PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!
Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.
Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!
Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.
Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!
"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.
Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!
Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.
Showing posts with label seni kreatif. Show all posts
Showing posts with label seni kreatif. Show all posts
Home » Posts filed under seni kreatif
Betol-betol Kreatif! Topi Gubahan Eksklusif (Gambar)
Oleh Kaki Wayang on
Korang mesti suka kalau join “contest” pas tu dapat hadiah free kan? Dah laa korang tak keluar duit 1 sen pun tup-tup leh dapat hadiah pula..Kalau dah suka meh join Betol-betol Hangat!
Betol-betol Kreatif! Bahagianya
Oleh Kaki Wayang on
Ngah cari-cari gambar untuk masukkan dalam entri..tetiba nampak gambar ni..apa lagi terus copy aka download dan terus post ke dalam blog..bahagianya kan kalau setiap keluarga hidup macam dalam lukisan ni..dan yang paling penting lukisan ni macam agak sama ngan lukisan havang Yazid Yahya kita (ke memang Yazid yang lukis..sila komen sikit yer Yazid)..kalau nak tengok lukisan-lukisan mantop dier..jom ke link ni...Just My Plain Doodles
Betol-betol Hangat! Serius Kreatif: Seni gubah sayur
Oleh Kaki Wayang on
Pameran hasil ukiran itu berdasarkan ikon, termasuk Marilyn Monroe dan Lady Gaga. serta wanita pelbagai gaya yang biasanya boleh dilihat di majalah fesyen. Semua ukiran berkenaan dibuat daripada kubis, termasuk topi, beg dan barang kemas. Ju yang berasal dari China, menggunakan pisau untuk mengukir kubis pelbagai jenis dan warna dan mencantumnya dengan pencungkil gigi.
Apabila sudah dibentuk, ia akan dibiarkan untuk satu tempoh lama dan kemudian dimasak dengan pelbagai cara bagi menerbitkan pelbagai warna dan tekstur. Ju sebelum ini menggunakan pelbagai jenis sayur lain untuk menghasilkan semula lukisan beberapa pelukis terkenal seperti Leonardo Da Vinci, Vincent Van Gogh dan Andy Warhol.
“Pelbagai jenis, bentuk dan warna sayur, dengan sedikit usaha untuk menyusunnya semula, boleh menjadi sumber pelbagai imej. “Tidak kira sama ada ia segar, sudah layu, kering, diawet, direbus atau dikeringkan, ia boleh digunakan untuk menghasilkan ukiran menarik,” katanya.
Dilahirkan di Chongqing pada 1973, Ju menamatkan pengajian di Institut Seni Halus Sichuan pada 1996. Selepas menjadi artis bebas pada 2005, dia menyertai beberapa pameran secara berkumpulan. Dia juga pernah mengadakan pameran solo, khususnya ‘Muzium Sayur’ dan ‘Hi! JuDuoqi,’ kedua-duanya di Beijing.
Selain sayur, Ju juga menggunakan halia, kentang, akar teratai, ketumbar dan tauhu untuk menghasilkan karyanya yang lain.