PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Edisi Sentap! Video Pasangan Remaja Kantoi Beromen Di Tangga!

Oleh Kaki Wayang on


Beginikah persepsi yang orang nak bila tengok orang bertudung? ataupun lelaki yang sepatutnya menjaga kaum yang lemah? Macam-macam hal.




Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Video Pasangan Remaja Kantoi Beromen Di Tangga!

Edisi Informasi! Permohonan dan Syarat Mohon Kolej Vokasional 2016!

Oleh Kaki Wayang on


Sedar tak sedar kita sudah sampai di pertengahan bulan Oktober dan sudah sampai di fasa akhir tahun 2016. Macam biasa, setiap yang bermula apsti ada akhirnya. Setiap yang di atas pasti akan berada di bawah pada satu ketika. Hidup umpama roda. Cewahhhhhh. Namun bukan madah itu yang Kaki Wayang nak sampaikan, tetapi Syarat Mohon Kolej Vokasional 2016 sebenarnya. Ada macam pantun tak?

SYARAT UMUM DAN KHUSUS PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) 2015

(Bagi Murid Tingkatan 3 Yang Mengikuti Aliran Perdana)

SYARAT UMUM
  • Calon adalah Warganegara Malaysia;
  • Calon mestilah murid yang bersekolah di Sekolah Menengah Kerajaan / Sekolah Menengah Bantuan Kerajaan;
  • Calon telah menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang merangkumi Pentaksiran Pusat (PT3), Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani , Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) serta Pentaksiran Psikometrik (PPsi) ;
  • Calon sihat tubuh badan ;
  • Calon bebas daripada sakit kronik (masalah jantung, darah tinggi, kencing manis, sawan (epilepsy), kecacatan dan lain-lain penyakit yang boleh mengehadkan murid daripada melaksanakan kerja amali);
  • Calon bidang elektrik dan elektronik, awam, industri kayu dan pembuat pakaian
  • TIDAK RABUN WARNA / BUTA WARNA.
  • Calon bebas daripada masalah mental; dan
  • Calon berminat dengan program dipohon.
SYARAT KHUSUS

Calon memperoleh sekurang-kurangnya gred D bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan sekurang-kurangnya gred D bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup (Keputusan PT3); dan
Calon memperoleh sekurang-kurangnya Band 3 bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, dan Kemahiran Hidup (Pentaksiran Sekolah-PS).

SYARAT UMUM DAN SYARAT KHUSUS PROGRAM KEMAHIRAN DI KOLEJ VOKASIONAL 2015

(Bagi Murid Tingkatan 3 Yang Mengikuti Aliran Pendidikan Asas Vokasional)
  • Calon adalah Warganegara Malaysia;
  • Calon merupakan murid Program Pendidikan Asas Vokasional (PAV) Tingkatan Tiga (3) Tahun 2015;
  • Calon sihat tubuh badan ;
  • Calon bebas daripada sakit kronik (masalah jantung, darah tinggi, kencing manis, sawan (epilepsy), kecacatan dan lain-lain penyakit yang boleh mengehadkan murid daripada melaksanakan kerja amali);
  • Calon bebas daripada masalah mental;
  • Calon berminat dengan program dipohon;
  • Calon menguasai 3M (membaca, menulis dan mengira); dan
  • Calon bidang elektrik dan elektronik, awam, industri kayu dan pembuat pakaian TIDAK RABUN WARNA / BUTA WARNA.
SYARAT UMUM DAN SYARAT KHUSUS PROGRAM KEMAHIRAN DI KOLEJ VOKASIONAL 2015

(Bagi Murid Tingkatan 3 Yang Mengikuti Aliran Pendidikan Asas Vokasional)
  • Calon adalah Warganegara Malaysia;
  • Calon merupakan murid Program Pendidikan Asas Vokasional (PAV) Tingkatan Tiga (3) Tahun 2015;
  • Calon sihat tubuh badan ;
  • Calon bebas daripada sakit kronik (masalah jantung, darah tinggi, kencing manis, sawan (epilepsy), kecacatan dan lain-lain penyakit yang boleh mengehadkan murid daripada melaksanakan kerja amali);
  • Calon bebas daripada masalah mental;
  • Calon berminat dengan program dipohon;
  • Calon menguasai 3M (membaca, menulis dan mengira); dan
  • Calon bidang elektrik dan elektronik, awam, industri kayu dan pembuat pakaian TIDAK RABUN WARNA / BUTA WARNA
Calon yang berminat, boleh klik ke https://sptv.moe.gov.my/ atau berkunjung ke kolej vokasional yang berdekatan.
Tarikh akhir permohonan ke kolej vokasional adalah pada 20/12/2015

Untuk melihat senarai kolej vokasional dan kursus yang ditawarkan pada tahun 2015, sila klik di sini - Senarai Kolej Vokasional & Kursus Yang Ditawarkan

Sila baca panduan dan info kursus yang ditawarkan di laman web sptv.moe.gov.my terlebih dahulu.
Sila baca selanjutnyaEdisi Informasi! Permohonan dan Syarat Mohon Kolej Vokasional 2016!

Edisi Agama! Suami Cium Jenazah Isteri, Batalkah Wuduk Jenazah? (Wajib Baca)!

Oleh Kaki Wayang on


Pendahuluan

Pernahkah anda terfikir? Atau pernahkah anda mengalami situasi ini? Bagi mereka yang sudah berkahwin sahaja yang pastinya akan melalui saat ini. Namun begitu pernahkah anda terfikir akan hukum mencium jenazah suami/ isteri? Adakah wuduknya batal atau bagaimana?

Situasi

“Suami jangan cium jenazah isteri. Nanti batal wuduk jenazah itu”.

Pelik sekali ada orang kata seperti ni. Kadang kala yang kata tu adalah tukang mandi jenazah. Mana lah dia dapat hukum ni? Kita yang jahil ni pun termakan hingga suami tak dapat cium kali terakhir kepada sang jenazah isteri kerana takut batal wuduknya.

Benarkah Wuduk Jenazah Isteri Batal Jika Suami Cium? Begitu juga isteri dihalang untuk cium jenazah suaminya atas alasan yang sama. Mari buka Kitab fiqh. Mari Belajar ilmu supaya tak termakan dengan perkara ini.

Persoalan dan Jawapan

Batal ke wuduk jenazah tu?

Jawapannya sudah tentu tidak batal. Pertama sekali kita mesti tahu bahawa orang yang telah mati sudah putus dari menjadi mukallaf (orang yang wajib ikut syariat). Ini adalah kerana mereka sudah terpisah dari dunia, maka terpisah dari sebarang hukum. (Dunia adalah tempat beramal dan akhirat adalah tempat adalah tempat meraih kehidupan kekal abadi).

Maka bagaimana kamu boleh kata wuduk jenazah itu batal sedangkan dia sudah tidak ada hukum lagi?

Begitu juga jika najis keluar dari kemaluan jenazah yang sudah ada wuduk. Maka wuduknya tidak batal. Namun wajib bagi kita yang hidup untuk sucikan najis itu. Ini kerana hukum hakam (syariat) hanya bagi mereka yang hidup dan bukanlah yang mati. Maka jika jenazah yang wuduk disentuh oleh mereka yang bukan mahram (atau sang isteri/suami) maka tidak batal wuduk jenazah itu.

Tapi, jika sekiranya yang hidup itu ada wuduk. Maka yang hidup itu, batallah wuduknya. Contoh, suami mati. Isteri cium jenazah suami. Maka suami tidak batal, yang batal adalah si isteri.

Rujukan -Kitab kifayatul muhtadi (Pengajian Dibawa oleh Ustaz Wan Junaidi Hafizullah )

Oleh: Isma Anis Alfikri
Sila baca selanjutnyaEdisi Agama! Suami Cium Jenazah Isteri, Batalkah Wuduk Jenazah? (Wajib Baca)!

Edisi Hangat! Gempar Apabila Gambar Shaheizy Sam Memeluk Anak Dara Orang Tersebar!

Oleh Kaki Wayang on


Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Gempar Apabila Gambar Shaheizy Sam Memeluk Anak Dara Orang Tersebar!

Edisi Ohsem! Inilah Honda C70 Paling Ohsem Di Dunia (16 Gambar)!

Oleh Kaki Wayang on


Sudah pastinya ramai antara pembaca The Kaki Wayang dulunya dilahirkan pada zaman kegemilangan Honda C70. Sampai sekarang masih teringat dan terbayang lagi Honda C70 koleksi abah mertua. Sampai sekarang dia masih lagi menggunakan motor tersebut. Walaupun ada kalanya rosak dan sedikit buat hal namun kecintaannya pada motor tersebut begitu tebal. Sehinggakan ada yang menawarkan harga yang mahal ditolaknya mentah-mentah.

Bagi mengembalikan zaman kegemilangan Honda C70 ini, Syarikat Honda akan membina dan bakal mengeluarkan edisi konsep jenama motor berkenaan.

Sila baca selanjutnyaEdisi Ohsem! Inilah Honda C70 Paling Ohsem Di Dunia (16 Gambar)!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...