PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!
Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.
Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!
Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.
Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!
"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.
Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!
Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.
Showing posts with label Australian Open. Show all posts
Showing posts with label Australian Open. Show all posts
Home » Posts filed under Australian Open
Edisi Sukan! Djokovic juara dalam pertarungan hampir 6 jam!
Oleh Kaki Wayang on
Novak Djokovic mempertahankan kejuaraan Terbuka Australia selepas
menumpaskan pilihan kedua dari Sepanyol, Rafael Nadal 5-7, 6-4, 6-2, 6-7
(5-7) pada perlawanan akhir Grand Slam paling lama dalam sejarah, lima
jam 53 minit.
Nadal bermula cemerlang pada set pertama selepas mengejutkan
penyandang juara itu 7-5, tatkala kedua-dua pemain tersebut saling
mematahkan servis dan Nadal melakukannya pada permainan ke-11 untuk
mencatat kemenangan dalam tempoh 80 minit.
Bagaimanapun Djokovic berjaya memenangi set kedua 6-4 bagi menyamakan
kembali kedudukan, walaupun dia melakukan kesilapan berganda tetapi
berjaya mematahkan servis Nadal bagi menamatkan saingan tersebut. Djokovic berada pada kedudukan selesa apabila meraih kemenangan di
set ketiga untuk mendahului 2-1 dengan berjaya memenangi permainan
keempat.
Hasrat Djokovic untuk meraih kejuaraan disekat Nadal pada set keempat selepas perlawanan tersebut diheret sehingga tie-break. Pada set penentuan, Djokovic berjaya melakukan pukulan yang
melintangi gelanggang dan terbaring kepenatan selepas bertarung dalam
perlawanan yang agak lama.
Kemenangan itu membolehkan pemain pilihan utama dan juara 2008 itu
meraih kejuaraan Grand Slam buat kali kelima sebelum hari lahirnya yang
ke-25. Kejuaraan itu bermakna Djokovic telah menewaskan Nadal dalam perlawanan akhir Grand Slam buat kali ketiga berturut-turut.
Sebelum ini perlawanan akhir Grand Slam paling lama ialah empat jam
54 minit pada Terbuka Amerika Syarikat yang dimenangi oleh Mats Wilander
ke atas Ivan Lendl. Final Terbuka Australia paling panjang pula
ialah empat jam 27 minit juga pada tahun yang sama selepas Wilander
menang ke atas Pat Cash.