PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!
Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.
Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!
Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.
Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!
"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.
Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!
Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.
Showing posts with label Kutipan terkini Hantu Bonceng. Show all posts
Showing posts with label Kutipan terkini Hantu Bonceng. Show all posts
Home » Posts filed under Kutipan terkini Hantu Bonceng
Betol-betol Hangat! Kenyataan Balas Ahmad Idham mengenai Hantu Bonceng!
Oleh Kaki Wayang on
Maklum balas dari Pengarah Ahmad Idham..
Pengarah ni macam menghalalkan filem ni pulak kan..segala dialog pun dia halalkan..
Betol-betol Hangat! Filem Hantu Bonceng Hina Rasulullah SAW?
Oleh Kaki Wayang on
Betol-betol Hangat! Review Penuh Hantu Bonceng!
Oleh Kaki Wayang on
JUDUL: Hantu Bonceng
PENGARAH: Ahmad Idham Nadzri
PELAKON: Zizan Razak, Juliana Evans, Cat Farish,
PENERBIT: Excellent Pictures Sdn Bhd
GENRE: Komedi Seram
Klasifikasi: U
Mula Tayangan: 30 Ogos 2011
PENGARAH: Ahmad Idham Nadzri
PELAKON: Zizan Razak, Juliana Evans, Cat Farish,
PENERBIT: Excellent Pictures Sdn Bhd
GENRE: Komedi Seram
Klasifikasi: U
Mula Tayangan: 30 Ogos 2011
Sekali Imbas: Kisah mengenai seorang lelaki penghantar
pizza, Amran yang gemarkan aktiviti merempit dengan seorang rakan
karibnya bernama Kunyit. Sering kali memenangi pertandingan lumba haram
dan menerima habuan gadis-gadis jelita. Nasibnya kali ini kurang
bernasib baik apabila pada satu malam selepas kemenangan dan membawa
pulang seorang wanita yang diperolehinya sebagai hadiah kejayaan dia
mengalami kemalangan dengan sebuah lori yang mengakibatkan wanita
tersebut mati. Berikutan kematian gadis itu, hidupnya sering kali
diganggu roh wanita berkenaan dan akhirnya membuatkan Amran insaf dan
cuba lari daripada gangguan roh tersebut.
Ulasan Penuh: Kalau mahu ketawa dan berhibur saya rasa
filem Hantu Bonceng arahan Ahmad Idham Ahmad Nadzri sememangnya sesuai
dipilih untuk memenuhi impian khalayak.
Filem komedi ringan yang mengangkat kisah seorang penghantar pizza yang
gilakan aktiviti merempit selepas habis tugasnya, sememangnya sarat
dengan kisah lucu. Kisah bermula apabila Amran (Zizan) yang memenangi
Maya (Juliana Evans) sebagai habuan perlumbaannya, terlibat dengan
kemalangan yang mana Maya mati di tempat kejadian.
Roh Maya atau hantu Maya acapkali menganggu kehidupan Amran sehinggakan
tidak senang duduk Amran memikirkannya. Nasib Amran baik apabila dia
ditemani rakan baiknya, Kunyit (Tai)di kala susah dan senang. Berikutan
gangguan demi gangguan yang diterimanya membuatkan Amran dan Kunyit
memilih pelbagai cara untuk menghindari gangguan tersebut termasuklah
menggunakan khidmat bomoh.
Dalam masa proses melepaskan diri daripada gangguan tersebutlah
pelbagai kisah lucu disajikan kepada penonton. Lawak-lawak yang
diketengahkan oleh Zizan dan Tai sememangnya mengena dan mengesankan.
Malah saya puji Ahmad Idham kerana dialog lucu yang ditonjolkan dalam
filem ini tidaklah menggunakan lawak double meaning. Tanpa lawak double
meaning pun khalayak masih mampu ketawa terbahak-bahak kerana jalan
cerita yang diketengahkan.
Seperti kata Ahmad Idham, meskipun filem tersebut mengetengahkan komedi
ringan namun masih diselitkan mesej berguna di dalamnya. Antaranya
usahlah dipercayai kepercayaan karut iaitu mempercayai bomoh atau
seangkatannya untuk menghalau roh mahupun hantu.
Sebaliknya kembali kepada asas agama untuk menemui jati diri serta
menjauhi perkara-perkara yang terkutuk. Selain itu, dipaparkan juga
keinsafan mat-mat rempit untuk meninggalkan aktiviti tidak bermoral itu.
Dalam pada itu, adegan-adegan cinta antara Amran bersama Halimaton
(Jue) yang diselitkan sedikit sebanyak menambah perisa memaniskan lagi
filem berkenaan. Selain itu nilai persahabatan antara Amran dan Kunyit
juga antara paparan menarik dalam filem tersebut yang jelas kelihatan.
Walaupun mereka berdua mat rempit namun masih lagi mengerti nilai
kemanusian dan persahabatan.Paling menarik hati saya ialah sewaktu Tai
menasihati Amran yang pada masa tersebut tergila-gilakan wanita lain dan
cuba menjauhkan diri daripada kekasih hatinya Halimaton.
Sementara itu, lakonan Zizan sememangnya bersahaja dan mengelikan hati.
Dipadankan bersama Jue Aziz serta Juliana Evans gandingan itu berjaya
dihidupkan bersama. Harus dipuji lakonan pendatang baru, Tai kerana
tidak dinafikan dia juga merupakan tulang belakang membantu menghidupkan
suasana ceria Hantu Bonceng.
Jika Hantu Bonceng menjadi pilihan anda untuk menghiburkan hati sempena
musim perayaan ini, sememangnya satu pilihan yang tepat dan rasanya
tidak salah untuk meluangkan masa bergelak ketawa bersama teman dan
seisi keluarga.