Kepada yang dah semak..amacam dengan keputusan anda? boleh tahan? atau sekadar cukup makan? atau ada yang kena "repeat"? Walau apa pun keputusan yang anda dapat..ketahuilah keputusan itulah yang menggambarkan usaha anda selama ini..kalau anda usaha kurang maka kuranglah yang anda dapat..tapi kalau anda usaha lebih dah tentu anda dapat lebih kan..semoga berjaya yer para pelajar sekalian..dan selamat menempuh semester baru..dan kepada pelajar baru, Selamat Datang ke Politeknik Muadzam Shah..
PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!
Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.
Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!
Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.
Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!
"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.
Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!
Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.
Home » All posts
Edisi Pelajar! Semak Keputusan Peperiksaan Online PMS!
Oleh Kaki Wayang on
Kepada semua pelajar Poiteknik Muadzam Shah, anda kini boleh menyemak keputusan peperiksaan anda secara online..untuk menyemak keputusan peperiksaan..sila ke kik pada gambar ataupun terus ke link Sistem Keputusan Peperiksaan Online Politeknik Muadzam Shah..
Sekiranya keputusan masih belum dipaparkan..sila bersabar, keputusan anda sedang dikemaskini..biasanya orang yang bersabar tu selalunya lulus..kan..so, bawak-bawak lah bersabar...
Kepada yang dah semak..amacam dengan keputusan anda? boleh tahan? atau sekadar cukup makan? atau ada yang kena "repeat"? Walau apa pun keputusan yang anda dapat..ketahuilah keputusan itulah yang menggambarkan usaha anda selama ini..kalau anda usaha kurang maka kuranglah yang anda dapat..tapi kalau anda usaha lebih dah tentu anda dapat lebih kan..semoga berjaya yer para pelajar sekalian..dan selamat menempuh semester baru..dan kepada pelajar baru, Selamat Datang ke Politeknik Muadzam Shah..
Kepada yang dah semak..amacam dengan keputusan anda? boleh tahan? atau sekadar cukup makan? atau ada yang kena "repeat"? Walau apa pun keputusan yang anda dapat..ketahuilah keputusan itulah yang menggambarkan usaha anda selama ini..kalau anda usaha kurang maka kuranglah yang anda dapat..tapi kalau anda usaha lebih dah tentu anda dapat lebih kan..semoga berjaya yer para pelajar sekalian..dan selamat menempuh semester baru..dan kepada pelajar baru, Selamat Datang ke Politeknik Muadzam Shah..
Edisi Agama! Apabila Sangkakala ditiup..Apa yang terjadi?
Oleh Kaki Wayang on
✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk
besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail
& beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut
nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.
✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.
✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.
✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.
✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.
✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.
✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.
✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.
✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)
✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.
✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-
Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

Betol-beto Comel! Gambar Anak Intan Sarafina!
Oleh Kaki Wayang on
Sila baca selanjutnya → Betol-beto Comel! Gambar Anak Intan Sarafina!
Edisi Gosip Terkini! Datin tak ghairah lagi!
Oleh Kaki Wayang on
Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk menyeksa kehidupan isteri
keduanya dengan mengabaikan tanggungjawab memberi nafkah zahir dan batin
hampir empat tahun selepas wanita itu meminta diceraikan kerana tidak
tahan dengan perangai kasanova suaminya.
Si isteri meminta cerai bukan sekadar tidak tahan kerana pantang
melihat wanita ‘berdahi licin’, tetapi lelaki berusia 50-an itu juga
mempunyai tabiat jijik iaitu gemar merakam gambar dan video aksi
lucahnya bersama pasangan kekasih yang berlainan.
Isteri kedua itu yang hanya mahu dikenali sebagai Rina, 38,
berkata setiap kali rahsia terbongkar, suaminya memujuk serta bersumpah
tidak mengulangi perangai buruknya, namun janjinya tidak kekal.
Menurutnya, dia hilang sabar dengan sikap ‘kaki perempuan’ suaminya sejak berkahwin hampir 10 tahun lalu dan tidak berubah walaupun kini berusia 50-an.

“Saya banyak kali terjumpa gambar dan rakaman video dia dengan
pasangannya ‘beraksi’. Kalau dia pergi ke luar negara, pasti saya
memeriksa kameranya kerana saya pernah lihat banyak gambar ‘melaram’
dengan wanita asing.
Edisi Gosip Kaki Wayang! Penulis Novel Ombak Rindu tamak?
Oleh Kaki Wayang on
Kecewa dengan sikap penulis novel, Ombak Rindu,
Fauziah Ashari, yang mendakwa tidak menerima bayaran setimpal daripada
syarikat penerbitan naskahnya, Alaf 21, Pengarah Urusan Kumpulan Media
Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub berkata sesungguhnya dakwaan
tersebut tidak berasas.
Katanya, segala apa yang diterima Fauziah sememangnya mengikut perjanjian yang telah pun ditetapkan, malah penulis buku itu juga telah menerima bayaran royalti sebanyak RM 219,000 sejak dicetak pada sembilan tahun lalu.
"Saya kesal dengan sikapnya yang memberitahu menerima bayaran tidak setimpal. Bagaimana tidak setimpal sedangkan dia telah menerima RM219, 000 hasil cetakan novel itu. "Manakala hasil bayaran setelah novel ini diadaptasi pula dia menerima RM 1,600 kerana kami menjualnya kepada penerbit dengan harga RM 4,000. Kira dia menerima 40 peratus daripada apa yang telah ditetapkan," katanya mengulas mengenai rasa tidak puas hati Fauziah Ashari baru-baru ini.
Mengganggap perilaku Fauziah Ashari, sebagai insan yang tidak mensyukuri nikmat Ilahi, kerana disebabkan proses adaptasi itu juga, membuatkan novelnya diulang cetak semula sebanyak 40 ribu.
"Novel tersebut diulang cetak sebanyak 40 ribu naskhah setelah ditayangkan di pawagam dan dia bakal menerima royalti sebanyak RM50,000 lagi untuk cetakan baru ini. Sewajarnya dia menghargai apa yang berlaku,"jelasnya penuh kesal.
Mengenai isu pembelian hak cipta novel itu oleh Tarantella Pictures Sdn Bhd pada tahun 2009 yang mana Fauziah mendakwa hanya mengetahuinya menerusi akhbar, kata Hussamuddin, sememangnya pihaknya berhak berbuat apa-apa tanpa pengetahuannya.
"Dalam kontrak telah jelas menyatakan setiap perjanjian yang ditandatangani oleh Alaf 21 bersama penulis. Terdapat klausa yang membenarkan pihak penerbit melakukan apa sahaja kepada hasil karya penulis termasuk diadaptasi ke filem, pementasan, video atau apa sahaja tanpa perlu merujuk kepada penulis"
"Jadi apabila tahun 2009, Tarantella Pictures telah menyatakan minat terhadap novel Ombak Rindu dan Alaf 21 telah menjual hak menerbitkan filem itu kepada Tarantella Pictures, itu hak kami. Dia tidak perlu diberitahu, sebaliknya pembayaran tetap dia terima.
"Saya melihat adaptasi novel kepada filem satu perkara yang baik kerana apabila filem mendapat sambutan, secara tidak langsung novel itu terjual atau dicetak semula,"ucapnya lagi.
Tidak bercadang mengambil tindakan terhadap wanita itu, sebaliknya kata Hussamuddin, Fauziah sebenarnya tidak memahami dan mengerti mengenai urusan niaga yang berlaku.