PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!
Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.
Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!
Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.
Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!
"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.
Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!
Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.
Showing posts with label Tiz Zaqyah. Show all posts
Showing posts with label Tiz Zaqyah. Show all posts
Home » Posts filed under Tiz Zaqyah
Edisi Hangat! Tiz nafi putus cinta dengan Remy!
Oleh Kaki Wayang on
UMUM mengetahui hubungan cinta yang terjalin antara pelakon utama drama rantaian Nur Kasih, Tiz Zaqyah dan Remy Ishak makin mekar berkembang. Namun, sekitar dua minggu lalu timbul gosip mengatakan hubungan
pasangan kekasih itu berantakan dan mereka kini sudah tidak lagi
bersama.
Malah, jika diperhatikan laman sosial Twitter dan Facebook kedua-dua
selebriti itu ibarat masing-masing tengah memendam rasa dan seolah-olah
sedang berperang. Menerusi laman sosial milik Tiz juga baru-baru ini ada mengeluarkan beberapa kenyataan yang barangkali mempunyai makna tersirat.
Lebih memanaskan gosip tersebut, ada sumber yang memberitahu bahawa
hubungan cinta mereka diputuskan oleh Remy sendiri kerana tidak tahan
dengan sikap Tiz yang kuat cemburu serta beberapa faktor lain.
Kesempatan bersua dengan pelakon Tiz Zaqyah atau nama sebenarnya Siti Zaqyah Abdul Razak, 23, ketika malam gala filem Cinta Kura-Kura di Cathay e@Curve, Mutiara Damansara, baru-baru ini, hal putus cinta tersebut membuat dia diserbu wartawan hiburan yang hadir.
Kosmo!: Sejak kebelakangan ini, laman sosial milik Tiz dan Remy
seolah-olah memberi petunjuk bahawa anda berdua kini sedang berperang.
Apa komen Tiz?
Tiz: Saya sudah agak perkara ini pasti akan diajukan. Tapi sebenarnya
ini semua mengarut! Semuanya adalah gosip semata-mata. Apa yang
terpampang di laman sosial tiada kena mengena dalam hubungan kami.
Jadi benarlah bahawa cerita itu sekadar khabar angin?
Dakwaan itu tidak berasas. Inilah cabaran yang perlu kami lalui
apabila sudah mendedahkan hubungan kami kepada khalayak. Orang
sekeliling akan ternanti-nantikan perkembangan seterusnya.
Jadi, bagaimana Tiz sifatkan hubungan antara anda dan Remy?
Kami masih macam biasa, kalau masing-masing ada kelapangan waktu kami akan berjumpa.
Bagaimana Tiz melihat spekulasi yang melanda hubungan kalian?
Pernah dulu pun timbul juga gosip bahawa hubungan antara saya dan
Remy putus. Ini bukan kali pertama. Saya pun sebenarnya sudah lali
dengan cerita-cerita sebegini. Saya anggap gosip seperti ini tidak
pernah wujud!
Selain gosip keretakan hubungan cinta Tiz dan Remy, baru-baru ini
juga Tiz ada mengeluarkan satu kenyataan di laman sosial Facebook bahawa
anda sedang dating dengan lipas. Siapa 'lipas' yang Tiz maksudkan?
Saya tak maksudkan sesiapa, rumah saya memang banyak lipas. Kalau tak
percaya boleh tanya mak saya. Saya tak tujukan kepada sesiapa pun
apatah lagi untuk menegur sesiapa.
Masih mengenai kisah Tiz dan Facebook, sewaktu penyanyi diva pop,
Whitney Houston dikhabarkan meninggal dunia, Tiz juga ada mengeluarkan
satu kenyataan berkaitan artis di Malaysia dan Hollywood. Apa maksudnya?
Mengenai kenyataan itu, saya juga tidak maksudkan sesiapa. Itu
pendapat peribadi saya. Kalau artis di Hollywood pun tak boleh mengawal
tekanan apatah lagi artis di Malaysia ini. Itu saja.
Tiz lebih banyak tampil di layar kaca berbanding layar perak. Ada projek terbaharu Tiz yang mungkin boleh dikongsikan bersama?
Untuk filem buat masa sekarang belum lagi. Insya-Allah, saya bakal tampil menerusi filem Cinta Kura-Kura pada awal bulan Mac dan sedang dalam proses perbincangan untuk drama terbaharu tidak lama lagi.
Boleh Tiz ulas pengalaman berlakon dalam filem komedi romantik, Cinta Kura-Kura, bersama pelakon baharu, Aeril Zafril?
Saya memegang watak Nani seorang gadis berusia 21 tahun yang
mempunyai haiwan peliharaan seekor kura-kura bernama Nico. Dalam
diam-diam saya jatuh cinta dengan jiran bernama Adam (lakonan Aeril
Zafril). Ini pengalaman pertama saya membawakan watak yang perlu
berimaginasi dalam filem. Bagi saya yang selalu diberikan tanggungjawab
membawakan watak berat, filem ini tidaklah terlalu senang dan tidak juga
terlalu susah.
Edisi Hangat! Gambar Pose Bibir Seksi Tiz Zaqyah dan Izara Aisyah ala-ala Angelina Jolie!
Oleh Kaki Wayang on
Ada gaya Angelina Jolie tak? tak pun Kilafairy?
Labels:
Angelina Jolie,
artis,
Izara Aisyah,
KilaFairy,
Tiz Zakiyah,
Tiz Zaqyah