PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label cucu bunuh nenek. Show all posts
Showing posts with label cucu bunuh nenek. Show all posts

Edisi Sentap! Ahli perniagaan bunuh teman wanita, sorok mayat 2 1/2 tahun!

Oleh Kaki Wayang on

Polis di Thailang berkata mereka menahan seorang ahli perniagaan Norway yang mengaku membunuh teman wanita berbangsa Thailand dan membiarkan mayatnya reput di dalam vila mewah selama dua setengah tahun.

Kolonel Sirisak Wasasiri berkata semalam, Stein Havard Dokset yang berusia 50 tahun, mengaku membunuh teman wanitanya dengan menolaknya jatuh tangga selepas mereka bertengkar di rumah tepi pantai di Pulau Phuket.
Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Ahli perniagaan bunuh teman wanita, sorok mayat 2 1/2 tahun!

Edisi Sentap! Beg pakaian berisi mayat!

Oleh Kaki Wayang on

DIBUNUH...anggota polis mengangkat mayat wanita warga Indonesia yang disumbat dalam beg.
Mayat seorang wanita warga Indonesia ditemui dengan kesan jerut dan luka di kepala sebelum disumbat dalam sebuah beg pakaian dan diletakkan di depan pintu bilik sebuah hotel di Jalan Raja Laut, di sini, malam kelmarin.

Mayat berkenaan ditemui penghuni hotel jam 10.30 malam di tingkat tiga bangunan empat tingkat itu sebelum memaklumkannya kepada polis.

Menurut sumber polis, mayat wanita warga asing berusia 30-an itu mempunyai kesan jerutan di leher dan luka di kepala dipercayai dipukul dengan objek keras.

Katanya, kejadian itu mungkin dilakukan teman lelaki mangsa yang kini sudah menghilangkan diri.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman ketika dihubungi berkata polis menerima maklumat orang awam jam 11 malam memaklumkan penemuan mayat wanita disumbat di dalam beg pakaian berkenaan.

Katanya, berdasarkan hasil bedah siasat mangsa mati akibat sesak nafas kesan dari jerutan di lehernya.

“Mangsa dikenali sebagai Rumiyati dan berasal dari Indonesia. Semakan kemasukan pendaftaran hotel menunjukkan mangsa memasuki hotel sejak jam 2 petang semalam.

“Polis mengenal pasti suspek dan usaha memburu giat dijalankan. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (Kk),” katanya.

Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Beg pakaian berisi mayat!

Betol-betol Sengal! Wanita bunuh anak sendiri!

Oleh Kaki Wayang on

Seorang wanita yang menyebabkan kematian bayinya berusia enam bulan dipercayai dihempas ke lantai dalam kejadian Disember tahun lalu, terlepas daripada hukuman gantung apabila Mahkamah Tinggi di sini hari ini mendapati dia tidak waras. Hakim Azman Abdullah dalam keputusannya berkata, tertuduh Marsuzana Che Muda, 32, tidak disabitkan hukuman kerana semasa kejadian dia mengalami gangguan mental.

''Berdasarkan peruntukan Seksyen 347 dan 348 Kanun Tatacara Jenayah, kematian mangsa disebabkan oleh tertuduh namun mahkamah melepaskan dia daripada hukuman atas alasan mempunyai penyakit mental semasa kejadian walaupun tertuduh melakukan kesalahan tersebut,'' kata hakim itu.

Sehubungan itu, beliau memerintahkan tertuduh ditahan sementara di Hospital Bahagia, Hulu Kinta, Perak sehingga mendapat limpah perkenan daripada Sultan Kelantan. Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Wan Azimah Yaacob sementara tertuduh diwakili Mohd. Zawahid Ya dan Nor Erini Mustafa Kamal. Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Tertuduh didakwa membunuh Alia Miazara Mohd. Azim di rumahnya di Kampung Gaal Tengah, Pasir Puteh di sini antara pukul 4.30 pagi dan 5.30 pagi, 12 Disember tahun lalu. Namun mahkamah mengarahkan supaya dia menjalani ujian kesihatan mental kerana dipercayai tidak waras.

Bagaimanapun selepas menjalani rawatan lebih sebulan di hospital tersebut, semalam tertuduh disahkan layak untuk dibicarakan dan mahkamah telah mendengar keterangan empat orang saksi. Mereka terdiri daripada kaum keluarganya selain seorang pakar psikiatri.

Sepanjang perbicaraan, Marsuzana hanya menundukkan mukanya. Akhbar sebelum ini melaporkan seorang wanita telah ditahan untuk membantu siasatan berhubung kematian bayi perempuannya dipercayai dilepaskan ke lantai.

Kejadian itu disedari bapa wanita berkenaan, Che Muda Salleh, 60, yang tiba-tiba mendengar jeritan anaknya itu semasa di rumahnya, kira-kira pukul 5 pagi. Bayi malang itu kemudian disahkan meninggal dunia oleh pihak Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh.

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Sengal! Wanita bunuh anak sendiri!

Betol-betol Sengal! Doktor dibunuh kejam

Oleh Kaki Wayang on

 

Seorang doktor yang bertugas di Penjara Bentong dibunuh dalam keadaan ngeri apabila kepalanya dipenggal hingga putus oleh penjaga kebun, seorang lelaki warga Bangladesh semalam. Dr. Harjit Singh, 61, dipercayai mati akibat ditetak pada pukul 8 malam tadi di rumahnya di kebun yang terletak 50 meter dari jalan di Kampung Sertik dekat sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Senior Asisten Komisioner T. Narenasegaran berkata, mangsa dipercayai dibunuh ketika berehat di kerusi di anjung rumahnya.

"Polis menemui sebilah parang tidak jauh dari tempat kejadian yang dipercayai digunakan suspek untuk menetak leher mangsa sehingga putus," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut beliau, hasil siasatan mendapati pekerja itu menyerang mangsa dari arah belakang dan dia dikatakan memenggal leher doktor terbabit sehingga putus. Beliau berkata, pembunuh tidak melarikan diri sebaliknya menyerah diri di tempat kejadian selepas menghubungi polis pada pukul 11. 40 malam tadi.

Katanya, kes itu di siasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dengan niat dan dipercayai berpunca dari salah faham namun motif sebenar kejadian masih disiasat. Mangsa adalah doktor yang bertugas secara kontrak di Penjara Bentong sejak tiga tahun lalu merupakan abang ipar kepada Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh.

Katanya, suspek pembunuhan kejam ini direman sehingga 29 Ogos depan bagi membantu siasatan. Dia bekerja di kebun tersebut sejak tiga tahun lalu.

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Sengal! Doktor dibunuh kejam

Betol-betol Hangat! Ditikam lapan kali, namun masih hidup!

Oleh Kaki Wayang on

 

Meskipun ditikam sebanyak lapan kali dan dicampak ke dalam hutan di Jalan Bukit Putus di sini, nyawa seorang lelaki berusia 29 tahun ini masih panjang. Dia yang dipercayai ditikam oleh dua lelaki dengan pisau kelmarin, hanya pengsan dan tersedar hari ini sebelum meminta bantuan orang ramai dalam keadaan berlumuran darah.

Lelaki yang dikenali sebagai Arman Shah itu ditemui di tepi jalan Jalan Seremban-Kuala Pilah kira-kira pukul 10 pagi ini. Orang ramai yang menemui mangsa kemudian segera membawanya ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di Seremban. Kakitangan di wad kecemasan terkejut apabila mendapati lelaki itu masih hidup walaupun terdapat beberapa kesan tikaman di badannya.

Menurut sumber, lebih menghairankan lagi apabila mangsa sempat menceritakan bahawa dia tidak sedarkan diri selepas diserang dua lelaki yang dikenalinya dengan pisau pada petang Jumaat lalu di Bahau.

"Dia mendakwa ditikam empat kali di bahagian hadapan badan dan empat tikaman di belakang badan kemudian dibuang ke dalam hutan di Jalan Bukit Putus," katanya ketika dihubungi hari ini. 

Sumber itu memberitahu, kemungkinan lelaki yang menyerang mangsa berpendapat dia sudah meninggal dunia sebelum membuang 'mayatnya' di dalam hutan untuk menghapuskan bukti.

"Mangsa sedar dari pengsan tidak berapa lama selepas dicampak dan dia dikatakan berjalan kaki selama satu hari setengah untuk keluar dari hutan itu sebelum ditemui orang ramai. "Lelaki itu masih bernyawa walaupun sudah tiga hari ditikam mungkin kerana tikaman itu tidak mengenai organ pentingnya," ujarnya.

Mangsa telah menjalani pembedahan selama beberapa jam untuk menjahit luka pada badannya dan kini ditempatkan di wad rawatan rapi untuk pemantauan lanjut.

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Ditikam lapan kali, namun masih hidup!

Betol-betol Sengal! Remaja bunuh ibu kekasih, rakan!

Oleh Kaki Wayang on

RECEP bersama Shannon ketika remaja wanita itu bercuti ke Turki. 
RECEP bersama Shannon ketika remaja wanita itu bercuti ke Turki. 

Seorang pelayan remaja menikam dua wanita Britain hingga mati di Turki selepas seorang daripadanya enggan mengizinkan remaja itu mengahwini anak perempuannya yang berusia 15 tahun. Remaja lelaki itu, Recep Cetin yang berusia 17 tahun membawa dua wanita berkenaan ke kawasan hutan terpencil sebelum menikam mereka. Recep dikatakan berpacaran dengan Shannon Graham, anak kepada seorang daripada mangsa, Marion Graham sejak dua tahun lalu. Minggu lalu, Marion, 53, berbalah dengan Recep yang menggunakan nama samaran sebagai Alex kerana remaja itu didakwa menendang Shannon ketika pasangan berkenaan bertengkar.

Marion memberi amaran kepada Recep supaya tidak mengasari anak perempuannya. Bagaimanapun, pelayan terbabit mengancam untuk membunuh Marion sekiranya dia menjadi penghalang dalam perhubungannya dengan Shannon. Malam semalam, agensi berita kerajaan, Anatolia berkata, Recep mengaku membunuh Marion dan rakannya, Cathy Dinsmore, 53, yang kedua-duanya berasal dari Newry, County Down, Ireland utara. Shannon kini diletakkan di bawah penjagaan pegawai kedutaan Ireland.

“Dia benar-benar ketakutan dan kami melakukan yang terbaik untuk menenangkannya,” kata seorang pegawai konsulat di kedutaan itu.

Marion, Cathy dan Shannon adalah pengunjung tetap ke Turki, di mana keluarga Marion memiliki kediaman percutian di tepi pantai di Kusadasi. Shannon dan Recep mula berpacaran selepas gadis itu dan ibunya mengunjungi restoran tempat Recep bekerja. Sejak itu, dia selalu terbang ke Turki untuk bertemu pelayan terbabit setiap kali cuti persekolahannya. Khamis lalu, Recep menghantar Shannon menaiki bot di perairan Kusadasi sebelum menawarkan membawa Marion dan Cathy bersiar-siar ke Izmir.

Kedua-dua wanita itu dibawa menaiki kereta bapa Recep ke kawasan hutan terpencil di Buca, di mana mereka kemudian dibunuh remaja lelaki berkenaan. Sementara itu, bapa Shannon, Raymond McGuinness, berkata dia memang tidak bersetuju dengan perhubungan anaknya bersama remaja Turki berkenaan.

“Memang ada yang tidak kena dalam perhubungan mereka,” katanya.

Seorang teman Shannon juga berkata, Recep adalah seorang pemuda yang sangat cemburu dan dia begitu terdesak untuk mengahwini Shannon.
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Sengal! Remaja bunuh ibu kekasih, rakan!

Betol-betol Hangat! Bunuh nenek: cucu lelaki ke tali gantung

Oleh Kaki Wayang on

Ape nak jadilah ngan dunia sekarang ni. Cube korang baca laporan ni:

Alor Setar - Mahkamah Tinggi di sini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang lelaki berusia 21 tahun kerana membunuh neneknya, tiga tahun lepas. Hakim Datuk Mohamad Azman Husin membuat keputusan itu selepas mendapati Ridzuan Taib bersalah melakukan perbuatan itu terhadap Che Basah Ahmad, 75, di Taman Berlian, Jitra dekat sini, antara 9 pagi dan 3.15 petang, 11 Mei 2008. 
Dalam penghakimannya, Mohamad Azman berkata peguam Sharif Mat yang mewakili tertuduh, gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan, dan hujah pembelaan juga adalah penafian semata-mata. 
"Pihak pembelaan hanya meletakkan kesalahan kepada bekas kekasih tertuduh. Pembelaan ini tidak dicadangkan di peringkat pendakwaan," katanya. 
Ridzuan, yang berasal dari Kampung Pulau Pak Ubin, Padang Perahu, dilihat menangis ketika mahkamah membacakan penghakimannya. 
Berdasarkan keterangan di depan mahkamah, Che Basah yang tinggal seorang diri ditemui mati dengan kesan tikaman di perut oleh anaknya, Md Arif Abu Bakar pada petang 11 Mei 2008. 
Keterangan patologi menunjukkan Che Basah meninggal dunia akibat dijerut di leher, selain patah kedua-dua tulang rusuk serta ditikam di bahagian abdomen, manakala DNA darah campuran mangsa dan tertuduh turut dijumpai pada seluar yang dipakai cucunya pada hari kejadian. 
Barang kemas Che Basah turut dijumpai berada dalam simpanan Ridzuan. Terdahulu, Sharif memohon hukuman terhadap Ridzuan diringankan kerana ketika kejadian, tertuduh berusia 18 tahun dan masih bersekolah. 
"Tertuduh telah insaf dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan ini jika diberi peluang, dan juga telah menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia semasa dalam penjara," katanya.
Di mahkamah sama, seorang penoreh turut dihukum gantung sampai mati kerana mengedar 381 gram dadah jenis kanabis, empat tahun lepas. 
Mohamad Azman membuat menjatuhkan hukuman itu selepas pembelaan Nasarudin Mohd Nopiah gagal menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan. 
Nasarudin, 44, dituduh melakukan kesalahan itu di depan sebuah kedai bunga di Taman Wira, Mergong pada 5.45 petang, 14 Jan 2007.
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Bunuh nenek: cucu lelaki ke tali gantung
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...