Bintang filem Perancis, Gerard Depardieu, kencing di tempat duduk penumpang kapal terbang apabila mendapati tandas pesawat berkenaan ditutup, kata sumber, semalam. Katanya, aktor berusia 63 tahun itu menjerit mahu membuang air ketika penerbangan dari Paris ke Dublin, Ireland, bersedia untuk berlepas.
“Disebabkan pesawat itu bergerak di landasan dan bersedia untuk berlepas, kru kabin meminta Depardieu bersabar,” katanya.
Bagaimanapun, kata saksi, pelakon yang pernah dicalonkan untuk anugerah Oscar itu memberitahu, dia tidak boleh menahan dirinya.
“Dia yang kelihatan mabuk kemudian berdiri dan kencing di situ juga,” katanya.
Perbuatan Depardieu memaksa penerbangan itu tergendala dua jam bagi membolehkan pesawat dicuci. Tidak dapat dipastikan sama ada Depardieu dibenarkan terus menaiki pesawat itu atau tidak
P/s: Hahahahahaha..aku hanya mampu gelak dengan kejadian ini...
Sila baca selanjutnya → Betol-betol Sengal! Aktor kencing dalam kabin: Penerbangan tergendala dua jam