PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label Datuk Ambiga. Show all posts
Showing posts with label Datuk Ambiga. Show all posts

Edisi Terkini! Isu Bersih 3.0: Tiada sebab perlu ubah lokasi Bersih 3.0!

Oleh Kaki Wayang on


Bersih 2.0 mengalu-alukan kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein bahawa perhimpunan Bersih 3.0 boleh diteruskan selagi tidak bertentangan dengan Akta Perhimpunan Aman 2011, tetapi menegaskan, tidak ada keperluan bagi pihaknya mengubah lokasi - Dataran Merdeka - yang telah pun dirancang.
Sila baca selanjutnyaEdisi Terkini! Isu Bersih 3.0: Tiada sebab perlu ubah lokasi Bersih 3.0!

Betol-betol Hangat! 8 Tuntutan Bersih 2.0

Oleh Kaki Wayang on

Oklah..aku ni bukanlah Politician ataupun ahli politik serba boleh..malah aku tak de sangkut paut pown dengan Politik..aku hanya seorang amnusia yang disogokkan dengan pelbagai cerita mengenai Politik..ntah mana yang betul dan mana yang tak..semuanya kurang jelas dimataku..fitnah sana sini..mengeluarkan aib orang lain..dan aku rasa ntahlah..yang aku tahu..orang hanya pandai berjanji tapi tak pernah kotakan janjinya..setiap kali pilihanraya diadakan rumah aku kat Sabah tu dijadikan markas untuk berkempen..bila dah habis banyak kertas-kertas undi bertaburan dalam rumah dan luar rumah..berkempen bukan main..janji itu ini..satu ape pon takde..so bermula dengan itu aku malas nak amik tahu pasal politik..

Dan kini BERSIH 2.0 kembali menagih hak..siapa BERSIH?

http://najibnaili.files.wordpress.com/2011/06/bersih-logo-small.jpg

Berikut merupakan 8 tuntutan yang dikemukan oleh BERSIH 2.0:-

1. Bersihkan senarai undi
• Senarai undi harus dibersihkan dengan segera untuk menyingkirkan ‘pengundi hantu’ seperti orang yang telah meninggal.
• Pendaftaran pengundi automatik yang diselarikan dengan senarai Jabatan Pendaftaran Negara boleh menyelesaikan masalah pengundi hantu dalam jangka masa panjang. 

2. Mereformasikan undi pos
• SEMUA pengundi seharusnya dibenarkan untuk mengundi melalui undi pos atau mengundi lebih awal sekiranya seseorang individu itu tidak dapat berada di kawasan pengundian semasa hari mengundi.
• Anggota polis dan tentera yang tidak bertugas harus mengundi seperti biasa pada hari mengundi.
• Undi pos mesti dijalankan dengan telus! Agen parti politik harus dibenarkan untuk memantau proses undi pos. 

3. Gunakan dakwat kekal
• Penggunaan dakwat kekal boleh mengelakkan seseorang (atau pengundi hantu) daripada mengundi beberapa kali. 

4. Masa kempen minima 21 hari
• Masa yang lebih panjang diperlukan untuk calon menyebarkan maklumat, terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman. Contohnya, pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini diberi masa kempen 10 hari sahaja.
• Pada 1955, ketika era pemerintahan penjajah, pilihanraya mempunyai masa kempen sepanjang 42 hari. Manakala semasa Pilihanraya Umum ke-12 pada 2008, masa kempen 8 hari sahaja. 

5. Akses media yang bebas dan adil
• RTM dan Bernama adalah agensi media yang dibiayai oleh kerajaan. Mereka sepatutnya memberi liputan yang seimbang dan adil untuk semua parti yang bertanding.
• Parti politik harus dibenarkan untuk membuat pengiklanan tanpa sebarang diskriminasi dan penapisan.
• Ini adalah mengenai keadilan! Semua media perlu memberikan hak untuk semua parti membalas kepada tuduhan-tuduhan negatif terhadap mereka.

6. Kukuhkan institusi awam
Institusi awam dan kakitangan kerajaan harus tidak berat sebelah dan menegakkan undang-undang dan demokrasi. Institusi awam harus direformasikan supaya bertindak secara bebas, menegakkan undang-undang dan melindungi hak asasi manusia.
Contohnya :
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hendaklah memastikan pilihanraya yang bebas dan adil. Badan Kehakiman harus memelihara kebebasannya dan menegakkan kedaulatan undang-undang tanpa gentar atau memihak. Peguam Negara perlu bertindak secara tidak berat sebelah dan mengutamakan kepentingan rakyat. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia harus bertindak dengan adil dan menghentikan pendakwaan selektif dan penyalahgunaan kuasa. Polis Di Raja Malaysia perlu bertindak secara profesional dalam melaksanakan tugas dan menegakkan kedaulatan undang-undang. 

7. Hentikan rasuah
Rasuah adalah kegiatan mencuri dari rakyat untuk kepentingan peribadi. Rasuah menyebabkan orang kaya bertambah kaya dan golongan miskin semakin miskin. Pembelian undi harus dihentikan! Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 mesti dikuatkuasakan. 

8. Hentikan politik kotor
BERSIH 2.0 menuntut SEMUA parti politik untuk menghentikan politik kotor.
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! 8 Tuntutan Bersih 2.0
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...