Susulan daripada ancaman penggodam laman web di Malaysia (Anonymous) macam ini lah (gambar di atas) keadaannya..Namun begitu kerajaan Malaysia mengisytiharkan bahawa tidak ada apa-apa perubahan yang berlaku ke atas laman web rasmi kerajaan Malaysia.. Penggodam Anonymous bertindak memberi amaran kepada kerajaan Malaysia bahawa laman web rasmi itu akan digodam pada pukul 3.30 pagi tadi..namun begitu sehingga jam 4.30 pagi tadi, laman berkenaan dilihat tidak mempunyai sebarang perubahan hingga menimbulkan tanda tanya sama ada Anonymous gagal atau berjaya tetapi dapat diatasi pengendali portal malaysia.gov.my.
Sebaliknya, kira-kira 30 laman web tempatan didakwa digodam oleh pihak tertentu disyaki penggodam tempatan yang terikut-ikut dengan ancaman Anonymous.
Antara web yang dikatakan digodam dengan menggantikan laman dengan nota amaran dan gangguan atau DDoS atau penafian perkhidmatan terhadap laman termasuk penang.uitm.edu.my dan tourmalaysia.com.my, manakala beberapa laman web seperti krustudios.com dan sabahtourism.com yang didakwa digodam Anonymous dan mengalami kebocoran menyebabkan ditutup oleh pengendali web masing-masing.
Pemantauan yang dibuat oleh MyMetro terhadap portal yang menggunakan domain .gov.my tidak dapat diakses..tapi tidak dapat diketahui punca tersebut samaada ianya kesan daripada serangan DDoS atau pengendali domain bertindak menutupnya sebelum digodam..
Ancaman godaman laman web malaysia.gov.my adalah cetusan tindak balas pengguna internet berikutan tindakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) meminta para penyedia internet tempatan untuk menghalang akses kepada lebih 10 halaman perkongsian fail yang popular dengan alasan perkongsian fail berhak cipta dan melanggar akta hak cipta. tempatan.
10 halaman yang terlibat adalah Warez-BB.org, ThePirateBay, Movie2k, MegaVideo, PutLocker, DepositFiles, DuckLoad, FileServe, FilesTube dan MegaUpload.
P/s: Macam-macam lah dunia ni kan..nampak sangat rakyat Malaysia suka sangat dengan piracy..buktinya tengoklah..sampai bergaduh dengan kerajaan Malaysia..berani betol..
Sila baca selanjutnya → Betol-betol Hangat! Susulan Laman Web Malaysia digodam