PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!
Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.
Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!
Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.
Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!
"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.
Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!
Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.
Showing posts with label wanita bunuh anak. Show all posts
Showing posts with label wanita bunuh anak. Show all posts
Home » Posts filed under wanita bunuh anak
Betol-betol Sengal! Wanita bunuh anak sendiri!
Oleh Kaki Wayang on
Seorang wanita yang menyebabkan kematian bayinya berusia enam bulan
dipercayai dihempas ke lantai dalam kejadian Disember tahun lalu,
terlepas daripada hukuman gantung apabila Mahkamah Tinggi di sini hari
ini mendapati dia tidak waras. Hakim Azman Abdullah dalam keputusannya berkata, tertuduh Marsuzana
Che Muda, 32, tidak disabitkan hukuman kerana semasa kejadian dia
mengalami gangguan mental.
''Berdasarkan peruntukan Seksyen 347 dan 348 Kanun Tatacara Jenayah,
kematian mangsa disebabkan oleh tertuduh namun mahkamah melepaskan dia
daripada hukuman atas alasan mempunyai penyakit mental semasa kejadian
walaupun tertuduh melakukan kesalahan tersebut,'' kata hakim itu.
Sehubungan itu, beliau memerintahkan tertuduh ditahan sementara di
Hospital Bahagia, Hulu Kinta, Perak sehingga mendapat limpah perkenan
daripada Sultan Kelantan. Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Wan Azimah
Yaacob sementara tertuduh diwakili Mohd. Zawahid Ya dan Nor Erini
Mustafa Kamal. Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.
Tertuduh didakwa membunuh Alia Miazara Mohd. Azim di rumahnya di
Kampung Gaal Tengah, Pasir Puteh di sini antara pukul 4.30 pagi dan 5.30
pagi, 12 Disember tahun lalu. Namun mahkamah mengarahkan supaya dia menjalani ujian kesihatan mental kerana dipercayai tidak waras.
Bagaimanapun selepas menjalani rawatan lebih sebulan di hospital
tersebut, semalam tertuduh disahkan layak untuk dibicarakan dan mahkamah
telah mendengar keterangan empat orang saksi. Mereka terdiri daripada kaum keluarganya selain seorang pakar psikiatri.
Sepanjang perbicaraan, Marsuzana hanya menundukkan mukanya. Akhbar sebelum ini melaporkan seorang wanita telah ditahan untuk
membantu siasatan berhubung kematian bayi perempuannya dipercayai
dilepaskan ke lantai.
Kejadian itu disedari bapa wanita berkenaan, Che Muda Salleh, 60,
yang tiba-tiba mendengar jeritan anaknya itu semasa di rumahnya,
kira-kira pukul 5 pagi. Bayi malang itu kemudian disahkan meninggal dunia oleh pihak Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh.