PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label Bapa bintang siri Glee mati ditikam. Show all posts
Showing posts with label Bapa bintang siri Glee mati ditikam. Show all posts

Edisi Ngeri! Ajal di Mesin Melentur Logam

Oleh Kaki Wayang on

NGERI...jenazah Hamid yang  melekat selepas kepala dan tangan kiri termasuk ke dalam mesin melentur logam, semalam.

Seorang pekerja kilang keluli mati dalam keadaan mengerikan apabila kepala dan tangan kirinya hancur akibat terperosok dalam mesin melentur logam di sebuah kilang di Jalan Datuk Stephen Yong, di sini, semalam.

Mayat Hamid Bujang, 32, dari Kampung Tanah Putih, Serian, ditemui rakan sekerjanya yang curiga apabila ternampak satu ‘objek’ melekat pada mesin berkenaan ketika mahu memulakan kerja, kira-kira jam 6 pagi.

Difahamkan, ketika kejadian mangsa dipercayai cuba membengkok besi tanpa menyedari kepala serta tangannya terlalu dekat dengan mesin berkenaan.

Rakan mangsa yang enggan dikenali berkata, selepas ternampak mangsa tersangkut pada mesin dalam keadaan tidak sedarkan diri, dia segera menutup suis mesin berkenaan, namun usahanya terlambat kerana mangsa sudah meninggal dunia.

“Dia (Hamid) berpengalaman lebih 10 tahun bekerja dan mengendalikan mesin di kilang ini. Kebiasaannya, ada beberapa pekerja lain ditugaskan mengendali mesin di kilang ini, tetapi pada hari kejadian, hanya dia seorang saja yang bekerja.

“Terkejut dengan kejadian itu, saya kemudian menghubungi Hospital Umum Sarawak (HUS) bagi mendapatkan bantuan,” katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam.

Sepasukan anggota polis turut bergegas ke tempat kejadian sebaik dimaklumkan mengenai kejadian itu bagi menjalankan siasatan.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Roslan Bek Ahmad ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan kejadian itu.

Beliau berkata, mangsa yang sudah berkahwin disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke HUS untuk bedah siasat.

“Keluarga mangsa sudah dimaklumkan mengenai kejadian itu dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.
Sila baca selanjutnyaEdisi Ngeri! Ajal di Mesin Melentur Logam

Edisi Sentap! Rumah bintang Glee diserbu polis!

Oleh Kaki Wayang on


PARTI anjuran seorang bintang siri TV popular, Glee telah menimbulkan kekecohan sehingga menjadi kes polis. Namun, bintang Glee yang mana satukah yang buat hal kali ini? 

Pihak polis dilaporkan telah menyerbu kediaman pelakon watak Finn Hudson dalam Glee iaitu aktor Cory Monteith yang terletak di Hollywood Hills pada pukul 4.30 pagi, 5 Februari lalu selepas menerima laporan daripada jiran-jirannya yang tidak tahan dengan bunyi bising melampau sehingga mengganggu ketenteraman mereka.

Menurut laporan contactmusic, aktor berusia 29 tahun itu yang tinggal bersama seorang rakannya di rumah tersebut telah bersetuju untuk menamatkan parti anjurannya yang turut dihadiri sebahagian besar rakan-rakan gandingannya dalam Glee.

Ujar sumber: "Cory dan rakan serumahnya itu tidak dikenakan sebarang dakwaan polis tetapi mereka diberikan amaran supaya tidak mengulangi perkara tersebut di masa-masa hadapan."

Monteith dalam kenyataan akhbarnya sebelum ini pernah mendedahkan tentang sikap liarnya. Katanya: "Saya mula hisap dadah dan minum arak sejak berusia 13 tahun dan pada usia 16 tahun saya berhenti sekolah."

Namun menjelang usia 19 tahun, Monteith telah dihantar oleh keluarganya ke pusat pemulihan sebelum kini mampu menjalani kehidupan normal.

Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Rumah bintang Glee diserbu polis!

Edisi Sentap! Pesakit tikam doktor lambat rawat!

Oleh Kaki Wayang on

TAHAN...suspek ditahan dan diikat sebelum diserahkan kepada polis.

Pesakit diikat sebelum diserahkan kepada polis

Berang menunggu giliran pemeriksaan perubatan yang lama, seorang lelaki warga emas secara tiba-tiba mengamuk sebelum menikam rusuk kiri seorang doktor di sebuah klinik swasta dengan pisau di Jalan Magazine di sini, malam kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, Dr Lee Kok Seng, 50, sedang merawat pesakit lain dalam bilik rawatan ketika suspek berusia dalam lingkungan 60-an tiba di klinik berkenaan. Difahamkan, warga emas berkenaan kemudian terus meluru masuk ke bilik rawatan itu tanpa mempedulikan doktor yang sedang merawat pesakit lain.

CEDERA...rusuk kiri doktor ditikam lelaki yang mengamuk di kliniknya.

Berikutan itu, doktor tidak mempedulikan kehadirannya dan membiarkan dia menunggu di bilik rawatan terbabit, sebaliknya terus merawat pesakit lain mengikut giliran.

Kira-kira 20 minit menunggu, lelaki itu naik berang dengan tindakan doktor kerana tidak merawatnya menyebabkan dia bertindak menikam mangsa dengan pisau yang dipercayai dibawanya.
Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Pesakit tikam doktor lambat rawat!

Betol-betol Simpati! Mati ketika tonton Malaysia vs Indonesia!

Oleh Kaki Wayang on

KENANGAN...Ahmad Fauzi (belakang) yang meninggal dunia ketika menyaksikan bola sepak bersama ahli keluarganya. 
Ahmad Fauzi (belakang) yang meninggal dunia ketika menyaksikan bola sepak bersama ahli keluarganya.

“Arwah ada mengadu sakit dada dan lemah, tetapi dia tidak mahu ke hospital,” kata Nafishah Jusoh, 46, kakak ipar kepada Ahmad Fauzi Ismail, 42, yang meninggal dunia akibat diserang sakit jantung ketika menyaksikan perlawanan akhir bola sepak Sukan Sea antara Malaysia dan Indonesia di sebuah kedai makan di pekan Guar Chempedak, di sini, malam kelmarin. Dalam kejadian pada jam 10.50 malam, mangsa dikatakan pengsan di kedai makan itu sebelum dikejarkan ke Hospital Yan kira-kira 10 minit kemudian.

Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia di Unit Kecemasan hospital berkenaan. Difahamkan, ketika kejadian, Ahmad Fauzi bersama beberapa pelanggan lain sedang menonton perlawanan berkenaan yang ketika masuk masa tambahan.

Nafishah berkata, arwah ada memaklumkan kepadanya dia berasa tidak sihat dan mahu ke hospital bagi membuat pemeriksaan lanjut.

“Petang semalam (kelmarin) dia kata tidak sihat dan saya ajak dia pergi hospital tetapi dia kata mahu pergi selepas perlawanan akhir bola sepak antara Malaysia dan Indonesia tamat. “Tetapi malangnya arwah tidak sempat ke hospital apabila dia diserang penyakit jantung ketika menonton perlawanan itu,” katanya yang ditemui di rumahnya di Kampung Kolam, Guar Chempedak, di sini, semalam.

Beliau berkata, arwah anak bongsu daripada empat beradik tidak mengalami masalah jantung sebelum ini dan hanya menghidap kencing manis. “Arwah belum berkahwin dan tinggal bersendirian di rumah selepas ibu bapa kami meninggal dunia. Dia bekerja sebagai juruelektrik sambilan sekiranya penduduk kampung memerlukan khidmat arwah untuk membaiki pendawaian elektrik.

“Sejak beberapa hari lalu, arwah tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap, malah dia kelihatan seperti biasa. Cuma dia tidak sabar untuk menyaksikan perlawanan akhir bola sepak antara Malaysia dan Indonesia,” katanya.

Seorang pembantu kedai makan, Hasli Ishak, 29, berkata, Ahmad Fauzi adalah pelanggan tetap kedai itu dan dia kerap makan di situ.

“Ketika kejadian itu, dia sedang menikmati nasi goreng sambil menonton perlawanan bola sepak. “Sebelum dia pengsan, saya nampak dia lemah dan sempat menyuap makanan dengan perlahan sebelum dia pengsan di atas kerusinya,” katanya.

Hasli berkata, mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Yan untuk mendapatkan rawatan kecemasan. “Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia sejurus sampai di hospital berkenaan,” katanya.

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Simpati! Mati ketika tonton Malaysia vs Indonesia!

Betol-betol Hangat! Bapa bintang siri Glee mati ditikam!

Oleh Kaki Wayang on

 
Bapa kandung bintang pop antarabangsa dari Filipina, Charice Pempengco, (gambar) 19, yang muncul dalam siri televisyen popular di dunia, Glee ditikam sehingga mati di di selatan Manila semalam, kata pegawai polis Filipina semalam.

Seorang pegawai polis, Gilbert Cruz berkata, bapa Charice, Ricky Pempengco, 40, ditikam ketika berada di sebuah kedai di bandar San Pedro selepas dia secara tidak sengaja terlanggar seorang lelaki mabuk.

Lelaki mabuk itu yang berang menikam Pempengco berulang kali dengan peralatan pemecah ais di dada dan belakang badannya sehingga dia mati di tempat kejadian yang berlaku kelmarin.

Polis masih mencari suspek kes pembunuhan tersebut, kata polis tersebut.

Pegawai polis itu menawarkan ganjaran sebanyak AS$470 (RM1,466) terhadap sesiapa yang memberikan maklumat sehingga tertangkap lelaki berkenaan.
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Bapa bintang siri Glee mati ditikam!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...