PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!
Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.
Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!
Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.
Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!
"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.
Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!
Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.
Showing posts with label All England 2012. Show all posts
Showing posts with label All England 2012. Show all posts
Home » Posts filed under All England 2012
Edisi Sukan Hangat! Gambar Aksi Datuk Lee Chong Wei Dalam Kejohanan Badminton All England 2012 - Serius Hot!
Oleh Kaki Wayang on
Pertamanya,
tahniah kepada Datuk Lee Chong Wei atas persembahan dan aksi dalam Kejohanan
All England malam tadi..walaupun agak kecewa apabila beliau gagal untuk
mempertahankan kejuaraan yang dimilikinya namun beliau sebenarnya sudah
membuktikan yang beliau masih seorang pemain yang berwibawa dan mampu
mengharumkan nama Malaysia.
Kegagalan
beliau bermakna, beliau gagal untuk mencapai hatrik selepas menang pada dua
sesi sebelumnya iaitu pada 2010 dan 2011.
Edisi Sukan Hangat! Tarik diri: Chong Wei Gagal Pertahan Kejuaraan All England 2012!
Oleh Kaki Wayang on
Pemain perseorangan utama negara, Datuk Lee Chong
Wei gagal mempertahankan kejuaraan All England apabila terpaksa menarik diri
dari meneruskan set kedua perlawanan akhir perseorangan lelaki di National
Indoor Arena, Birmingham semalam.
Pemain nombor satu dunia itu mengalami kecederaan
di bahu kanannya ketika menentang musuh tradisinya dari China, Lin Dan pada
kedudukan 2-6.
Edisi Sukan! Ranjau Sepanjang Jalan Menanti Chong Wei!
Oleh Kaki Wayang on
'Ranjau sepanjang jalan', itulah yang boleh
digambarkan dengan undian yang diterima jaguh No. 1 dunia, Datuk Lee
Chong Wei dalam misi memburu kejuaraan hatrik All England di Birmingham,
bulan depan.
Chong Wei, 29, juara 2010 dan 2011 bakal mendapati tiada satupun
perlawanan yang tidak menemukan dia dengan nama-nama besar kerana seawal
pusingan pertama lagi dia perlu berdepan juara remaja dunia 2008 dan
juara Asia 2010, Wang Zhengming. Jika melepasi cabaran pemain yang
pernah dikalahkan empat kali itu, jaguh No. 1 Indonesia, Simon Santoso
pula menanti pada pusingan kedua.
Sekiranya berjaya melepasi dua halangan pertama, ada empat pemain
berpotensi menanti di suku akhir, mengetuai senarai ialah pilihan keenam
dari Jepun, Sho Sasaki, diikuti Du Pengyu (China), Jan O Jorgensen
(Denmark) dan Dionysius Hayom Rumbaka dari Indonesia.
Sebaik melayakkan diri ke separuh akhir pula, tiga pemain mungkin
menjadi lawan Chong Wei - pilihan keempat, Peter Hoeg Gade (Denmark),
Lee Hyun Il (Korea Selatan) atau jaguh Thailand, Boonsak Posana.
Biarpun menerima ujian getir sejak pusingan pembukaan, naib juara
dunia itu tetap menerima perkhabaran positif dari Birmingham, tidak
perlu berdepan mana-mana jagoan utama China, Lin Dan, Chen Long atau
Chen Jin di pusingan awal, sebaliknya ketiga-tiga pemain ini hanya
berpotensi ditemui di peringkat final.
Selain Chong Wei, Malaysia turut menampilkan juara 2003, Muhammad
Hafiz Hashim, Liew Daren dan Mohd. Arif Latif pada kejohanan Siri Super
Premier ini dan ketiga-tiga pemain akan memulakan kempen dari pusingan
kelayakan.
Sementara itu peminat badminton tanah air sudah tidak sabar untuk
melihat impak yang bakal diberikan beregu utama negara, Koo Kien
Keat-Tan Boon Heong pada kejohanan 6-11 Mac ini selepas mempamer
kebangkitan dalam aksi kelayakan Piala Thomas di Macau, bulan lalu.
Begitupun seperti Chong Wei, laluan juara 2007 itu tidak mudah dengan
beregu Jepun, Naoki Kawamae-Shoji Sato menanti seawal pusingan
pembukaan manakala beregu No. 2 dunia dari Korea, Lee Yong Dae-Jung Jae
Sung pula dijangka menanti di suku akhir.
Malaysia turut mempertaruhkan dua beregu muda, Goh V Shem-Teo Kok
Siang dan Mak Hee Chun-Tan Wee Kiong, selain pasangan bebas, Mohd. Zakry
Latif-Mohd. Fairuzizuan Tazari serta Gan Teik Chai-Tan Bin Shen yang
akan memulakan kempen dari pusingan kelayakan.
Dalam perseorangan wanita, kita hanya memiliki satu wakil, Tee Jing
Yi yang akan beraksi dari pusingan kelayakan, namun yang lebih menarik
tumpuan sebenarnya adalah persaingan beregu wanita, di mana Wong Pei
Tty-Chin Eei Hui dan Woon Khe Wei-Vivian Hoo bersaing untuk mencari
tiket Sukan Olimpik.
Nasib Pei Tty-Eei Hui bagaimanapun tidak begitu baik kerana terpaksa
memulakan kempen dengan menentang beregu No. 2 dunia, Tian Qing-Zhao
Yunlei, pasangan China yang menumpaskan mereka 21-10, 21-9 pada
kelayakan Piala Uber minggu lalu.
Khe Wei Vivian tidak terlepas daripada menerima undian getir apabila
dijangka bertemu pilihan keenam dari Jepun, Shizuka Matsuo-Mami Naito
pada pusingan kedua dan akan memulakan kempen dengan berdepan Yan Poon
Lok-Suet Tse Ying dari Hong Kong. Cabaran beregu wanita Malaysia turut
dipikul pasangan sedang meningkat, Lim Yin Loo-Goh Liu Ying dan Ng Hui
Ern-Ng Hui Lin.
Dalam beregu campuran, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying memulakan aksi
dengan bertemu beregu India, V. Diju-Jwala Gutta dan jika mara ke
pusingan kedua, pilihan ketujuh dari Korea, Lee Yong Dae-Ha Jung Eun
bakal menanti.