Edisi Sentap! Ahli perniagaan bunuh teman wanita, sorok mayat 2 1/2 tahun!

Oleh Kaki Wayang on

Polis di Thailang berkata mereka menahan seorang ahli perniagaan Norway yang mengaku membunuh teman wanita berbangsa Thailand dan membiarkan mayatnya reput di dalam vila mewah selama dua setengah tahun.

Kolonel Sirisak Wasasiri berkata semalam, Stein Havard Dokset yang berusia 50 tahun, mengaku membunuh teman wanitanya dengan menolaknya jatuh tangga selepas mereka bertengkar di rumah tepi pantai di Pulau Phuket.

Wanita itu dilaporkan hilang oleh polis di Phuket lewat 2009. Katanya, polis bertindak selepas menerima maklumat daripada orang yang tidak dikenali dan menemui mayat wanita yang reput di dalam tong sampah di bilik air Dokset.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...