Kredit: Rotikaya
PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!
Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.
Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!
Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.
Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!
"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.
Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!
Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.
Showing posts with label Fasha Sandha seksi. Show all posts
Showing posts with label Fasha Sandha seksi. Show all posts
Home » Posts filed under Fasha Sandha seksi
Edisi Panas! Cinta Berputik Antara Botak Juvana & Fasha Sandha?
Oleh Kaki Wayang on
Johan Ariff Asari (Botak) dan Fasha Sandha
P/s: Korang rasa padan tak kalau diorang ni betul-betul bercinta? Sekarang ni pun nama diorang tengah meletup kat media massa..dengan dramanya, filem lagi..dengan gosipnya..macam-macam lagilah..
Kredit: Rotikaya
Kredit: Rotikaya
Edisi Gempak! Fasha Sandha Bertunang Secara Rahsia!
Oleh Kaki Wayang on
Baru-baru ini, kecoh kononnya pelakon popular, Fasha Sandha telah
bernikah secara senyap di Thailand. Walau bagaimanapun, Fasha telah
tampil menafikan perkara tersebut. Belum pun reda kontroversi kononnya
Fasha akan melangsungkan perkahwinan dengan Jejai di Jakarta, Indonesia,
Mac ini, industri hiburan tempatan digemparkan pula dengan berita
kononnya pelakon drama Cinta Elysa ini telah bertunang.
Gambar yang dipaparkan menunjukkan Fasha sedang disarungkan cincin oleh
seorang wanita. Mesti ramai yang ingin tahu sama ada benarkah calon
Pelakon TV Wanita Popular di ABPBH ini telah bertunang secara rahsia
dengan pasangannya itu. GUA berpeluang bertemu dengan pelakon cantik ini
semalam dan ini jawapannya.
“Ini merupakan salah satu babak yang terdapat dalam filem terbaru Fasha,
‘Penanggal’. Fasha memegang watak sebagai Sharifah Zahrah, seorang
gadis yang periang dan sedang menunggu hari perkahwinannya. Namun,
konflik bermula apabila Sharifah Zahrah telah kehilangan tunangnya, Syed
Yusoff lakonan Azri Iskandar,” ujar Fasha ketika ditemui di lokasi
penggambaran ‘Penanggal’, di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak, malam
tadi.
Diusik dengan soalan adakah Fasha akan bertunang dulu sebelum
melangsungkan perkahwinan, Fasha memberitahu, “ Tak kot sebab bila
tunang lagi banyak dugaan.” Menyentuh mengenai impian perkahwinannya
pula, Fasha memberitahu, “Fasha inginkan perkahwinan yang sederhana tapi
diingati. Sebenarnya Fasha tak nak cakap sangat pasal perkahwinan sebab
bosanlah.
“Bila tiba masanya nanti, Fasha akan cakap. Fasha tahu semua orang
sedang menunggu, tapi Fasha masih belum bersedia lagi. Fasha harap
mereka bersabar kerana Fasha memang tak akan buka mulut buat masa ini.
Yang pasti Fasha tak akan buat sidang akhbar namun akan cerita juga pada
semua peminat.”
sumber: gua.com.my
Edisi Hangat! Fasha Oh Fasha!
Oleh Kaki Wayang on
Selama tujuh tahun pembabitannya dalam bidang seni, siapa yang dapat
menyangkal nama Fasha Sandha sebagai pelakon yang cukup disegani. Berbekalkan wajah jelita dan bakat yang semakin menyerlah hari demi
hari, anak kelahiran Johor Bahru ini terus mendapat kepercayaan pengarah
untuk melariskan produk mereka.
Bagaimanapun, seiring populariti dikecapnya, ada ‘harga’ yang perlu dibayar tunjang utama drama bersiri Cinta Elysa ini.
Sepanjang tempoh bergelar anak seni, kontroversi boleh diumpamakan sebagai bayang-bayang yang sentiasa mengekori dirinya.
Paling mendapat perhatian peminat pastinya kisah cintanya dengan jejaka bernama Rizal Ashram atau lebih dikenali sebagai Jejai.
Biarpun hubungan pasangan ini ada pasang surutnya, umum sudah mengetahui kisah cinta mereka yang bukan lagi rahsia.
Malah, Fasha dikatakan bakal mengakhiri zaman bujangnya dengan kekasih
hati apabila gambarnya mencuba gaun pengantin tersebar di laman blog.
Belum reda isu itu, muncul pula khabar mengatakan pasangan ini sudah
pun bernikah secara senyap-senyap di negara jiran, Thailand.
Bagaikan sudah mengetahui akan diajukan persoalan itu, Fasha yang
ditemui ketika majlis pengumuman Top 5 Anugerah Bintang Popular,
baru-baru ini menjawab dengan tenang.
“Saya masih single dan belum berkahwin. Semua spekulasi terutama saya
sudah bernikah di Thailand adalah tidak benar sama sekali,” katanya.
Malah, Fasha juga menolak tanggapan bahawa dia mahu mengabadikan hari
bahagianya sempena tarikh lahirnya dan memilih Jakarta, Indonesia
sebagai lokasi melangsungkan perkahwinan.
“Jadual saya penuh sehingga Mei ini, maka tidak mungkin saya akan
berkahwin pada hari lahir saya. Tentang pemilihan Jakarta sebagai lokasi
perkahwinan, saya tidak dapat memberi kenyataan lanjut.
“Semuanya masih terlalu awal untuk diperkatakan. Namun, yang pasti saya
tidak akan bernikah di Thailand. Jangan risau, apabila sampai masanya
saya akan berkongsi juga dengan peminat,” katanya.
Biarpun masih berteka- teki tentang tarikh dan lokasi perkahwinan,
jelas terpancar kebahagiaan di wajah gadis berusia 28 tahun ini tatkala
bercerita mengenai buah hatinya.
Tidak seperti selebriti lain yang mengadakan sidang akhbar bagi
mengumumkan perkahwinan, Fasha enggan melakukannya demi menghormati
permintaan sang arjuna.
Sebaliknya, Fasha memilih untuk memaklumkan berita gembira itu melalui beberapa rakan media yang rapat.
“Tiada sidang akhbar kerana Jejai tidak biasa menjadi perhatian. Lagipun, membuat sidang akhbar terlalu ‘besar’ buat saya.
“Saya rasa cukuplah dengan memberitahu teman media terdekat dan mereka
akan menguar-uarkannya di dalam akhbar masing-masing,” katanya.
Seiring dengan peminat yang sering mendoakan agar dia cepat berkahwin,
Fasha sendiri mengakui sudah bersedia untuk bergelar isteri dan menempuh
hidup berumahtangga.
“Secara dalamannya, saya sudah lama bersedia lebih-lebih lagi pada usia
ini. Cuma, saya harap peminat faham belum masanya untuk saya berkongsi
tentang perkahwinan saya,” katanya.
Rezeki mencurah-curah
Beralih ke perkembangan kariernya, menurut Fasha, dia kini sedang sibuk
menjalani penggambaran filem Penanggal arahan Elly Suriati.
Selepas itu, dia akan terus ke lokasi penggambaran drama Seindah Sakura, termasuk di Paris dan Perancis sepanjang Mac ini.
Fasha yang tercalon dalam senarai Top 5 Pelakon Drama Wanita Popular
Anugerah Bintang Popular 2010 bersyukur masih mendapat perhatian
pengarah sehingga kini.
“Alhamdulillah, rezeki masih berpihak kepada saya walaupun muka-muka baru tumbuh bak cendawan lepas hujan.
“Walaupun agak penat dengan jadual padat, rugi rasanya menolak tawaran diberikan kerana semua itu rezeki,” katanya.
Selain lakonan, Fasha yang turut mengusahakan salun Chinta di Wangsa Maju dan bercadang untuk membuka cawangan kedua.
“Sambutan untuk salun saya amat memberangsangkan dan sekiranya tiada
halangan, saya mahu membuka cawangan di Johor kerana fan base saya yang
kuat di situ. Sesibuk mana sekalipun di lokasi penggambaran, saya akan
tetap berada di salun empat kali seminggu.
Saya serius dengan perniagaan ini dan akan memastikan setiap pekerja beri perkhidmatan berkualiti kepada pelanggan,” katanya
Saya serius dengan perniagaan ini dan akan memastikan setiap pekerja beri perkhidmatan berkualiti kepada pelanggan,” katanya
Edisi Hangat! Fasha tidak sembunyi pernikahan!
Oleh Kaki Wayang on
"SAYA belum bernikah." Demikian tegas pelakon Fasha Sandha apabila
timbul gosip mengatakan dia sudah bernikah dengan kekasih hatinya, Toh
Muda Rizal Ashram Ramli atau Jejai di Thailand baru-baru ini.
Malah tegasnya, dia hairan bagaimana boleh timbul pelbagai spekulasi tentang perkahwinannya sejak akhir-akhir ini.
Ketika ditemui baru-baru ini, pelakon jelita yang popular menerusi drama bersiri Cinta Elysa itu berkata, dia tidak akan menyorokkan majlis perkahwinannya.
"Buat masa ini saya memang tidak akan memberi sebarang komen mengenai
perancangan majlis perkahwinan saya termasuklah bila dan di mana,"
katanya.
Ditanya mengenai ura-ura kononnya dia yang akan melangsungkan
perkahwinan di kota romantik dunia, Paris sempena meraikan sambutan
ulang tahunnya, Fasha berkata: "Ya, benar saya akan ke Paris selama 10
hari dan akan menyambut ulang tahun kelahiran saya di kota romantis itu.
"Tetapi dakwaan mengatakan saya bakal berkahwin di sana adalah tidak
benar sama sekali kerana saya ke sana atas urusan kerja apabila terbabit
dengan penggambaran drama Seindah Sakura bersama Fahrin Ahmad."
Dalam pada itu pelakon cantik berusia 28 tahun itu berkata, dia juga
tidak akan mengadakan sidang akhbar mengenai majlis pernikahannya
seperti yang lazim dilakukan oleh selebriti tempatan. Bagaimanapun beliau menegaskan tidak akan merahsiakan tarikh perkahwinannya apabila sudah sampai masanya kelak. Cuma kata Fasha, dia hanya akan memilih untuk berkongsi hari bahagia itu bersama beberapa organisasi media yang rapat dengannya. Hanya enam organisasi media arus perdana yang jadi pilihan Fasha dengan alasan hubungan kerjasama yang rapat selama ini.
"Memang saya tidak akan mengadakan sidang akhbar kerana bagi saya ia sesuatu yang terlalu besar.
"Tetapi saya akan memberitahu kepada enam wartawan yang mewakili enam
organisasi media. Tujuan saya memilih mereka adalah kerana keakraban
persahabatan yang sudah terjalin di antara kami," katanya.
Lebarkan sayap perniagaan
Bakal sibuk sehingga Mei ini bagi memenuhi tawaran lakonan, Fasha
mengakui tetap meluangkan masa menguruskan salonnya, Chinta Hair Salon
& Beauty termasuk merancang untuk membuka sebuah lagi cawangan di
Johor.
"Saya tidak membuka salon ini semata-mata kerana saya seorang artis tetapi kerana mahu mengusahakannya.
"Jika berpeluang saya akan mengembangkan perniagaan saya ini ke Johor
tidak lama lagi. Ini bagi menghargai peminat dari negeri itu yang
menguasai jumlah peminat saya di seluruh negara," katanya.
Bercakap mengenai sisi kematangannya, Fasha memberitahu, dia kini
melihat pelbagai perkara dengan sudut berbeza dan mengakui bahawa kini
dia lebih menghargai peranan media dalam kerjaya seninya.
"Saya akui saya pernah buat kesilapan mungkin disebabkan umur saya
yang muda. Namun menjangkau umur 28 tahun ini, saya kini lebih matang
untuk membuat keputusan," katanya.
Edisi Sentap! Gambar Seksi Faradhiya dan Fasha Sandha Bersosial!
Oleh Kaki Wayang on
Betol-betol Seksa! Fasha Sandha?
Oleh Kaki Wayang on
Kredit: RotiKaya.com