PROTON Holdings Bhd (Proton) bakal melancarkan model sedan terbaru
pertengahan tahun depan yang dijangka mampu menukar persepsi orang ramai
terhadap kualiti dan prestasi jenama itu.
Pengarah Urusan Kumpulan Proton, Datuk Seri Syed Zainal Abidin
berkata, model yang diberi nama kod P3-21A itu adalah model global
generasi baru pertama yang dibina mengikut undang-undang dan peraturan
global terbaru.
“Model proton terbaru ini merangkumi pelbagai parameter seperti standard pelepasan asap dan dilengkapi dengan enam beg udara serta diharapkan dapat menukar persepsi rakyat yang menganggap Proton kurang berkualiti kepada berkualiti tinggi dan mempunyai ciri-ciri canggih.