PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Edisi Tips! Cara Elakkan Entri Anda Di Copy Paste, Begini Caranya!

Oleh Kaki Wayang on


Alhamdulillah minggu ni Kaki Wayang amat berbesar hati ingin berkongsi pelbagai tips blog buat semua pembaca dan pengunjung blog kaki Wayang. Pertamanya terima kasih buat semua yang datang menyokong blog ini untuk terus kekal bernyawa dalam memberi informasi-informasi dan tips buat blogger-blogger khususnya di Malaysia.

Kali ini, Kaki Wayang ingin kongsikan satu artikel berkenaan dengan cara untuk elakkan entri kita di copy oleh sang PLAGIAT yang tak bertanggungjawab. Dah copy tak bagi kredit langsung. Ingat senang ke nak buat entri. Letih nak fikir dan menaip okeh. Tetiba diorang senang-senang nak copy. Paling sadis bila dah copy pastu tak letak sebarang kredit atau backlink. Rasa nak sepak.

Cuma yang bezanya adalah ianya hanya melibatkan bahagian POST ENTRI sahaja dan PLAGIAT tidak akan mampu untuk copy entri kita melainkan kod html, quote atau tag. Mereka hanya akan boleh copy yang itu je. Selain dari itu, post entri tak boleh di salin. Kejap copy, kejap salin. Takpelah harap korang faham lah yer.

Apa yang menarik adalah ANTI COPY ini tidak akan mengganggu gugat sistem loading blog anda. Tidak akan merencatkan atau melemahkan mahupun melambatkan proses LOADING blog anda. 

Cara Membuat Anti Copy Dalam Blog/ Website

Login ke Dashboard Blog anda di www.blogger.com
Kemudian cari kod ]]></b:skin> atau </style>
Seterusnya "copy" script di bawah sebelum kod ]]></b:skin> atau </style>

.post { -webkit-touch-callout:none; -webkit-user-select:none; -khtml-user-select:none; -ms-user-select:none; -moz-user-select:none; } .post blockquote,.post pre,.post code { -webkit-touch-callout:text; -webkit-user-select:text; -khtml-user-select:text; -ms-user-select:text; -moz-user-select:text; }
Sila baca selanjutnyaEdisi Tips! Cara Elakkan Entri Anda Di Copy Paste, Begini Caranya!

Edisi Tips! Begini Caranya Untuk Mengetahui Blog Anda Sudah Di Index Di Google!

Oleh Kaki Wayang on


Cara Ketahui Blog Sudah Di Index. Sebagai pemahaman kepada mereka yang baru mula nak buat blog dan baru berjinak-jinak nak berblog. Satu kemestian bagi mereka yang lebih gemarkan penggunaan SEO sudah pastinya mereka ingin blog mereka diindeks oleh Google.

Apa itu Google Index?

Menurut pemahaman saya, Google Index adalah sejumlah URL suatu website atau blog yang sudah berjaya masuk ke dalam database hasil carian Google. Baca sini untuk mengetahui cara-cara menghantar blog anda ke Google, Yahoo dan Bing untuk diindeks!

Apa yang di index oleh Google?

Apabila anda mempunyai website atau blog, google akan mengindeks semua pautan dan URL dalam website / blog anda. Jadi jangan hairan kalau sekiranya anda hanya buat 1 entri tetapi sudah terindex sebanyak 6 URL. Ini kerana ianya merupakan jumlah dari hompage, posting, arkib, label (blogspot), kategori & tag (wordpress).

Bagaimana Mengetahui Blog Anda Sudah Di Index Oleh Google atau Belum?
  • Buka www.google.com/ ww.google.com.my
  • Pada address bar, Sila taip site:informations-the.blogspot.com
  • Pada link berwarna MERAH, tukarkan ia kepada link website atau blog anda.

Sekiranya blog anda sudah di index, anda akan dapat melihat keputusannya seperti gambar di atas. Sekiranya belum di index maka anda akan mendapat keputusan sebaliknya. Selamat mencuba!

Sila baca selanjutnyaEdisi Tips! Begini Caranya Untuk Mengetahui Blog Anda Sudah Di Index Di Google!

Edisi Segmen! Segmen Review Blog Oleh Ceritaejoy!

Oleh Kaki Wayang on


Alhamdulillah dah agak lama Kaki Wayang tak join sebarang segmen dari rakan-rakan blogger yang lain. Dulu kemain lagi. Asyik-asyik ikut segmen Ben Ashaari. Dari situlah blog Kaki Wayang mula dikenali.

Terima kasih buat tuan empunya segmen Saudara Haffizul Iskandar. InsyaAllah dengan adanya segmen-segmen seperti ini boleh membantu blogger-blogger baru untuk terus berkarya. Selamat menyertai Segmen Review Blog Oleh Ceritaejoy. Harap-harap blog yang tidak seberapa ini akan berjaya direview dari blogger berjaya.
Sila baca selanjutnyaEdisi Segmen! Segmen Review Blog Oleh Ceritaejoy!

Edisi Terkini! Ketahui Cara Kira Gaji Baru Anda Selepas Kenaikan 1 Gred Gaji!

Oleh Kaki Wayang on

Cara Kira Gaji Selepas Kenaikan 1 Gred Gaji. Selepas pengumuman yang telah dibuat oleh Pak Jib mengenai kenaikan 1 Gred Gaji diberikan kepada semua penjawat awam. Ramai yang bertanya kepada saya mengenai cara untuk mengetahui berapakah gaji yang mereka akan dapat pada Januari 2016 nanti.
Sebelum anda meneruskan bacaan anda perlu membaca artikel INI bagi memudahkan anda memahami akan kaedah Kenaikan 1Gred Gaji. 

Baiklah, berikut merupakan cara mudah untuk mengetahui cara untuk mengira gaji baru selepas kenaikan 1 gred gaji:

Sila lihat sumber Pekeliling: JPA

Contoh: JAWATAN DH41

Kamus Kaki Wayang

Kenaikan Gaji Tahunan = KGT
A = Gaji Pokok
B = Gaji Pokok Baru
C = Gaji Pokok Baru Selepas Kenaikan 1Gred Gaji



Artikel berkaitan dengan Gaji Baru Penjawat Awam:

PM Naikkan Elaun Sara Hidup (COLA) RM500 Untuk Kakitangan Awam!
Ketahui Cara Kira Gaji Baru Anda Selepas Kenaikan 1 Gred Gaji!
Jadual Pengiraan Gaji Baru Sistem Saraan Malaysia (SSM) 2012 Mengikut Gred 
Jadual Gaji Gred N41 - N54 (Mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2/2012) 
Jadual Gaji Gred FT17 - FT26 (Mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2/2012) 
Jadual Gaji Gred J17 - J38 (Mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2/2012)
Jadual Gaji Gred DH41 - DH54 (Mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2/2012)
Jadual Gaji Gred DGA29 - DGA38 (Mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2/2012) 
Jadual Gaji Gred DG41 - DG54 (Mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2/2012) 
Jadual Pengiraan Gaji S17 - S41 Mengikut Sistem Gaji SSM Baru 2012
Bayaran Insentif Wilayah - Pindaan Elaun dan Kemudahan Bagi Perkhidmatan Awam dan Persekutuan!!
Sila baca selanjutnyaEdisi Terkini! Ketahui Cara Kira Gaji Baru Anda Selepas Kenaikan 1 Gred Gaji!

Edisi Terkini! Perkiraan Gaji Baru Selepas Naik 1 Gred - Bajet 2016!

Oleh Kaki Wayang on


ARTIKEL BERKAITAN:

Penjawat Awam 30 Hari Berkhidmat Antara Penerima Bayaran Khas RM500.00 Hari Ini!
Perkiraan Gaji Baru Selepas Naik 1 Gred - Bajet 2016!
Ketahui Cara Kira Gaji Baru Anda Selepas Kenaikan 1 Gred Gaji!
Jadual dan Tarikh Pembayaran Gaji Kakitangan Awam Bagi Tahun 2016!
Senarai Kakitangan Awam Yang Layak Menerima Bonus (Bayaran Khas) 2015!
Tarikh Pembayaran BONUS (Bayaran Khas) Kakitangan Awam Mengikut Pekeliling!

Pergerakan Gaji 2016. Berita baik buat semua penjawat awam. Susulan kepada pengumuman yang dibuat oleh Pak Jib dalam Belanjawan Malaysia 2016, tahun hadapan semua penjawat awam akan menerima dua kenaikan gaji dan salah satunya ada kenaikan 1 gred gaji. Cuma ianya agak mengelirukan apabila kerajaan mengumumkan gaji penjawat awam naik 1 gred. Sebagai pemahaman kepada semua. Pengiraan naik 1 gred gaji adalah seperti di bawah.

 


Kenaikan Gaji Tahunan Bulan Januari

Kenaikan berkuatkuasa 1 Julai. Maknanya bagi yang KGT (Kenaikan Gaji Tahunan) Januari, akan naik Januari dan Julai. Berdasarkan kepada GRED GAJI BARU penjawat awam.
Kenaikan Gaji Tahunan Bulan April

Bagi yang KGT April, akan naik April dan Julai.

Kenaikan Gaji Tahunan Bulan Julai

Bagi yang KGT Julai, akan naik kiraan 2x KGT pada Julai.

Kenaikan Gaji Tahunan Bulan Oktober

Bagi yang KGT Oktober akan naik sekali pada Julai dan sekali lagi seperti tahun sebelumnya pada Oktober.

Sebagai contoh bagi jawatan DH41:

Pergerakan Kenaikan Gaji Tahunan Bulan April

Kenaikan Gaji Tahunan adalah sebanyak RM225.00 akan diterima pada Bulan April dan sekali lagi Kenaikan 1 Gred Gaji pada bulan Julai RM225.00

Maknanya pada tahun 2015, penjawat awam akan menerima dua kali kenaikan gaji seperti yang telah dibentangkan oleh Pak Jib pada Belanjawan/ Bajet 2015 baru-baru ini.

Artikel berkaitan dengan Gaji Baru Penjawat Awam:

Penjawat Awam 30 Hari Berkhidmat Antara Penerima Bayaran Khas RM500.00 Hari Ini!

PM Naikkan Elaun Sara Hidup (COLA) RM500 Untuk Kakitangan Awam!

Jadual Pengiraan Gaji Baru Sistem Saraan Malaysia (SSM) 2012 Mengikut Gred 
Jadual Gaji Gred N41 - N54 (Mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2/2012) 
Jadual Gaji Gred FT17 - FT26 (Mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2/2012) 
Jadual Gaji Gred J17 - J38 (Mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2/2012)
Jadual Gaji Gred DH41 - DH54 (Mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2/2012)
Jadual Gaji Gred DGA29 - DGA38 (Mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2/2012) 
Jadual Gaji Gred DG41 - DG54 (Mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2/2012) 
Jadual Pengiraan Gaji S17 - S41 Mengikut Sistem Gaji SSM Baru 2012
Sila baca selanjutnyaEdisi Terkini! Perkiraan Gaji Baru Selepas Naik 1 Gred - Bajet 2016!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...