PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!
Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.
Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!
Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.
Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!
"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.
Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!
Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.
Showing posts with label kes pembunuhan Nur Rahayu. Show all posts
Showing posts with label kes pembunuhan Nur Rahayu. Show all posts
Home » Posts filed under kes pembunuhan Nur Rahayu
Betol-betol Sengal! Wanita bunuh anak sendiri!
Oleh Kaki Wayang on
Seorang wanita yang menyebabkan kematian bayinya berusia enam bulan
dipercayai dihempas ke lantai dalam kejadian Disember tahun lalu,
terlepas daripada hukuman gantung apabila Mahkamah Tinggi di sini hari
ini mendapati dia tidak waras. Hakim Azman Abdullah dalam keputusannya berkata, tertuduh Marsuzana
Che Muda, 32, tidak disabitkan hukuman kerana semasa kejadian dia
mengalami gangguan mental.
''Berdasarkan peruntukan Seksyen 347 dan 348 Kanun Tatacara Jenayah,
kematian mangsa disebabkan oleh tertuduh namun mahkamah melepaskan dia
daripada hukuman atas alasan mempunyai penyakit mental semasa kejadian
walaupun tertuduh melakukan kesalahan tersebut,'' kata hakim itu.
Sehubungan itu, beliau memerintahkan tertuduh ditahan sementara di
Hospital Bahagia, Hulu Kinta, Perak sehingga mendapat limpah perkenan
daripada Sultan Kelantan. Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Wan Azimah
Yaacob sementara tertuduh diwakili Mohd. Zawahid Ya dan Nor Erini
Mustafa Kamal. Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.
Tertuduh didakwa membunuh Alia Miazara Mohd. Azim di rumahnya di
Kampung Gaal Tengah, Pasir Puteh di sini antara pukul 4.30 pagi dan 5.30
pagi, 12 Disember tahun lalu. Namun mahkamah mengarahkan supaya dia menjalani ujian kesihatan mental kerana dipercayai tidak waras.
Bagaimanapun selepas menjalani rawatan lebih sebulan di hospital
tersebut, semalam tertuduh disahkan layak untuk dibicarakan dan mahkamah
telah mendengar keterangan empat orang saksi. Mereka terdiri daripada kaum keluarganya selain seorang pakar psikiatri.
Sepanjang perbicaraan, Marsuzana hanya menundukkan mukanya. Akhbar sebelum ini melaporkan seorang wanita telah ditahan untuk
membantu siasatan berhubung kematian bayi perempuannya dipercayai
dilepaskan ke lantai.
Kejadian itu disedari bapa wanita berkenaan, Che Muda Salleh, 60,
yang tiba-tiba mendengar jeritan anaknya itu semasa di rumahnya,
kira-kira pukul 5 pagi. Bayi malang itu kemudian disahkan meninggal dunia oleh pihak Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh.
Betol-betol Sengal! 4 hari kurung kekasih suami
Oleh Kaki Wayang on
Tangannya digari, kepalanya dibotakkan manakala sebatang gigi depan dicabut dengan playar ketika dikurung selama empat hari di sebuah rumah di Taman Saga, Ampang, di sini, sejak Jumaat lalu. Itu nasib seorang wanita berusia 31 tahun yang diculik isteri kekasihnya yang berang dengan tindakan mangsa menjalin hubungan sulit dengan suaminya.
Mangsa yang tinggal di Rawang diculik dari rumahnya kira-kira jam 9 malam Jumaat lalu dan suspek yang berusia awal 30-an dibantu adik lelakinya berusia lewat 20-an.
Sumber polis berkata, sepanjang dijadikan tahanan, mangsa didera dan tidak diberikan makanan, malah suspek serta adik lelakinya meminta wang tebusan RM50,000 daripada suaminya atau mangsa akan dibunuh.
Sumber polis berkata, sepanjang dijadikan tahanan, mangsa didera dan tidak diberikan makanan, malah suspek serta adik lelakinya meminta wang tebusan RM50,000 daripada suaminya atau mangsa akan dibunuh.
Menurutnya, ketika menculik mangsa, suspek dan adik lelakinya itu mengetuk pintu rumah mangsa sebelum memperkenalkan diri isteri kepada teman lelaki mangsa.
Betol-betol Hangat! Ditikam lapan kali, namun masih hidup!
Oleh Kaki Wayang on
Meskipun ditikam sebanyak lapan kali dan dicampak ke dalam hutan di Jalan Bukit Putus di sini, nyawa seorang lelaki berusia 29 tahun ini masih panjang. Dia yang dipercayai ditikam oleh dua lelaki dengan pisau kelmarin, hanya pengsan dan tersedar hari ini sebelum meminta bantuan orang ramai dalam keadaan berlumuran darah.
Lelaki yang dikenali sebagai Arman Shah itu ditemui di tepi jalan Jalan Seremban-Kuala Pilah kira-kira pukul 10 pagi ini. Orang ramai yang menemui mangsa kemudian segera membawanya ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di Seremban. Kakitangan di wad kecemasan terkejut apabila mendapati lelaki itu masih hidup walaupun terdapat beberapa kesan tikaman di badannya.
Menurut sumber, lebih menghairankan lagi apabila mangsa sempat menceritakan bahawa dia tidak sedarkan diri selepas diserang dua lelaki yang dikenalinya dengan pisau pada petang Jumaat lalu di Bahau.
"Dia mendakwa ditikam empat kali di bahagian hadapan badan dan empat tikaman di belakang badan kemudian dibuang ke dalam hutan di Jalan Bukit Putus," katanya ketika dihubungi hari ini.
Sumber itu memberitahu, kemungkinan lelaki yang menyerang mangsa berpendapat dia sudah meninggal dunia sebelum membuang 'mayatnya' di dalam hutan untuk menghapuskan bukti.
"Mangsa sedar dari pengsan tidak berapa lama selepas dicampak dan dia dikatakan berjalan kaki selama satu hari setengah untuk keluar dari hutan itu sebelum ditemui orang ramai. "Lelaki itu masih bernyawa walaupun sudah tiga hari ditikam mungkin kerana tikaman itu tidak mengenai organ pentingnya," ujarnya.
Mangsa telah menjalani pembedahan selama beberapa jam untuk menjahit luka pada badannya dan kini ditempatkan di wad rawatan rapi untuk pemantauan lanjut.
Betol-betol Sengal! Askar rogol wanita 7 kali sehari dipenjara!
Oleh Kaki Wayang on
Anggota tentera Britain yang merogol seorang wanita tujuh kali dalam masa sehari dipecat daripada perkhidmatan dan dipenjara 10 tahun, semalam. Robert Kariuki, warga Britain kelahiran Kenya menyerang wanita berkenaan ketika mangsa berada di atas katil, menyumbat patung beruang ke dalam mulutnya, menutup muka mangsa dengan bantal sebelum merogolnya buat kali pertama.
Kariuki bertindak demikian kerana cemburu selepas mengetahui mangsa tidur bersama rakannya. Dia mengancam membunuh mangsa dan melarangnya menggunakan bilik air ketika memperkosa wanita berkenaan tujuh kali dalam tempoh beberapa jam. Kejadian berlaku Julai tahun lalu.
Mangsa, warga Jerman, mempelawa Kariuki dan seorang rakannya ke kediamannya sebelum kejadian. Mahkamah diberitahu, dia mengadakan seks dengan rakan Kariuki sementara lelaki itu tidur di sofa. Tetapi apabila rakannya meninggalkan kediaman itu, Kariuki memasuki kamar mangsa dan mula merogolnya.
Betol-betol Hangat! Diludah kekasih gelap suami
Oleh Kaki Wayang on
Sekadar gambar hiasan (Kekasih gelap lah katakan)
Ramadan kali ini tidak bermakna bagi seorang ibu beranak empat berusia 39 tahun apabila dia bukan saja diceraikan suami sebaliknya dia cedera selepas dibelasah lelaki itu di rumah sewa kekasih lelaki itu di Banting, dekat sini, kelmarin. Difahamkan mangsa dibelasah suaminya berusia 40-an itu disebabkan wanita terbabit melarang suspek bersekedudukan dengan kekasihnya yang juga warga Indonesia di rumah sewa berkenaan.
Lebih mengaibkan apabila warga Indonesia itu bertindak keji dengan meludah muka mangsa di hadapan suaminya itu ketika pasangan terbabit bertengkar. Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu, mangsa cedera di leher dan badan selepas ditampar dan ditumbuk suaminya.
Mangsa membuat laporan di Balai Polis Banting, di sini, menuntut tindakan tegas terhadap suaminya itu. Menceritakan semula kejadian itu, mangsa yang mahu dikenali sebagai Intan, berkata dia dan anak lelakinya berusia 16 tahun pergi ke rumah sewa wanita terbabit bagi merayu suaminya pulang.
“Sebaik tiba di rumah berkenaan, saya meminta suami pulang ke rumah, namun tindakan saya itu menyebabkan dia berang sebelum memarahi saya. “Malah, suami saya yang bagaikan dirasuk syaitan memukul saya di hadapan wanita terbabit,” katanya.
Menurut Intan, penderitaannya tidak berakhir di situ apabila suaminya menceraikannya dengan talak satu manakala wanita terbabit meludah mukanya.
“Suami mengarahkan saya dan anak meninggalkan kawasan berkenaan,” katanya, semalam.
Intan berkata, dia syak suaminya disihir wanita itu kerana lelaki terbabit tidak boleh berada di rumah mereka terutama sebelah malam sejak lima bulan lalu. Intan berkata, dia sanggup memaafkan suaminya itu dan kembali bersamanya semula demi masa depan mereka sekeluarga. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Nordin Manan mengesahkan menerima laporan kejadian itu.
Betol-betol Ngeri! Kepala manusia terlekat di pelepah sawit
Oleh Kaki Wayang on
“Saya mahu mengait kelapa sawit, tetapi alangkah terkejutnya saya apabila ternampak kepala manusia yang sudah reput terlekat di pelepah kelapa sawit itu,” kata S Nandakumaran, 31, yang menemui mayat lelaki yang sudah reput dan anggotanya yang berselerak di Ladang Air Merah, berhampiran Taman Melur, di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, pekerja ladang kelapa sawit itu baru hendak memulakan tugas mengait buah kelapa sawit di ladang itu.
Katanya, ketika tiba di situ, dia mula terhidu bau busuk yang meloyakan dan pada mulanya menyangka ia berpunca daripada bangkai binatang yang mati berhampiran kawasan berkenaan.
“Ketika saya berjalan ke arah pokok kelapa sawit untuk mengait buahnya, tiba-tiba saya terpandang satu objek bulat berwarna hitam terlekat pada pelepah kelapa sawit. Saya kemudian menghampiri objek berkenaan dan amat terkejut apabila mendapati objek itu adalah kepala manusia yang hampir reput,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.
Katanya, lebih mengejutkan, dia terjumpa pula bahagian tubuh mayat berkenaan yang hanya tinggal kaki dan badan berhampiran pokok kelapa sawit itu, manakala kedua-dua tangannya ditemui beberapa meter dari situ. Nandakumaran membuat laporan di Balai Polis Kulim.
“Saya bersama beberapa pekerja lain baru memulakan tugas mengait buah berkenaan hari ini (semalam) selepas kali terakhir melakukannya pada 13 Julai lalu. Waktu itu, tiada apa-apa berlaku di kawasan ini,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh, berkata berdasarkan dokumen pengenalan yang ditemui pada mayat terbabit, mangsa dikenali sebagai A Benny Roy, 31, dan beralamat di Klang, Selangor.
“Keadaan mayat yang hampir reput dan hanya tinggal kaki, manakala kedua-dua belah tangannya dijumpai beberapa meter dari mayat itu kemungkinan dibawa lari binatang buas. Kepala mangsa pula tersangkut pada pelepah pokok kelapa sawit. Seutas tali turut berada pada kepala itu,” katanya.
Beliau berkata, mayat itu dibawa ke Hospital Kulim untuk bedah siasat dan setakat ini polis mengklasifikasikan sebagai kematian mengejut.
Betol-betol Hangat! Pengawal didakwa bunuh, bakar Nur Rahayu
Oleh Kaki Wayang on
Seorang pengawal keselamatan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh pelajar berusia 16 tahun, Nur Rahayu Qomarodin yang mayatnya ditemui dikerat dan dibakar di dua lokasi berasingan di Masai dekat sini.
D. Kalaiselvan, 46, didakwa membunuh Nur Rahayu di ladang kelapa sawit Sungai Masai, Jalan Masai-Kong Kong, Masai di sini di antara pukul 2.30 pagi dan 2.50 pagi, 18 Jun lalu.
Dakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Lelaki itu hanya menganggukkan kepala tanda faham selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa dalam bahasa Tamil di hadapan Majistret Hafizah Johor Arif Johor. Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Iskandar Ahmad manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.
Keluarga mangsa turut melantik Khairul Azwad Sariman sebagai peguam pemerhati bagi mewakili mereka. Hafizah menetapkan 20 September ini untuk sebutan kes, sementara menunggu laporan kimia dan bedah siasat ke atas mangsa diserahkan kepada pihak pendakwaan.
Utusan Malaysia baru-baru ini melaporkan Nur Rahayu ditemui mati dalam keadaan tragis, dipercayai dibunuh sebelum mayatnya yang dikerat dan dibakar ditemui di dua lokasi berasingan pada 3 Julai lalu. Nur Rahayu yang mendapat taraf penduduk tetap (PR) dilaporkan hilang dari rumah pada 18 Jun lalu oleh ibu bapanya yang mengusahakan kantin di sebuah kuari di Masai.
Polis yang menjalankan siasatan menemui cebisan rambut, baju dan selipar dipercayai milik mangsa di dua lokasi berasingan iaitu di Sungai Tiram dan Tanah Perkuburan Hindu di Masai. Susulan penemuan cebisan mayat tersebut polis menahan seorang pengawal keselamatan yang bertugas di kuari tempat bapa mangsa mengusahakan kantin.