanjur lafaz kata cerai

Oleh Kaki Wayang on

SAYA mengandung anak ketiga yang kini sudah masuk lima bulan. Pada awal kandungan, suami saya tidak mahukan kandungan ini kerana masalah ekonomi disebabkan menanggung hutang ansuran kereta, rumah, pengasuh anak dan perbelanjaan bulanan.
 
Kami pernah bergaduh dan suami saya pernah terlepas cakap, “Aku tak mahu kau lahirkan budak ini, kalau kau melahirkan budak ini dengan selamat kita bercerai” tetapi suami saya tidak bermaksud untuk bercerai kerana ketika itu fikirannya amat kusut dan terlepas cakap.

Baru-baru ini, suami saya cakap dia sedia menerima bayi dalam kandungan ini dan mahu selamatkan rumah tangga kami tetapi risau dengan kata-katanya sebelum ini ketika kami bergaduh.

Suami tidak tahu apa yang perlu dia lakukan untuk menyelesaikan keterlanjuran kata-katanya itu. Suami saya pernah telefon ke pejabat agama untuk minta pendapat mengenai permasalahan kami ini tetapi pegawai yang jawab panggilan itu berkata, “tunggu sahajalah bayi lahir kemudian daftar penceraian di mahkamah serta tunggu keputusan mahkamah.”

Sekarang suami saya tidak mahu naik mahkamah dan mahu selesaikan di luar mahkamah. Pada pendapat Dr, apakah situasi permasalahan saya ini dan jalan penyelesaian terbaik? 

JAWAPAN:

UNDANG-UNDANG keluarga di Malaysia memperuntukkan bahawa seseorang suami atau isteri yang hendak bercerai hendaklah menyerahkan permohonan untuk perceraian di Mahkamah Syariah. Apabila pihak Mahkamah berpuas hati, mahkamah menasihatkan suami supaya melafazkan talak di hadapan mahkamah. lazimnya lafaz talak berlaku di luar mahkamah dan tanpa kebenaran.

Dalam situasi ini, suami hendaklah melaporkan kepada mahkamah dalam masa tujuh hari. Mahkamah kemudian menyiasat sama ada ia dilafazkan mengikut hukum syarak atau tidak. Apabila ia sah mengikut hukum syarak, maka mahkamah membuat perintah membenarkan perceraian dengan talak. Inilah prosedur yang dikatakan pegawai agama di atas.

Secara umumnya, mahkamah menyiasat sama ada lafaz di atas iaitu “Aku tak mahu kau lahirkan budak ini, kalau kau melahirkan budak ini dengan selamat kita bercerai” termasuk dalam lafaz cerai taklik atau tidak.

Mahkamah menyiasat perkara itu berdasarkan keterangan suami dan puan sendiri. Seterusnya mahkamah mengesahkan lafaz taklik berkenaan dan memutuskan sama ada ia menggugurkan talak atau tidak.

Memandangkan lafaz sedemikian sudah terjadi, saya berpendapat suami puan perlu melaporkannya kepada mahkamah untuk dibuat siasatan. Ini dapat menyelesaikan kekeliruan dan gangguan psikologi kepada keluarga terutama rasa bersalah dan sebagainya. Itulah sebenarnya yang dicadangkan pegawai agama berkenaan.

Dengan kata lain, mahkamah memberi kata putus mengenai kedudukan lafaz itu. Selain itu, negara kita mempunyai undang-undang keluarga yang perlu dipatuhi dan diselesaikan secara baik di mahkamah. Penyelesaian di luar mahkamah tidak bersifat rasmi dan membawa masalah pada masa hadapan. Umpamanya, bilangan cerai dan talak yang berlaku tidak direkodkan atau sebagainya.

Ia juga sebagai pengajaran supaya tidak mudah menggunakan kata cerai dan talak. Islam juga melihat perceraian sebagai suatu yang tidak baik kerana sudah meruntuhkan rumah tangga. Inilah yang diinginkan syaitan.

Sila baca selanjutnyaEdisi Soal Jawab! Terlanjur lafaz kata cerai
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...