Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Sejak pelajar cuti ni, rasa macam banyak pula idea nak
berblog (tazkirah) ni..entri seterusnya adalah mengenai seorang bilal yang dah
50 tahun memegang jawatan BILAL..insyaAllah saya (merupakan seorang Bilal) akan
cuba ikut jejak langkah pak cik ni kalau mampu..pak cik ni mampu, takkan saya
tak mampu (begitulah cara nak memotivasikan diri orang lain dan diri sendiri..)
Meh Ikuti kisahnya..
Setelah berkhidmat selama 50 tahun sebagai bilal Masjid
Mahmudiah Mukim Kangkong, Mat Ali Mamat, 85, mengundurkan diri bagi memberi
ruang kepada generasi baru, untuk memegang jawatan tersebut, semalam.
Bekas bilal, Mat Ali berkata, demi kepentingan penduduk dan jemaah masjid, dia
rela melepaskan tugas dipikul sejak berusia 35 tahun. Menurutnya, banyak kenangan manis diperoleh di sepanjang tugasnya sebagai
bilal, kerana tugas itu sudah menjadi sebahagian daripada hidupnya sejak
puluhan tahun lalu.
“Saya mula memegang peranan sebagai bilal pada tahun 1962 dan sehingga kini,
sudah enam Tok Imam bertugas bersama saya di sini.
“Saya juga tidak menyangka akan menjadi bilal masjid dalam jangka masa yang
lama,” katanya selepas majlis perpisahannya dan sambutan Maulidur Rasul,
semalam.
Mat Ali berkata, selepas ini, dia akan menghabiskan masa bersama anak dan cucu,
namun semua aktiviti masjid tidak akan ditinggalkan.
Menurutnya, Masjid Mahmudiah amat aktif menjalankan aktiviti keagamaan seperti
tazkirah, majlis tahlil dan banyak lagi. Maka katanya, meskipun dia tidak lagi memegang sebarang jawatan, dia akan cuba
menjadi salah seorang jemaah tetap di masjid ini.
“Saya memohon maaf, kepada semua anak mukim di sini, kerana memegang peranan
Tok bilal terlalu lama. “Sepanjang 50 tahun sebagai Tok Bilal, saya mohon maaf kerana saya mungkin
melakukan kesilapan secara tidak disengajakan,” katanya.
Ustaz Kaki Wayang
Sila baca selanjutnya → Edisi Informasi! 50 tahun pegang jawatan bilal!