Cincin kahwin dan baju yang dipakai oleh bekas pemimpin Libya,
Kolonel Gaddafi ketika dia dibunuh oleh pemberontak Oktober lalu,
dilapor ditawar untuk dijual dengan harga RM6 juta. Gaddafi memakai cincin perak dan baju warna kuning air apabila dia
diheret keluar dari salur longkang berhampiran Sirte, bandar
kelahirannya, sebelum dipukul dan ditembak.
Warga Libya, Ahmed Warfali dilapor meminta bayaran sebanyak RM6 juta untuk cincin dan baju berkenaan itu. Dia percaya boleh mendapat harga lebih tinggi jika menjualnya di Eropah.
Gambar
yang kelihatan seperti cincin itu dimuatnaikkan ke laman web
ArabsToday.net dan menujukkan ukiran tarikh Gaddafi berkahwin dengan
isteri, Safia, pada 10 September 1970, lapor ABC News.
Tetapi pengkritik berkata, Warfali tidak boleh menjual barangan itu.
Sila baca selanjutnya → Edisi Hangat! Cincin kahwin, baju berdarah berharga Gaddafi RM6j!