PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!
Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.
Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!
Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.
Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!
"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.
Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!
Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.
Showing posts with label rumah Wardina dirompak. Show all posts
Showing posts with label rumah Wardina dirompak. Show all posts
Home » Posts filed under rumah Wardina dirompak
Edisi Ngeri! Wanita Asyik Makan Tengahari Dirompak!
Oleh Kaki Wayang on
Seorang wanita berumur lingkungan lewat
20-an langsung tidak menyangka keasyikannya menikmati hidangan tengah
hari di sebuah restoran dekat sini Khamis bertukar igauan ngeri apabila
dia dirompak seorang lelaki menggunakan pisau.
Seorang saksi yang enggan namanya disiarkan berkata kejadian berlaku
kira-kira 1.30 tengah hari ketika wanita berkenaan sedang makan bersama
rakannya di sebuah meja berhampiran pintu masuk restoran itu apabila
seorang lelaki muncul dan menepuk bahunya.
“Ketika mangsa baru hendak menoleh, lelaki berkenaan sudah mengacukan
sebilah pisau pemotong sayur di kiri leher mangsa sebelum melarikan beg
tangan wanita berkenaan,” kata lelaki itu kepada pemberita.
Menurut saksi, suspek melarikan diri ke arah perumahan setinggan
berhampiran dan meninggalkan pisau yang digunakannya itu di restoran
berkenaan.
Wanita itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan hanya terkejut, katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tawau ACP Ibrahim Chin ketika
dihubungi berkata polis sudah menerima laporan mengenai kejadian itu
daripada mangsa dan siasatan sedang dijalankan.
Edisi Simpati! Anak Wardina mahu pencuri 'jadi orang baik'!
Oleh Kaki Wayang on
“Azra nak pencuri jadi baik, Azra tak nak dia masuk penjara.” Itulah
yang sering diperkatakan Azra Fareera Ikhwan, 5, anak kedua selebriti,
Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot apabila teringat peristiwa hitam yang
meragut perasaan selamat mereka, Khamis lalu.
Wardina berkata, sejak mereka sekeluarga berdepan situasi mencemaskan apabila rumahnya disamun tempoh hari, anak- anaknya masih lagi trauma terutamanya anak keduanya itu.
“Azra tidak banyak bercakap, sering terjaga dari tidur, tidak bergaul dengan kawan-kawan di sekolah, malah kini menjadi pendiam.
“Saya terpaksa memujuk Azra dengan mengatakan bahawa pencuri tersebut telah ditangkap polis dan segalanya selamat,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Bagaimanapun, Azra sering mengingatkan agar pencuri tersebut tidak dimasukkan ke penjara dan diberi peluang menjadi baik.
“Hati saya tersentuh apabila mendengar permintaan Azra. Mulia sungguh hati anak kecil ini.
“Saya terpaksa menenangkannya dengan mengatakan pencuri itu tidak masuk penjara, tetapi kita suruh dia mengaji al-Quran dan berdoa jadi baik,” katanya.
Wardina berkata, anak sulungnya, Amna Nafeesa, 8, dan anak bongsunya Imran Ar-Razi, 3, kini beransur melupakan peristiwa pahit itu selepas dibawa bercuti ke Janda Baik minggu lalu.
“Imran masih kecil, dia mudah lupa. Amna pula sentiasa mengingatkan kami agar lebih berhati-hati.
“Saya risaukan perubahan Azra kerana dia masih trauma dan ketakutan,” katanya.
Wardina berkata, sejak mereka sekeluarga berdepan situasi mencemaskan apabila rumahnya disamun tempoh hari, anak- anaknya masih lagi trauma terutamanya anak keduanya itu.
“Azra tidak banyak bercakap, sering terjaga dari tidur, tidak bergaul dengan kawan-kawan di sekolah, malah kini menjadi pendiam.
“Saya terpaksa memujuk Azra dengan mengatakan bahawa pencuri tersebut telah ditangkap polis dan segalanya selamat,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Bagaimanapun, Azra sering mengingatkan agar pencuri tersebut tidak dimasukkan ke penjara dan diberi peluang menjadi baik.
“Hati saya tersentuh apabila mendengar permintaan Azra. Mulia sungguh hati anak kecil ini.
“Saya terpaksa menenangkannya dengan mengatakan pencuri itu tidak masuk penjara, tetapi kita suruh dia mengaji al-Quran dan berdoa jadi baik,” katanya.
Wardina berkata, anak sulungnya, Amna Nafeesa, 8, dan anak bongsunya Imran Ar-Razi, 3, kini beransur melupakan peristiwa pahit itu selepas dibawa bercuti ke Janda Baik minggu lalu.
“Imran masih kecil, dia mudah lupa. Amna pula sentiasa mengingatkan kami agar lebih berhati-hati.
“Saya risaukan perubahan Azra kerana dia masih trauma dan ketakutan,” katanya.
Edisi Simpati! Wardina Safiyyah Ceritakan Pengalaman ketika dirompak - FULL STORY!
Oleh Kaki Wayang on
Mereka merompak “perasaan selamat” saya
Selimut saya terbuka! Dibuka! YA Allah seorang lelaki bertopeng
menyuruh saya diam “SHHHHHH” katanya. “Barang kemas mana?” “Barang kemas
mana?” katanya. Tersedar saya, ini bukan mimpi lagi, rumah saya
dimasuki pencuri! Saya cuba tenangkan hati, dan menyorok muka juga tubuh
saya. Jawab saya dengan yakin “Saya tak pakai barang kemas, saya tak
ada barang kemas” Yang ada pada saya cuma cincin arwah tinggalan nenek
saya. Dengan berat hati saya membukanya, “Ini saja yang saya ada, cincin
nenek saya, nah ambil” balas saya “Saya memang tak suka barang kemas,
tak pakai barang kemas” kata saya lagi, cuba meyakinkan manusia ini
bahawa rumah ini memang tiada apa yang dicari. Seribu satu perasaan dan
sejuta lagi penyataan memecut laju didalam minda. Kenapa? Bagaimana? Apa
akan terjadi? Mana anak-anak saya? Siapa mereka? Mahu apa? Adakah saya
akan diapa-apakan?
Cincin belah rotan dengan tiga butir berlian kecil, mungkin tiada
nilai yang tinggi. Namun itulah peringatan asal usul dan ‘memori’ jati
diri ini. Separuh dari diri saya. Tidak tinggi dengan nilai harga,tetapi
tinggi dengan nilai jiwa. Cincin arwah Dorris Irene Wilmot yang dipakai
ketika perkahwinannya dulu. Dari Scotland ke England kemudian bersama
cincin itu juga dia berlayar bersama Leslie James Morgan Wlmot, grandpa
saya, ke Australia tatkala perang dunia ke-2. Saya sebenarnya mahu
memberinya kepada Amna satu hari nanti ,tapi apakan daya. Memori dan
nilai sentimental cincin itu amat tinggi sekali. Tidak apa, kerana
memori di dalam diri tidak mungkin dapat mereka curi.
Namun sebagaimana memori indah itu akan kekal dengan izinNya, memori
ngeri ini juga akan terus tersematl dalam diri. Seperti pita video buruk
yang rosak, gambaran kejadian berputar dan berputar kembali dalam
ingatan saya. Adakalanya bulu roma saya naik kembali, tangan dan tubuh
bergetar dengan sendiri. Wajah mereka kini sering menggangu dan
menghantui saya. Saya pasti, ianya mengambil masa untuk di’lupa’kan.
Bukan lupa sepenuhnya, namun lupakan ketakutan dan mencari kekuatan
kembali. Takut, resah, gelisah dan beribu perasaan lain, bercampur
seperti dicampurnya rencah di dalam kuali. Akhirnya, namun akhirnya
gulai itu sungguh enak sekali. Akhirnya, saya mengucap syukur
Alhamdulillah. Allah mahu membersihkan kami. Musibah demi musibah ,
membuatkan diri lebih dekat dengan Ilahi, “Syukur Ya Allah”
“Alhamdulillah” dan “Innalillah” bermain di bibir sejak pagi tadi.
Saya terfikir, siapakah dia insan ini, sehingga sanggup buat begini?
Mencuri demi wang ringgit semata. Ketika dipukul Ikhwan di kaki dan
kepala, mereka berkata, “Saya tak kacau orang, saya tak kacau orang”
dalam loghat Indonesianya. Ikhwan memberi amaran keapda mereka “Jangan
sentuh isteri saya”, “Jangan kacau anak saya”. Ikhwan dikejutkan ketika
sedang menemani Imran yang demam, di kamar birunya. Diikat tangan suami
tercinta. Setelah Ikhwan menjerit, mengharapkan ada yang mendengar, saya
kemudian tergamam ketika perompak itu berkata “Sini, sini” cuba membuka
selimut saya.
Saya berjanji pada diri ,sekiranya orang ini cuba mengapakan saya,
saya akan bermatian sehingga nafas terakhir, memepertahankan maruah
saya. Saya juga wanita Aceh, darah pejuang mengalir di dalam badan saya.
Rupanya Eka saudara saya dari Aceh yang kini membantu saya ditarik dari
kamarnya dibawah keatas dan disuruh bersama saya didalam selimut. Saya
memeluknya.
Anak-anak saya? Di mana mereka? Saya tertanya-tanya. Saya berikan dan
letakkan keselamatan diri mereka kepada Allah sepenuhnya. Saya yakin
mereka selamat. Doa saya setiap lepas solat adalah supaya Allah
memelihara mereka, kerana mereka bukan kepunyaan saya, mereka milik
Allah. Saya yakin pasti ada diantara doa saya didengari. Saya pasti!
Saya yakin! Tidak lama kemudian terdengar tangisan Imran.
“Imran!!! ” jerit saya, tanpa membuka cadar. Ikhwan masuk bersama
Imran ke kamar saya. Saya pegang badan panas Imran, dia masih demam, dan
Imran terus teresak-esak dalam pelukkan saya. “Naughty man, Ummi” kata
Imran pada saya. “Dia hit ayah Imran” katanya. “Imran tak de sword,
Imran” katanya. Allah, sucinya anak ini. Belum mengerti apa pun. Ini
bukan filem atau kartun anakku. Sword Imran tak akan mungkin membantu.
Satu ketika dahulu, perompak-perompak ini juga pernah suci dan comel
sepertinya.
“Ya Allah pelihara anakku” bisik saya dalam hati. Tidak lama
selepas itu, Amna dan Azra dengan senyap memasuki cadar saya. Kami
bertiga memeluk erat sesama sendiri. Sekali-sekali saya mengusap Eka
disebelah saya. Saya harus berani untuk mereka. Saya tiba-tiba merasakan
Ikhwan duduk dikaki saya. Alhamdulillah kami semua ada bersama.
Sekali lagi selimut saya ditarik, seorang lagi lelaki bertopeng
bertanya “Barang kemas mana?” Ikhwan berkata “Jangan sentuh dia, dia tak
ada tudung” MasyaAllah, begitulah suami saya menjaga kehormatan saya.
Dalam saat ini pun dia tidak mahu sesiapa pun melihat ‘hak’nya. Saya
amat berbesar hati ketika itu. Maka kerana itulah luluh jantungnya
melihat gambar saya dahulu di’post’ sesuka hati di alam maya.
Kasihanilah saya dan dia. Janganlah buat begitu lagi ya? Pelihara aib
orang lain supaya aib anda dan keluarga juga dijaga. Percayalah janji
Allah itu benar, ini bukan janji manusia.
Sekali lagi saya menjawab membalas pertanyaan perompak ini, “Saya tak
pakai barang kemas, saya tak suka barang kemas” Ikhwan mengalih
perhatiannya kepada laci dihadapan. “Sini banyak barang mahal” tunjuk
Ikhwan. Manusia ini menggeledah laci tadi yang sebetulnya cuma termuat
aksesori lama. Rantai, gelang kayu, brooch yang dihiasi permata palsu.
Ya, saya tidak punya apa! Saya bukan penggemar emas dan intan permata.
Seorang lagi rakannya berhenti dihadapan rak buku kami. Itulah harta
saya, buku yang tersusn rapi. Rak demi rak buku didalam kamar. Itulah
saja ‘harta’ saya. Ilmu itu emas bagiku. Tak mungkin perompak ini
mengerti! Berdirinya dihadapan rak buku itu, dia seolah keliru. Tidak
tahu lagi apa harus dibuat dan kemana harus dituju. Dihampiri rak diatas
meja tulis, disitu penuh dengan buku lagi, dengan buku nota yang amat
berharga bagi saya, segala nota kuliah, seminar dan persidangan ada
disana. Saya yakin tidak akan mereka sentuh sama sekali! Juga tersusun
di rak itu Quran-Quran saya. Sampainya dia memegang Quran berwarna hijau
muda, Ikhwan berkata “Quran tak nak?” memerli sinis dirinya. Dia cuma
diam.
Ikhwan mula membaca Ayatul-Kursi dengan nada tinggi. Dia menyuruh
Ikhwan diam. Mungkin tergetar juga hatinya. Saya mengikut. Al-Falaq
menyusul.
“Katakanlah wahai Muhammad “Aku berlindung kepada Allah Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk. Dari bencana makhluk-makhluk yang ia diciptakan. Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk. Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan. Dan kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya.”
(Quran, Al-Falaq:1-5)
Saya, Amna dan Azra memabcanya berulang ulang dengan penuh yakin.
Akhirnya semua ini milik Allah jua “Ya Allah yang memiliki hati manusia,
timbulkanah perasaan gentar dan tidak selesa didalam jiwa mereka” doa
saya dalam hati. Saya cuma mampu berserah, dan ketika ini terasa makna
ketawhidan Illah yang begitu tinggi memuncak di dalam sanubari. Secara
tiba-tiba, terdengar motor pak jaga di luar rumah saya. Perompak
menyuruh kami diam. Tidak lama selepas itu, mereka beredar. Rupanya
Farah anak gadis Pak Fauzi Marzuki, jiran belakang saya ternampak
kelibat penyamun ini dari jendelanya. Dan siapakah yang menggerakkannya
untuk nampak rasanya? Ya Benar! Allah SWT.
Air mata saya menitis. Thank you Allah. Kuasa keyakinan itu amat
tinggi sekali. Keyakinan bahawa Allah akan bersama orang-orang yang mahu
bersamanya. “Ingatlah Aku dan Aku akan mengingatimu” Saya cukup yakin.
Janji Allah benar. Ini bukan janji manusia.
Amna masih trauma, sejurus setelah mereka keluar, setelah polis dan
jiran bersama kami. Amna terus muntah. Satu reaksi fisiologi yang biasa
bagi kanak-kanak yang trauma. Muntahnya hijau, namun lebih hijau lagi
emosinya. Saya akan cuba membina keberaniannya kembali. Satu pertanyaan
Amna yang membuatkan saya terhenti. “Why did they do that Ummi?”
Saya terdiam. Bagaimana harus saya jawab pada anak kecil ini? Ya
benar kita semua dilahirkan fitrahnya suci dari dosa. Jawapan saya pada
Amna di artikel seterusnya! Ianya untuk anda fikirkan juga.
Yang masih trauma,
Wardina
Artikel asal di Wardina Saffiyah Official Page
Edisi Seram! Rumah WARDINA dimasuki PEROMPAK pagi tadi!
Oleh Kaki Wayang on
Terkejut bila membaca twitter Wardina Safiyyah
yang mengatakan rumahnya dirompak oleh 3 perompak bertopeng. Dan
menurut beliau, suaminya Ikhwan dipukul oleh perompak tersebut.
Awal pagi tadi (12 Januari 2012) perompak tersebut dipercayai
bersenjatakan tongkat dan parang. Turut kehilangan 5 biji laptop milik
Wardina Safiyyah dan keluarganya.