Home » Posts filed under Kenapa Wanita Menangis
Oleh
Kaki Wayang on
Ketika wanita menangis,
bukan bererti dia mengeluarkan senjata terampuhnya,
melainkan dia mengeluarkan senjata terakhirnya.
Ketika wanita menangis,
bukan bererti dia tidak berusaha menahannya,
melainkan kerana pertahanannya sudah tidak mampu lagi membendung air mata.
Ketika wanita menangis,
bukan kerana dia ingin terlihat lemah,
melainkan kerana dia tak sanggup berpura-pura kuat.
Ketika wanita menangis,
bukan bererti dia ingin mencari perhatian,
melainkan kerana apa yang dia perhatikan telah mengabaikannya.
Ketika wanita menangis,
bukan bererti dia mengharapkan belas kasihan,
melainkan kerana dia sedang megasihani diri sendiri.
Ketika wanita menangis,
bukan bererti dia ingin membuat sesuatu yg dia tangisi rasa bersalah,
melainkan kerana dia tak tau apa yang membuat keadaan jadi demikian.
Ketika wanita menangis,
bukan bererti dia ingin memancing kepedulian semua orang terhadapnya,
melainkan justeru dia tau,tidak akan ada orang yang peduli.
Ketika wanita menangis,
jangan engkau menganggap nya wanita lemah ataupun tukang cari perhatian.
kerana engkau juga yang menyebabkan air mata itu mengalir di pipi nya.
Sila baca selanjutnya → Edisi Hangat! Kenapa Wanita Menangis!