PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!
Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.
Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!
Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.
Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!
"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.
Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!
Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.
Showing posts with label cara makan rasulullah. Show all posts
Showing posts with label cara makan rasulullah. Show all posts
Home » Posts filed under cara makan rasulullah
Edisi Hangat! Perihal Air Susu dan Menangis!
Oleh Kaki Wayang on
Edisi Agama! Bertabarruk dengan kubur Rasulullah!
Oleh Kaki Wayang on
SEPERTI yang telah kita bincangkan minggu lepas, terdapat banyak
riwayat daripada Salafus Soleh yang merakamkan bahawa mereka menerima
dan beramal dengan bertabarruk dengan kesan-kesan atau bekas
peninggalan Nabi SAW dalam rangka mendekatkan diri kepada Allah.
Pandangan ini turut dipegang oleh Ibnu Taimiyyah dan Imam Al-Zahabi
seperti yang kita petik di bawah. Mereka ini merupakan di antara rujukan
pilihan bagi kelompok yang cenderung anti-tabarruk pada zaman ini.
Al-Qadhi 'Iyadh berkata: "Abdullah ibn Umar SAW pernah dilihat
meletakkan tangannya di atas tempat duduk Rasulullah SAW di mimbarnya.
Kemudian dia meletakkan tangannya itu di mukanya." Diriwayatkan daripada
Ibnu Qusait dan al-'Utbi: "Apabila masjid telah kosong, para sahabat
Nabi SAW mengusap tombol mimbar yang terletak berhampiran kubur Nabi SAW
dengan tangan kanan, kemudian mereka menghadap kiblat seraya
memanjatkan doa. "Berkata al-Mulla Ali al-Qari, pensyarah kitab al-Syifa: Hadis ini diriwayatkan oleh Ibnu Sa'ad. (Al-Shifa', 3:518)
Hadis ini juga diriwayatkan oleh Syeikh Ibnu Taimiyyah daripada Imam
Ahmad. Beliau memberi rukhsah mengenai mengusap mimbar dan tombol kayu
tersebut dan menyebut bahawa Ibnu Umar, Sa'id ibn al Musayyib, dan Yahya
ibn Sa'id RA dari kalangan fuqaha Madinah, melakukan perkara tersebut.
(Ibnu Taimiyyah, Iqtido' Sirot al-Mustaqim, H: 367)
Ketika Amir al-Mukminin, Umar ibn al-Khattab RA hampir wafat, beliau berkata kepada anaknya, Abdullah RA, Pergilah
kamu kepada Ummul Mukminin, Sayyidah 'Aisyah RA dan katakanlah, "Umar
menyampaikan salam kepadamu." Jangan kamu katakan Amir al-Mukminin,
kerana hari ini aku bukan lagi ketua kaum Mukminin. Katakan juga
kepadanya, bahawa, "Umar ibn Khattab meminta izin untuk dikebumikan
bersama (berdekatan) kedua orang sahabatnya (Rasulullah SAW dan Abu
Bakar RA)."
Maka Abdullah RA pun memberikan salam dan meminta izin untuk masuk.
Lalu dia pun masuk dan mendapati Sayyidah Aisyah RA sedang duduk
menangis. Abdullah RA berkata, "Umar menyampaikan salam kepadamu dan
meminta izin untuk dikebumikan berhampiran kedua orang sahabatnya."
'Aisyah berkata, "Sebenarnya aku menginginkan tempat itu untuk diriku.
Tetapi hari ini, aku akan mendahulukan dia (Umar RA) daripada diriku."
Setelah kembali, maka dikatakan, "Ini Abdullah ibn Umar RA telah
kembali." Umar ibn Khattab RA berkata (kepada para sahabat), "Angkatlah
aku." Lalu beliau disandarkan oleh salah seorang sahabatnya kepada
Abdullah RA. Umar RA berkata, "Apakah berita yang kamu bawa?" Dia
berkata, "Berita yang kamu suka, wahai Amir al-Mukminin! Kamu telah
diizinkan." Umar RA berkata, "Alhamdulilah, tidak ada sesuatu yang lebih
penting bagiku selain daripada itu. Sekiranya aku telah wafat, bawalah
aku dan ucapkanlah salam kepada 'Aisyah, dan katakanlah, "Umar meminta
izin." Jika dia mengizinkan aku, maka masukkanlah aku. Tetapi jika dia
menolakku, kembalikanlah aku ke perkuburan kaum Muslimin. (riwayat
Bukhari dalam kitab Janaiz)
Pandangan Imam Al-Zahabi
Berkata al Imam Syamsuddin Muhammad ibn Ahmad al-Zahabi:
Telah mengkhabarkan kepada kami Ahmad ibn Abdul Mun'im lebih daripada
sekali, telah menyampaikan kepada kami Abu Ja'far al-Soidalani secara
bertulis, telah menyampaikan kepada kami Abu Ali al-Haddad secara
berdepan, telah menyampaikan kepada kami Abu Nu'aim al-Hafiz, telah
menyampaikan kepada kami Abdullah ibn Ja'far, telah menyampaikan kepada
kami Muhammad ibn 'Asim, telah menyampaikan kepada kami Abu Usamah,
daripada Ubaidillah, daripada Nafi' daripada Ibnu Umar RA, "Sesungguhnya
dia membenci perbuatan mengusap kubur Nabi SAW." Saya berpendapat: Ibnu
Umar RA membenci perbuatan tersebut kerana melihat ketiadaan adab dan
ketidaksopanan orang yang berkunjung ke kubur Nabi SAW.
Imam Ahmad RA pernah ditanya tentang hukum mengusap kubur Nabi SAW
dan mengucupnya. Maka dia tidak berpendapat, perbuatan tersebut adalah
salah. Telah meriwayatkan daripadanya anaknya, Abdullah ibn Ahmad.
Justeru, sekiranya ditimbulkan persoalan: Kenapa sahabat tidak
melakukan perbuatan tersebut? Maka dijawab: Kerana mereka dapat melihat
dan bertemu dengan Rasulullah SAW dengan mata kepala mereka sendiri
semasa Baginda SAW masih hidup. Mereka bergaul dengannya dan mencium
tangannya. Nyaris-nyaris mereka berbunuh-bunuhan untuk mendapatkan air
wuduknya.
Mereka mengagih-agihkan rambutnya yang suci pada musim haji yang
agung. Apabila Baginda SAW berludah, belum pun sempat ludahnya jatuh ke
tanah, ia telah disambut oleh tangan seorang sahabat, lalu dia menyapu
mukanya dengan air ludah tersebut.
Adapun kami, disebabkan kami tidak berpeluang mendapat tuah atau
keuntungan yang begitu sempurna dan indah, maka kami lebih sepatutnya
mengunjungi kuburnya dengan penuh iltizam, penghormatan, penyerahan dan
mengucupnya. Adakah kamu tidak melihat, bagaimana Thabit al-Bunani telah
melakukannya? Beliau telah mengucup tangan Anas ibn Malik RA dan
meletakkan tangannya ke mukanya sambil berkata, "Ini adalah tangan yang
pernah menyentuh tangan Rasulullah SAW." Perbuatan sebegini tidak akan
digerakkan oleh seorang Muslim kecuali kerana lonjakan kasih yang
bersangatan terhadap Rasulullah SAW.
Bahkan, sememangnya seorang Muslim itu disuruh mengasihi Allah dan
Rasul SAW melebihi kasihnya terhadap dirinya, anak-anaknya, manusia
seluruhnya, harta benda, syurga dan bidadarinya. Bahkan, terdapat
sebahagian daripada kaum Mukminin itu mengasihi Abu Bakar RA dan Umar RA
melebihi daripada kasih terhadap diri mereka sendiri.
Diceritakan kepada kami, bahawa ketika Jundar berada di bukit
al-Biqa', dia mendengar seseorang mencaci Abu Bakar RA. Lalu dia
menghunus pedangnya dan memenggal kepala orang tersebut.
Tetapi jika dia mendengar orang mencaci dirinya atau bapanya belum
tentu dia akan menghalalkan darah orang tersebut. Lihatlah, seorang
sahabat yang berada dalam kecintaan yang begitu mendalam terhadap Nabi
SAW berkata, "Bolehkah kami sujud kepadamu?" Maka Baginda SAW bersabda,
"Tidak boleh."
Sekiranya mereka diizinkan, sudah pasti mereka akan sujud kepadanya
kerana membesarkan dan memuliakan Baginda SAW, bukan kerana menyembah
atau beribadat kepadanya sebagaimana sujud saudara-saudara Nabi Yusuf AS
kepadanya. Begitu jugalah dengan perbuatan, sujud seorang Muslim kepada
kubur Nabi SAW kerana membesarkan dan memuliakan Baginda SAW. Ia tidak
dikira kufur pada asalnya, tetapi dikira berdosa melakukannya. Justeru,
ketahuilah bahawa ini adalah perkara yang dilarang, begitu juga dengan
melakukan solat menghadap kubur. (Al-Zahabi, Mu'jam Al-Syuyukh, 1:73-74)
Betol-betol Informasi! Panduan Cara Makan Ikut Sunnah Nabi S.A.W
Oleh Kaki Wayang on
Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku,
bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka
akan masuk syurga bersamaku.”
Kawan-kawan, sebenarnya
banyak sekali kebaikan dan kelebihan jika kita mengamalkan sunnah.
Ulamak kata, pada setiap amalan sunnah itu ada keberkatan. Siapa amal
sunnah, dia akan mendapat 2 keuntungan. Apa keuntungan itu?
2. Keberkatan.
Kali
ini saya nak kongsikan dengan anda tentang sunnah-sunnah makan (setakat
yang saya tahu). Bolehlah kita sama-sama amalkan yer.
Cara duduk
ialah seperti duduk tahiyat awal tapi lutut kanan dinaikkan. Posisi
duduknya ialah peha/lutut kanan dinaikkan manakala kita duduk pada
bahagian kaki kiri.
Sebenarnya cara duduk sebegini banyak
kebaikannya. Posisi ini dapat memberikan keselesaan pada perut dan ia
menjaga keseimbangan komposisi ruang dalam perut kepada 3 bahagian.
Iaitu 1/3 ruang adalah untuk makanan, 1/3 untuk udara dan 1/3 lagi
adalah untuk air.
Makan menggunakan tangan. Bukan
guna sudu / garfu, bukan guna chopstick. Tetapi guna tangan kanan. Ada
kajian membuktikan bahawa, pada tangan / jari kita ni, ada enzim yang 10
kali ganda lebih banyak dari enzim yang ada dalam air liur. Enzim ini
berguna untuk mencerna makanan.
Makan dengan menggunakan 3 jari.
Ada orang kata, macammana nak makan dengan 3 jari saja. Susah la kalau
nak makan nasi. Nabi dulu takperla, baginda banyak makan roti dan
buah-buah kurma saja.Hmmm, tentang itu, saya ‘no comment’. Pada saya,
kalau nak amalkan tak susah mana. Orang-orang Cina pun diorang makan
guna chopstick jer…2 batang kayu jer guna. OK jer apa. So, macammana
boleh kata susah untuk makan guna 3 jari??
Saya sarankan kepada
mereka yang nak mula amal sunnah ini, gunakan 3 jari pada suapan pertama
tu dulu. Lepas-lepas tu, bolehla makan macam biasa.
Apabila nampak makanan, disunatkan baca doa “Allahumma baariklana………”
Sebelum makan, disunnahkan untuk basuh kedua belah tangan dan juga berkumur-kumur. Ada banyak kelebihan bagi mereka yang mengamalkan perbuatan membasuh tangan dan berkumur ni.
Sebelum menyuapkan makanan ke dalam mulut, sila baca doa “Bismillahiwa’ala barokatillah“
Lepas makan, kita disunnahkan untuk menjilati jari-jari
kita yang digunakan untuk mengambil makanan tadi. Hikmah kepada
perbuatan ini, kandungan enzim yang ada pada tangan / jari kita tadi
akan makin cepat bercampur dengan makanan dan seterusnya memudahkan
proses pencernaan.
Makan dalam satu dulang yang sama secara berjemaah.
Sebenarnya cara ini akan meningkatkan rasa sayang terhadap sesama kita.
Kalau suami isteri boleh amalkan makan dalam satu dulang, insyaAllah
kemesraan akan lebih dapat dirasai dan kita akan jadi lebih saling faham
memahami dan saling bertolak ansur. Amalan makan satu dulang ini juga
dapat mengelakkan sebarang pembaziran.
Makan ketika lapar, berhenti sebelum kenyang.
Haaa yang ni nampak macam senang jer nak amal. Tapi sebenarnya susah
gak nak amal. Biasanya kita makan ni ikut nafsu.Selagi tak kenyang,
selagi tu lah kita ‘melantak’. Nak-nak pulak kalau kita pi makan kat
hotel-hotel atau restoran yang menyediakan hidangan cara ‘buffet’.
Memang sampai nak pecah perut, baru la berhenti makan. Betul tak? Saya
tak cakap pada orang lain ni, saya cakap kat diri saya sendiri…huhu