Edisi Gempak! Fasha Sandha Bertunang Secara Rahsia!

Oleh Kaki Wayang on

Baru-baru ini, kecoh kononnya pelakon popular, Fasha Sandha telah bernikah secara senyap di Thailand. Walau bagaimanapun, Fasha telah tampil menafikan perkara tersebut. Belum pun reda kontroversi kononnya Fasha akan melangsungkan perkahwinan dengan Jejai di Jakarta, Indonesia, Mac ini, industri hiburan tempatan digemparkan pula dengan berita kononnya pelakon drama Cinta Elysa ini telah bertunang.





Gambar yang dipaparkan menunjukkan Fasha sedang disarungkan cincin oleh seorang wanita. Mesti ramai yang ingin tahu sama ada benarkah calon Pelakon TV Wanita Popular di ABPBH ini telah bertunang secara rahsia dengan pasangannya itu. GUA berpeluang bertemu dengan pelakon cantik ini semalam dan ini jawapannya.



“Ini merupakan salah satu babak yang terdapat dalam filem terbaru Fasha, ‘Penanggal’. Fasha memegang watak sebagai Sharifah Zahrah, seorang gadis yang periang dan sedang menunggu hari perkahwinannya. Namun, konflik bermula apabila Sharifah Zahrah telah kehilangan tunangnya, Syed Yusoff lakonan Azri Iskandar,” ujar Fasha ketika ditemui di lokasi penggambaran ‘Penanggal’, di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak, malam tadi.






Diusik dengan soalan adakah Fasha akan bertunang dulu sebelum melangsungkan perkahwinan, Fasha memberitahu, “ Tak kot sebab bila tunang lagi banyak dugaan.” Menyentuh mengenai impian perkahwinannya pula, Fasha memberitahu, “Fasha inginkan perkahwinan yang sederhana tapi diingati. Sebenarnya Fasha tak nak cakap sangat pasal perkahwinan sebab bosanlah.



“Bila tiba masanya nanti, Fasha akan cakap. Fasha tahu semua orang sedang menunggu, tapi Fasha masih belum bersedia lagi. Fasha harap mereka bersabar kerana Fasha memang tak akan buka mulut buat masa ini. Yang pasti Fasha tak akan buat sidang akhbar namun akan cerita juga pada semua peminat.”

sumber: gua.com.my

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...