PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label Suara dari langit. Show all posts
Showing posts with label Suara dari langit. Show all posts

Edisi Pelik! Bunyi Aneh Dari Langit Yang Disangka Petanda Kiamat Hanyalah Bunyi Mesin Kelapa Sawit?

Oleh Kaki Wayang on


Bunyi Aneh Dari Langit Yang Disangka Petanda Kiamat Hanyalah Bunyi Mesin Kelapa Sawit?

Masih ingatkah kisah ‘bunyi aneh dan menakutkan’ dari langit yang kedengaran di Kota Samarahan, Sarawak pada 11 dan 12 Januari lalu?

Ia mendapat perhatian antarabangsa apabila artikel mengenainya yang disiarkan di The Borneo Post telah dibincangkan secara hangat di dalam internet di seluruh dunia. Lebih menggemparkan, bunyi yang sama juga sebelum itu dikatakan kedengaran di beberapa buah kawasan di dunia. Malah ada pihak yang mula mengaitkannya dengan petanda awal kiamat.

Misteri mengenainya bagaimanapun bakal terjawab minggu depan apabila pasukan khas dari Agensi Angkasa Negara (AAN) selesai melakukan penyiasatan mereka. Namun siasatan awal mendapati, ia mungkin hanyalah bunyi yang terhasil daripada mesin dari sebuah kilang kelapa sawit yang terletak di kawasan tersebut.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Innovasi, Datuk Fadhillah Yusuf berkata, setakat ini pasukan yang ditubuhkan khas untuk menyiasat aduan berkenaan sedang bekerja keras untuk menyiapkan laporan mereka.

”Kita akan memeriksa frekuensi yang dihasilkan oleh mesin kelapa sawit itu sebelum dapat mengesahkan sama ia berpunca daripada alat tersebut atau sebaliknya,” katanya.
The Borneo Post tempoh hari melaporkan satu bunyi aneh telah kedengaran di Kampung Meranek, Kota Samarahan.

Tidak lama selepas bunyi itu kedengaran, satu kejadian gempa bumi kuat (7.3 skala Richter) berlaku di Sumatera, Indonesia. Bagaimanapun masih tidak dapat dipastikan sejauh mana kaitannya antara bunyi aneh itu dan kejadian gempa bumi tersebut.

Selain daripada kejadian gempa bumi di Sumatera itu, ada juga teori yang mengaitkan bunyi aneh itu dengan sebuah program yang dikenali sebagai High Frequency Active Auroral Research Programme (HAARP)
HAARP adalah program penyelidikan berkaitan ionosfera dan dinaungi sepenuh oleh US Air Force, US Navy, University of Alaska dan Defense Advanced Research Projects Agency(DARPA). DARPA adalah sebuah agensi yang ditubuhkan oleh kerajaan Amerika Syarikat untuk membina pelbagai senjata berteknologi tinggi untuk kegunaan ketenteraan Amerika Syarikat.
Sila baca selanjutnyaEdisi Pelik! Bunyi Aneh Dari Langit Yang Disangka Petanda Kiamat Hanyalah Bunyi Mesin Kelapa Sawit?

Edisi Gempak! Video Suara Aneh dari Kot Samarahan, Sarawak!

Oleh Kaki Wayang on



Sila baca selanjutnyaEdisi Gempak! Video Suara Aneh dari Kot Samarahan, Sarawak!

Edisi Gempak! Jadikan Insiden ‘Bunyi Aneh Dari Langit Iktibar, Pengajaran!

Oleh Kaki Wayang on


Jadikan Insiden 'Suara Dari Langit' Sebagai Satu Iktibar - Harussani

‘Suara aneh dan menakutkan dari langit’ yang berlaku di Kota Samarahan, Sarawak, baru-baru ini mungkin merupakan satu amaran kepada umat Islam di akhir zaman ini.
 
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, setiap umat Islam wajar mengambil iktibar atas kejadian-kejadian ganjil yang berlaku yang mungkin menjadi petanda kemurkaan Allah atas dosa-dosa yang dilakukan selama di muka bumi ini.

“Setiap yang ganjil berlaku di dunia ini wajar diambil iktibar oleh semua umat Islam..mungkin ia adalah amaran kepada kita..Rasulullah pun ada sebut kita ni umat akhir zaman…banyak petanda yang sudah berlaku…

“Kita perlu merenung diri bermuhasabah diri..terlalu banyak dosa yang kita lakukan, kita merupakan umat paling maju dan bertamadun..namun kita lupa Tuhan, kita semakin kufur padaNya, malah ada suara-suara yang berani mencabar Allah sekarang ni..,” katanya ketika dihubungi Mynewshub.my di sini hari ini.

Tidak menolak kejadian aneh tersebut sebagai salah satu petanda akhir zaman, Harussani turut menjelaskan bahawa beberapa perkara lain yang disebutkan Rasulullah SAW telah berlaku yang menguatkan dakwaan tersebut.


“Dah banyak petanda akhir zaman dah berlaku..hukuman yang pernah diturunkan Allah pada kaum-kaum terdahulu pun dah terjadi juga pada zaman sekarang.

“Rasulullah ada sebut dulu..ada orang yang akan tenggelam dalam bumi, dah berlaku kejadian manusia mati tenggelam dalam tanah runtuh..gempa bumi pun makin kerap berlaku, tiap-tiap bulan kita dengar ada gempa bumi…

“Anak-anak zina pun makin ramai, dah berpuluh-puluh ribu dah..dunia pun dah ada angin ‘sar-sar’, angin ‘sar-sar’ ni ialah angin batu, sekarang ni pun dah ada dah berlaku bencana ni..angin ‘sar-sar’ ni dulu diturunkan Allah kepada umat Nabi Luth,” ulasnya lagi.

Justeru, Mufti Perak itu menasihati umat Islam agar mengambil iktibar di atas segala kejadian yang berlaku kini dan bermuhasabah diri serta kembali kepada agama Allah yang sebenar sebagaimana yang disampaikan oleh Rasulullah SAW.

Insiden ‘bunyi aneh dan menakutkan’ dari langit yang berlaku di Kota Samarahan tersebut heboh diperkatakan di seluruh dunia dan dilaporkan pernah berlaku di Aaborg, Denmark dan Sweden pada tahun lalu.

Ekoran kejadian tersebut, timbul pelbagai andaian dari masyarakat umum yang mengaitkannya dengan fenomena akhir zaman dan merupakan petanda besar bahawa hari kiamat sangat hampir tiba sebagai pengakhiran dunia.

Selain itu, timbul juga andaian yang menyatakan  bahawa insiden itu berpunca dari sebuah program yang dikenali sebagai “High Frequency Active Auroral Research Programme” (HAARP) yang dianjurkan oleh Amerika Syarikat secara rahsia.

Bagaimanapun, tiada bukti yang menyokong hujah HAARP tersebut memandangkan kejadian itu berlaku di merata dunia dan amat mustahil melibatkan program yang berpengkalan di Gakona, Alaska tersebut.
 
Kredit: MyNewsHub
Sila baca selanjutnyaEdisi Gempak! Jadikan Insiden ‘Bunyi Aneh Dari Langit Iktibar, Pengajaran!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...