PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!
Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.
Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!
Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.
Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!
"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.
Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!
Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.
Showing posts with label Kisah Alam Barzakh. Show all posts
Showing posts with label Kisah Alam Barzakh. Show all posts
Home » Posts filed under Kisah Alam Barzakh
Edisi Agama! Gambaran Alam barzakh menurut Ibnu Taimiyyah!
Oleh Kaki Wayang on
Kita menyambung kalam tentang hakikat alam barzakh yang menjadi punca
salah faham sesetengah kelompok dalam beberapa isu. Sekali lagi kita
memetik pandangan tokoh yang sering menjadi rujukan aliran yang
kontroversi iaitu Ibnu Taimiyyah. Ibnu Qayyim murid Ibnu Taimiyyah, memuatkan dalam kitab al-Ruh penjelasan-penjelasan yang lengkap. Juga dinaqalkan fatwa penting Ibnu Taimiyyah seperti yang disebut dalam al-Fatawa al-Kubra.
Ibnu Taimiyyah ditanya mengenai orang hidup yang pergi menziarahi
orang yang telah mati. Adakah mereka mengetahui tentang ziarah orang
yang hidup? Adakah si mati mengetahui sesiapa yang mati selepasnya di
kalangan kaum kerabatnya atau orang yang lain?
Maka beliau menjawab: "Segala puji bagi Allah. Ya, sebenarnya banyak
athar yang menerangkan mengenai pertemuan dan pertanyaan mereka serta
penayangan amalan orang-orang yang hidup kepada mereka yang telah mati."
Antaranya kata beliau, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibnu al
Mubarak, daripada Abu Ayyub al-Ansori. Beliau berkata: "Apabila nyawa
seseorang Mukmin itu dicabut, maka hamba-hamba Allah yang telah mendapat
rahmat (yang telah mati dahulu) bertemu dengannya seperti mana
bertemunya orang yang datang membawa berita gembira di dunia ini.
"Maka mereka bersegera datang kepadanya dan bertanyakan khabar, lalu
berkata sebahagian daripada mereka kepada yang lain: "Tunggulah
saudaramu itu berehat dahulu, kerana dia sebenarnya dalam kesusahan yang
amat (kesan kesakitan Sakarat al Maut)."
Berkata Abu Ayyub lagi: "(Selepas dia berehat) mereka bersegera
datang kepadanya semula dan bertanya kepadanya, Apakah yang telah
dilakukan oleh si lelaki itu?" dan "Apakah yang telah dilakukan oleh si
perempuan itu, adakah dia telah berkahwin?"
Adapun mengenai si mati mengetahui orang hidup, yang datang
menziarahinya dan memberi salam ke atasnya, maka telah disebut dalam
hadith Ibnu Abbas r.a, beliau berkata: "Telah bersabda Rasulullah SAW
tidaklah seseorang itu melalui kubur saudaranya yang Mukmin yang pernah
dikenalinya di dunia, kemudian dia memberi salam kepadanya, melainkan
saudaranya itu (yang telah mati) mengenalinya dan menjawab salamnya."
Ibnu Mubarak berkata: "Hadis ini telah thabit daripada Nabi SAW dan disahihkan oleh Abdul Haq, pengarang Kitab al-Ahkam". (Majmu' Fatawa Ibnu Taimiyyah, 24:331)
Dalam bahagian lain pula, Sheikh Ibnu Taimiyyah ditanya: "Adakah si
mati mendengar pertuturan orang yang menziarahinya dan melihat orang
itu? Adakah rohnya kembali ke dalam jasadnya pada ketika itu, ataupun
berlegar-legar di atas kuburnya pada waktu itu dan waktu yang lain?
Adakah rohnya berkumpul bersama roh-roh ahli keluarga dan kaum
kerabatnya yang mati sebelumnya?"
Maka beliau menjawab: "Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam. Ya!
Mayat itu mendengar semuanya, seperti yang telah thabit di dalam Sohihain
(Bukhari dan Muslim), daripada Nabi SAW, baginda SAW bersabda: Mayat
mendengar bunyi sepatu mereka yang hidup ketika mereka beredar dari
kubur.
Kemudian beliau menyebut beberapa hadis lain yang sehubungan dengan
makna itu. Setelah itu, beliau berkata: "Dalil-dalil ini dan yang sama
dengannya, menerangkan kepada kita bahawa mayat mendengar seluruh
pertuturan orang yang hidup."
Tidaklah semestinya mayat itu sentiasa mendengar pertuturan yang
diucap, tetapi mereka mendengarnya pada suatu ketika dan tidak pada masa
yang lain.
Keadaannya sama seperti yang berlaku kepada orang yang hidup. Kadang
kala mereka mendengar pertuturan orang yang hidup. Kadang-kadang mereka
juga tidak mendengar apa yang dipertuturkan kepada mereka kerana suatu
penghalang yang menghalangnya. Pendengaran itu adalah pendengaran pengetahuan (hanya bertujuan memberikan maklumat) yang tidak menghasilkan sebarang balasan.
Ia juga bukannya pendengaran yang dinafikan melalui firman Allah SWT: Sesungguhnya engkau tidak dapat menjadikan orang-orang yang mati (hatinya) itu menerima ajaran-ajaranmu. (al-Naml: 80)
Makna pendengaran yang dikehendaki daripada ayat ini adalah penerimaan dan menjunjung perintah.
Sesungguhnya Allah SWT mengumpamakan orang kafir seperti mayat yang
tidak dapat menjawab seruan orang yang menyerunya dan juga seperti
binatang-binatang yang mendengar suara-suara akan tetapi tidak memahami
maknanya.
Sekalipun mayat boleh mendengar pertuturan orang yang hidup dan
memahami maknanya. Tetapi mereka tidak boleh menjawab seruan orang yang
menyeru dan tidak boleh melaksanakan perkara yang disuruh dan yang
dilarang.
Maka tidak ada manfaat perintah dan larangan bagi mereka. Begitu juga
dengan keadaan orang kafir. Mereka tidak langsung memberikan reaksi
(tidak langsung mendapat manfaat dengan suatu suruhan dan larangan)
apabila disuruh mahupun dilarang daripada melakukan sesuatu, walaupun
dia mendengar pertuturan itu dan memahami maknanya.
Ia sebagaimana maksud firman Allah SWT di dalam al-Quran: Dan kalaulah Allah mengetahui ada kebaikan pada mereka, tentulah Dia menjadikan mereka dapat mendengar. (al-Anfaal: 23)