PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label Al-Quran sahabat sejati. Show all posts
Showing posts with label Al-Quran sahabat sejati. Show all posts

Edisi Sentap! Al-Quran dibuang tanpa rasa bersalah!

Oleh Kaki Wayang on



Tidak bertanggungjawab dan tidak sensitif. Itu yang berlaku apabila penduduk di sekitar Kawasan Perindustrian Ringan Jerantut di sini dikejutkan dengan penemuan naskhah al-Quran, muqaddam dan kitab agama dibuang bersama dengan sampah.

Keadaan itu mengundang rasa tidak puas hati mereka apatah lagi kitab suci berkenaan ditemui terbiar dalam guni besar di celah longgokan sampah di hadapan sebuah premis di kawasan tersebut petang kelmarin.
Selain 15 naskhah al-Quran, turut ditemui bersama longgokan sampah berkenaan ialah surah Yasin, serta kitab ilmu Tauhid dan Fiqah yang mengandungi ayat suci al-Quran.
Kesemua kitab suci itu ditemui bersama dengan buku rampaian sekolah, kertas dan fail yang dibuang di kawasan berkenaan
Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Al-Quran dibuang tanpa rasa bersalah!

Betol-betol Hangat! Beli al-quran hanya yang berpelekat hologram, dilulus KDN

Oleh Kaki Wayang on

http://www.quranresearchs.org/wp-content/uploads/2011/02/al-quran.jpg

Umat Islam dinasihatkan hanya membeli Al-Quran yang mendapat kelulusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) iaitu yang berpelekat hologram bagi memastikan tiada sebarang kesilapan. 
Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran, KDN, Abd Aziz Md Nor berkata konsep hologram pada Al-Quran itu diperkenalkan sejak 1 Ogos lepas yang dilengkapi beberapa ciri keselamatan berteknologi tinggi termasuk nombor siri untuk rujukan. 

"Semasa memilih Al-Quran, bungkusannya cantik. Tetapi kita tidak tahu betul ke tidak betul. Jadi apabila dilulus KDN dan ada hologram, sah ia dilulus KDN. Jika ada masalah berbangkit, kita akan tengok nombor siri pada hologram. 

"Banyak Al-Quran di pasaran itu benar (sama ada yang diterbitkan di dalam atau luar negara), tetapi dipasarkan tanpa kebenaran KDN. Kita takut jadi isu lain pada masa akan datang," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. 

Menurutnya semua teks Al-Quran yang ingin dicetak, diterbit dan dijual perlu mendapat Perakuan Betul Pruf Akhir Teks Al-Quran dari Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan Al-Quran KDN terlebih dahulu. Sehubungan itu, beliau berkata pengedar dan pengeluar Al-Quran diberi masa sehingga Oktober ini untuk menyertakan pelekat hologram pada Al-Quran yang ingin dijual. 

Sehingga kini Abd Aziz berkata sambutan agak menggalakkan dengan lebih 30,000 pelekat hologram telah terjual. 

Katanya, mereka juga boleh mendapatkan pelekat itu di ibu pejabat Bahagian Kawalan enerbitan dan Teks Al-Quran di Putrajaya atau melalui negeri-negeri, kata beliau.

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Beli al-quran hanya yang berpelekat hologram, dilulus KDN

Betol-betol Hangat! Sosej Pulut ada DNA BABI!

Oleh Kaki Wayang on


Sosej pulut dan kepingan ayam (chicken cake) yang dijual di beberapa bazar Ramadan di sini dan digemari ramai penduduk tempatan, disahkan mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi.

Perkara itu disahkan Jabatan Kesihatan Perlis semalam selepas memperoleh keputusan analisis ke atas tujuh sampel awal yang dikumpulkan pihaknya di sekitar Sungai Bahru di sini dan daripada jumlah itu, dua disahkan mengandungi DNA babi.

Timbalan Pengarah (Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan) jabatan itu, Mahamad Sukor Senapi ketika dihubungi berkata, dua produk yang dijual tanpa jenama itu mengandungi DNA babi.

“Sejak tempoh dua minggu lalu, sekurang-kurangnya 16 sampel dikumpulkan di sekitar kawasan berkenaan susulan aduan orang ramai yang khuatir dengan status halal produk berkenaan yang dikatakan dibawa masuk secara haram dari Thailand.

“Buat masa sekarang, hanya dua daripada tujuh sampel awal disahkan mengandungi DNA babi dan kita masih menunggu hasil analisis baki sembilan lagi sampel yang dihantar bagi tujuan berkenaan,” katanya.
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Sosej Pulut ada DNA BABI!

Betol-betol Kagum! Blair baca al-Quran tiap hari

Oleh Kaki Wayang on

LAUREN..adik ipar Blair yang memeluk Islam tahun lalu. 
Adik ipar Tony Blair yang memeluk Islam tahun lalu

Korang penah terfikir tak bila orang yang dahulunya seperti memusuhi Islam akhirnya sukakan Islam..malah menjadikan Al-Quran sebagai bahan, teman dan sahabatnya tiap hari..begitulah keadaannya dengan Tony Blair bekas Perdana Menteri Britian. Sila ikuti kisahnya:-

BLAIR...anggap Islam agama yang indah. 

Walaupun pernah menolak perbincangan mengenai agama ketika mentadbir Britain, Tony Blair kini dilaporkan membaca al-Quran setiap hari sejak melepaskan jawatan sebagai perdana menteri. Blair juga semakin kerap membincangkan secara terbuka mengenai kepentingan agama kepada manusia.

Media melaporkan, beberapa bulan selepas meninggalkan No 10 Downing Street pada 2007, Blair mengikut fahaman Katolik dan kini rajin menelaah al-Quran. Bekas pemimpin Parti Buruh itu berkata, hasil pembacaan al-Quran beliau dapat memastikan dirinya sentiasa celik agama.

Dalam temu bual dengan majalah Observer dan diterbitkan semalam, Blair berkata, dia percaya celik agama sangat penting dalam era globalisasi.

“Saya membaca al-Quran setiap hari, antaranya untuk memahami sesetengah perkara yang berlaku di dunia, tetapi lebih penting, ia bersifat sangat instruktif,” katanya.

Blair berkata, pengetahuan mengenai Islam membantunya melaksanakan tugas sebagai duta khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah dan Russia ke Timur Tengah. Blair diutus dalam usaha kuartet terbabit menyelesaikan konflik Israel - Palestin.

Sebelum ini, Blair pernah memuji Islam sebagai agama “indah” dan Nabi Muhammad sebagai tokoh membawa “kekuatan sangat bertamadun.” Pada 2006, Blair berkata, al-Quran adalah “buku perubahan yang bersifat inklusif, meletakkan sains dan pengetahuan di tempat tinggi serta membenci tahyul.” Adik ipar Blair, Lauren Booth, memeluk Islam pada September tahun lalu dan membuat pengumuman terbuka mengenainya kira-kira sebulan kemudian.

P/s: Kalau keadaan ini berterusan..tak mustahil pada suatu ketika nanti Tony Blair akan menjadi saudara baru Islam..begitulah jugak kawan-kawan aku dulu yang sangat suka mengejek bila azan dikumandangkan..sekarang dah masuk Islam dah..kawan-kawan yang dahulunya suka makan B**i, sekarang dah masuk Islam malah kalau balik kampong..dia bawak sendiri pinggan mangkuk untuk elakkan dirinya dari termakan dalam pinggan yang digunakan untuk makanan haram itew..
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Kagum! Blair baca al-Quran tiap hari
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...