PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!
Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.
Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!
Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.
Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!
"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.
Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!
Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.
Showing posts with label Whitney Houston meninggal dunia. Show all posts
Showing posts with label Whitney Houston meninggal dunia. Show all posts
Home » Posts filed under Whitney Houston meninggal dunia
Edisi Hangat! Perkembangan Terbaru! Paru-paru Whitney Houston ada air!
Oleh Kaki Wayang on
Edisi Hangat! Kisah Hidup Whitney Houstan sejak kecil!
Oleh Kaki Wayang on
DILAHIRKAN pada 9 Ogos 1963 di New Jersey, Amerika Syarikat (AS),
permulaan kerjaya seni Whitney Houston adalah dengan menyanyi di gereja
dan kelab-kelab kecil bersama ibunya, Cissy Houston.
Houston boleh dikatakan agak bertuah kerana dilahirkan dalam keluarga seni kerana sepupunya, Dionne Warwick juga merupakan seorang penyanyi terkenal.
Di zaman remajanya, Houston juga pernah menjadi penyanyi pengiring bagi artis-artis popular antaranya Chaka Khan dan Jermaine Jackson. Bukan hanya berbakat besar dalam bidang nyanyian, Houston juga dikurniakan dengan wajah jelita yang jarang ada pada wanita kulit hitam yang lain. Tidak hairanlah atas faktor itu, Houston mendapat peluang menjadi gadis penghias kulit majalah dengan salah satunya adalah majalah Seventeen dan dianggap sebagai salah seorang wanita kulit hitam untuk mendapat penghargaan setinggi itu.
Kehidupannya berubah pada tahun 1983 apabila mogul muzik, Clive Davis yang menjadi ketua syarikat rakaman, Artista Records di bawah syarikat BMG Music ketika itu hadir menonton persembahan Houston di salah sebuah kelab malam di New York, AS. Terpukau dengan vokal Houston yang menakjubkan dan segar, Davis tidak menunggu lama untuk menjadikan Houston sebagai artis rakaman di bawah Arista.
Pada tahun 1985, Houston muncul dengan album perdananya, Whitney Houston yang serta-merta mendapat sambutan luar biasa dan kritikan positif daripada pengkritik muzik malah membolehkannya meraih anugerah Grammy pertamanya bagi Vokal Pop Wanta Terbaik. Memuatkan lagu-lagu popular seperti How Will I Know, All At Once, Saving All My Love For You dan Greatest Love Of All, ia dengan pantas meletakkan nama Houston sebagai bintang baru yang wajar diberi perhatian ketika itu. Perlahan-lahan dia mendaki puncak populariti sehingga menjadi bintang pop pujaan ramai dek kemantapan dan kehebatan vokal yang sukar ditandingi.
Sehinggakan Davis sendiri pernah memberitahu bahawa suara Houston telah mengubah dunia. Meneruskan legasinya, Houston muncul dengan dua album selepas itu, Whitney (1987) dan I'm Your Baby Tonight (1990) yang menampilkan banyak lagu-lagu popular serta hits di seluruh dunia.
Antaranya I Wanna Dance with Somebody (Who Loves Me), Where Do Broken Hearts Go, So Emotional, Didn't We Almost Have It All, I'm Your Baby Tonight, All The Man That I Need dan Miracle telah meletakkan nama Houston di mercu kejayaan. Menyedari popularitinya yang luar biasa itu, Houston mengorak langkah sebagai seorang pelakon dengan membintangi filem semi muzikal, The Bodyguard bersama Kevin Costner pada tahun 1992.
Impak yang terhasil daripada filem itu cukup besar apabila album runut bunyinya menjadi fenomena di seluruh dunia. Semuanya gara-gara lagu I Will Always Love You yang menjadi lagu tema filem tersebut. Rata-rata pengkritik dan pencinta muzik dunia bersetuju bahawa nyanyian dan penyampaian Houston dalam lagu itu cukup memukau dan luar biasa sekali.
Penangan populariti lagu itu juga telah menjadikan album runut bunyi The Bodyguard sebagai album runut bunyi terlaris sepanjang zaman dengan penjualan sebanyak 17 juta unit di AS dan 44 juta salinan di seluruh dunia. Malah album itu juga telah memenangi tiga anugerah Grammy termasuk Album Terbaik serta Rakaman Terbaik dan Persembahan Vokal Pop Terbaik untuk Houston bagi lagu I Will Always Love You.
Ekoran daripada kejayaan lagu itu juga, kontroversi mula tercetus apabila Houston telah mengeluarkan kenyataan yang telah menyinggung perasaan komposer dan penyanyi asal lagu itu, Dolly Parton. Houston dikatakan telah membuat kenyataan yang menyatakan dia menyanyikan lagu itu jauh lebih baik daripada Parton di mana kebenaran itu memang jelas terbukti. Namun Houston menafikan perkara itu dengan memuji Parton sambil menyatakan lagu itu telah ditulis begitu indah oleh Parton.
Begitu juga Parton yang berterima kasih kepada Houston yang telah memperkenalkan lagu itu kepada masyarakat dengan lebih meluas selain dapat meningkatkan royaltinya. Selepas itu, Houston telah membintangi dua buah filem lagi iaitu Waiting To Exhale (1995) dan The Preacher's Wife (1996) dengan album runut bunyinya juga sukses biarpun tidak sehebat The Bodyguard.
Pada ketika dia berada di kemuncak kegemilangan itulah juga Houston mula terlibat dengan dadah dan alkohol. Dua kali memasuki pusat pemulihan, Houston membuat pengakuan terbuka kepada Oprah Winfrey mengenai keadaan dirinya yang sudah bebas pengaruh tersebut pada 2010.

Edisi Hangat! Alkohol, dadah punca ragut nyawa Houston!
Oleh Kaki Wayang on
PADA pukul 3.43 petang Sabtu lalu (Ahad pagi waktu Malaysia), polis
Los Angeles yang menerima panggilan kecemasan telah bergegas ke bilik
penginapan Whitney Houston di Hotel Hilton Beverly. Malah pasukan paramedik yang kebetulan berada di hotel berkenaan
turut bergegas ke bilik penginapannya. Tetapi mereka tidak dapat
berbuat-buat apa untuk menyelamatkan nyawa penyanyi tersohor itu. Ironinya, sesuai dengan taraf diva yang diterima, riwayat hidup
Houston berakhir pada malam sebelum Anugerah Grammy - malam yang
sentiasa ditunggu-tunggunya saban tahun.
Serentak dengan itu juga, berita kematiannya tersebar ke serata
dunia. Orang ramai yang lalu lalang di Time Square, New York tergamam
seketika seolah-olah tidak percaya akan berita kematian diva berusia 48
tahun ini. Yang menjadi persoalan sekarang ialah apakah yang menjadi punca
kematiannya? Lagi pula, berita mengenai Houston terutama yang kurang
enak tentang dirinya agak jarang terpampang di media massa kebelakangan
ini.
Sehingga artikel ini ditulis, punca kematian Houston masih lagi
disiasat dan semuanya akan terjawab sebaik sahaja keputusan bedah siasat
diumumkan. Biar sebab-sebab kematiannya masih tidak pasti namun pemergian anak
kelahiran New Jersey, AS ini telah menimbulkan pelbagai spekulasi serta
kurang enak didengar.
Sudah pasti, punca utama yang dikaitkan dengan Houston adalah dadah
dan alkohol yang telah menjadi sebahagian hidup penyanyi itu sejak
sekian lama. Mungkin terlalu awal untuk mengaitkan kedua-dua faktor itu tetapi
jika diselak kembali helaian diari hidup pemilik nama penuh Whitney
Elizabeth Houston ini, memang tiada yang mustahil.
Kerana dadah dan alkohol jugalah, ia telah menjatuhkan prestij dan
kedudukan Houston sebagai bintang termasyhur dunia yang disanjung jutaan
peminatnya. Malah menurut sumber, sewaktu Houston melatih penyanyi Brandy dan
Monica ketika latihan persembahan untuk Grammy Khamis lalu, dia bukan
sahaja kelihatan berpeluh tetapi nafasnya juga berbau arak dan rokok.
Dua hari lalu, penyanyi itu turut mengadakan persembahan pada malam parti pra-Grammy bersama-sama Kelly Price. Kehidupan malap Houston bermula apabila dia mendirikan rumah tangga
bersama bekas anggota kumpulan pop, New Edition, Bobby Brown pada tahun
1992. Sebelum itu, Houston pernah dikaitkan dengan beberapa orang lelaki termasuklah pemain American football, Randall Cunningham dan pelakon komedi terkenal, Eddie Murphy. Ketika Houston membuat keputusan untuk berkahwin dengan Brown, ramai
menganggap ia satu langkah yang kurang bijak ekoran reputasi dan rekod
buruk lelaki itu.
Namun kerana cinta yang mendalam kepada Brown, Houston tidak
mempedulikan kata-kata orang termasuk keluarganya yang tidak berkenan
dengan pilihan hati Houston itu. Ternyata cinta melangkaui segala-galanya buat Houston dan Brown dan
mereka dikurniakan dengan satu-satuya anak perempuan, Bobbi Kristina
Houston Brown yang kini berusia hampir 18 tahun.
Permulaan kehidupan mereka berjalan dengan baik sehinggalah beberapa
tahun selepas itu apabila rumah tangga mereka berdepan dengan pelbagai
masalah yang berpunca daripada Brown. Lelaki itu bukan sahaja terlibat dalam kes-kes jenayah sehingga
dipenjarakan, lebih malang lagi, Brown merupakan individu yang
bertanggungjawab merosakkan reputasi dan prestij Houston dengan dadah
dan alkohol.
Walaupun begitu, Houston masih terus setia di samping suaminya
walau dikecam dan dikritik oleh masyarakat yang melihatnya sebagai
seorang yang kurang waras apabila terus bersama lelaki yang dianggap
perosak itu.
Tetapi ketika itu, nasib masih menyebelahi Houston kerana lagu-lagu
dan suaranya masih lagi bertenaga serta diterima baik oleh para peminat
setianya. Nama penyanyi yang cukup masyhur dengan lagu I Will Always Love You dan I Wanna Dance With Somebody (Who Loves Me)
terus berada di puncak sehinggalah pada awal tahun 2000 apabila dengan
perlahan-lahan kualitinya sebagai penyanyi termasyhur mula jatuh. Suaranya yang dahulu dianggap sebagai suara emas berubah menjadi
parau sehingga dia tidak mampu lagi menyanyi seperti asal. Nota tinggi
yang sering dinanti-nantikan tidak lagi berupaya memukau peminat.
Semuanya berpunca daripada pengambilan dadah dan alkohol yang menjadi
peneman setia Houston setiap masa terutama ketika dia berdepan dengan
pelbagai masalah rumah tangga dan hidup. Sehinggakan peminat setianya sendiri mengecam dan mengkritik Houston apabila dia muncul dengan album I Look To You pada tahun 2009 selepas kali terakhir hadir dengan album Just Whitney... pada 2002.
Edisi Hangat! Gambar Whitney Houstan diusung keluar dari hotel dan punca kematiannya!
Oleh Kaki Wayang on
Whitney Houston dilaporkan mati akibat campuran sejumlah ubat-ubatan
termasuk pil merawat tekanan dikenali dengan nama dagangan Xanax dan
alkohol. Sumber berkata, pegawai koroner Los Angeles memberi tahu keluarga
Whitney, kandungan air di paru-paru penyanyi popular itu tidak mencukupi
untuk menganggap dia lemas dalam tab mandi di bilik Hotel Beverly
Hilton.
Malah, kata sumber itu, koroner percaya Whitney mati sebelum kepalanya tenggelam di dalam tab berkenaan. Laman sesawang gosip TMZ melaporkan, mayat Whitney sebenarnya ditemui ibu saudaranya, Mary Jones, bukan pengawal peribadi seperti dilaporkan kelmarin.
“Anak perempuan Whitney, Bobbi Kristina, 18, juga dipercayai tertidur dalam tab mandi di hotel sama hanya 24 jam sebelum itu,” lapor TMZ.
Pengawal keselamatan terpaksa dipanggil untuk membuka kunci pintu bilik Bobbi dan kini keluarganya bimbang kejadian itu bukan secara kebetulan, sebaliknya cubaan remaja terbabit membunuh diri. Sementara itu, Bobbi dikejarkan ke hospital dua kali dalam tempoh 24 jam ekoran penemuan mayat Whitney kelmarin.
Remaja terbabit dimasukkan ke hospital kali pertama selepas dipercayai pengsan akibat mengambil arak dan pil khayal diberikan anggota rombongan Whitney satu demi satu untuk menenangkannya. Bobbi sekali lagi dilihat dibawa keluar dengan pengusung dari hotel berkenaan kira-kira jam 10.30 pagi - hanya beberapa jam sebelum mayat Whitney ditemui. Sumber berkata, Bobbi terpaksa dikejarkan ke Hospital Cedars-Sinai untuk menerima rawatan bagi masalah tekanan melampau. Beberapa jam kemudian, Bobbi dibenarkan keluar, tetapi rakan dan keluarganya tetap bimbang terhadap keadaan mentalnya.
Pada Khamis, Whitney dilihat berpesta sehingga mabuk dan sempat bergaduh dengan pengawal keselamatan pusat hiburan berkenaan. Petang keesokan harinya, Whitney sekali lagi berpesta secara melampau. Kata sumber, beberapa botol Lorazepam, Valium, Xanax dan ubat tidur ditemui di bilik Whitney.
“Ubat itu dipercayai bertindak sebagai penenang, menyebabkan Whitney tertidur dalam tab mandi sebaik saja ia bercampur dengan alkohol yang diambil petang sebelumnya,” katanya.
Pejabat koroner Los Angeles secara rasmi enggan memberi komen terhadap khabar angin mengenai penemuan air dalam paru-paru Whitney yang boleh mengaitkannya dengan insiden lemas. Maklumat lanjut mungkin hanya dikeluarkan selepas semua siasatan disiapkan dan ia dijangka mengambil masa antara satu hingga dua bulan. Polis juga tidak membenarkan sesiapa melawat mayat berkenaan selagi ia berada dalam kawalan mereka. TMZ melaporkan, pada peringkat awal ramai pihak percaya mayat Whitney ditemui bekas teman lelakinya yang muda 17 tahun, Ray-J. Namun, Ray-J mendakwa dia tidak berada “di mana-mana tempat berhampiran lokasi kejadian” tetapi tetap bersedih.
“Dia ada menghubungi saya melalui telefon tetapi tidak sempat dijawab,” katanya.
Ketika Whitney mati dan Bobbi dihantar ke hospital, bekas suami penyanyi itu, Bobby Brown, berada di Nashville. Walaupun dilaporkan menangis akibat kematian Whitney, Brown tetap muncul di pentas bersama kumpulannya, New Edition, dan sempat menjeritkan “Aku sayang kamu, Whitney!” ketika konsert berkenaan.
Edisi Hangat! Susulan Kisah Bagaimana Whitney Houstan Meninggal Dunia!
Oleh Kaki Wayang on
Diva, Whitney Houston yang ditemui meninggal dunia dalam keadaan mukanya tersembam di dalam tab mandi berisi air di Hotel Hilton Beverly Hills, California, Amerika Syarikat Sabtu lalu,didapati bercakap dengan ibunya menerusi telefon, kira-kira 25 minit sebelum kematiannya.
Akhbar The Sun, UK, melaporkan, terdapat beberapa botol ubat yang
mengandungi bahan penenang dan ubat tidur sepertimana yang digunakan
oleh mendiang Michael Jackson telah ditemui di dalam bilik hotel, tempat
Whitney menginap itu,
Sebelum itu pada waktu tengah hari, sepupu Whitney iaitu penyanyi jaz
dan “soul” terkenal Dionne Warwick telah menelefon mendiang untuk
bertanya tentang majlis koktel yang akan diadakannya sempena
majlisAnugerah Grammy yang akan berlangsung pada Ahad malam waktu
tempatan.
Kemudian pada jam 2.30 petang, Whitney telah masuk ke bilik mandi sementara pengawal peribadinya bernama Ray menunggu di luar bilik. Selepas itu pada lebih kurang jam 3.15 petang, Whitney telah menelefon ibunya Cissy pula. Menurut ibunya itu, berdasarkan perbualan mereka, dia tidak mengesyaki sesuatu yang buruk.
Menjelang jam 3.43 petang, pengawal peribadi Whitney, Ray mula
bimbang dan resah kerana Whitney yang sepatutnya sudah bersedia untuk
satu rakaman televisyen di koridor hotel berkenaan bersama sebuah stesen
televisyen masih belum keluar dari bilik mandinya. Ray kemudiannya meminta salah seorang pendandan rambut Whitney yang juga stafnya memeriksa keadaan penyanyi itu.
The Sun melaporkan, pembantu penyanyi itu telah menjerit ketakutan
sebaik sahaja menemui Whitney dalam keadaan mukanya tersembam di dalam
tab mandi yang dipenuhi air dan kelihatan sudah tidak bernyawa.
Mereka kemudiannya cuba untuk memberi pertolongan cemas kepadanya. Pasukan paramedik yang tiba beberapa minit kemudian turut memberikan
bantuan kecemasan tetapi malangnya mereka juga gagal menyelamatkannya.
Pada pukul 3.55 petang, pasukan paramedik mengisytiharkan penyanyi
pop terkemuka era 80-an dan 90-an yang berusia 48 tahun itu secara
rasminya telah meninggal dunia. Akhbar The Sun juga turut memetik beberapa orang saksi sebagai
berkata, 48 jam sebelum kematiannya, Whitney telah didapati mabuk dan
mengambil minuman keras dengan jumlah yang banyak.
Edisi Hangat! Whitney Houstan lemas dalam bilik mandi!
Oleh Kaki Wayang on
Penyanyi dan pelakon legenda, Whitney Houston, mati dalam bilik hotel disewanya selepas sekian lama bergelut dengan masalah ketagihan dadah dan alkohol, semalam. Berusia 48 tahun, Whitney ditemui lemas dalam tab mandi oleh pengawal peribadinya.
Menurut sumber, turut ditemui di bilik hotel itu, beberapa botol mengandungi ubat. Katanya, paramedik berusaha menyedarkan penyanyi terbabit tetapi dia akhirnya disahkan mati pada jam 3.55 petang (waktu tempatan) semalam.
Anak perempuan Whitney, Bobbi Kristina, 19, dilaporkan menjerit-jerit dan bertengkar dengan polis yang enggan membenarkannya masuk ke Hotel Beverly Hilton untuk melihat mayat ibunya. Rakan sepupu Whitney, Dionne Warwick, yang turut bergegas ke hotel itu berkata, Bobbi “tidak dapat dipujuk” sesiapa. Setakat ini, punca kematian Whitney belum diketahui.
Sumber berkata, tiada ubat larangan ditemui di suite tingkat empat hotel berkenaan, tetapi petang kelmarin, Whitney dilihat berfoya-foya berlebihan, selain mabuk dan berborak dengan kuat di lobi. Ketika mayat penyanyi itu diusung ke ambulans, beberapa ela dari situ, sejumlah selebriti, termasuk Britney Spears dan Kim Kardashian mengambil bahagian dalam majlis parti menjelang Anugerah Grammy di hotel sama. Whitney sepatutnya hadir di majlis yang dianjurkan mentornya, Clive Davis.
Suasana parti itu bertukar apabila Davis memberikan penghormatan kepada Whitney sebelum berkata: “Tuan-tuan dan puan-puan, mari kita mulakan muzik.” Selebriti turut memberi penghormatan kepada Whitney sepanjang malam.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutig Grammy, Neil Portnow, berkata majlis itu sama sekali tidak akan dibatalkan. Menganggap Whitney sebagai rakan, Portnow berkata, Jennifer Hudson akan mengadakan persembahan di majlis anugerah itu hari ini untuk memperingati penyanyi terbabit. Berita kematian Whitney mendorong ramai tokoh terkenal turut memberi penghargaan terhadap penyanyi yang terkenal itu.
Menurut Simon Cowell, Whitney adalah “diva sebenar” dan seorang daripada penyanyi memiliki suara terhebat pernah didengarnya. Rihanna pula berkata, dia menangis apabila mendapat tahu kematian Whitney, manakala Mariah Carey terlalu sedih kerana kehilangan seorang kawan.
Mitch Winehouse, bapa Amy Winehouse - penyanyi yang mati akibat ketagihan dadah tahun lalu - berkata muzik Whitney dan anaknya akan kekal selamanya. Sumber tidak disahkan berkata, Whitney ditemui bersendirian dalam tab mandi dan mungkin mati akibat lemas.Jurucakap polis mengesahkan, mereka menerima panggilan dari hotel itu pada jam 3.43 petang dan tiba di tempat kejadian beberapa minit kemudian.
Edisi Hangat! Ketagihan Dadah Punca Whitney Houstan Meninggal Dunia?
Oleh Kaki Wayang on
Penyanyi diva terkenal, Whitney Houston
dilaporkan meninggal dunia seorang diri ketika ditemui salah seorang
rakan terdekatnya di tingkat empaat kamar hotel, Beverly Hilton, pada
jam 3.55 petang (waktu tempatan) semalam. Menurut
sumber, rakan Whitney kemudiannya menghubungi paramedik 911 yang
bergegas datang ke hotel berkenaan dan berusaha memulihkan beliau
melalui kaedah CPR namun cubaan tersebut gagal.
Paramedik 911 kemudiannya mengesahkan kematian penyanyi yang bersuara emas tersebut. Pegawai
koroner, Ed Winter, yang menyiasat kematian Whitney memberitahu bahawa
terlalu awal untuk mengenal pasti punca-punca kematian penyanyi wanita
berkulit hitam itu.
“Belum pasti,
masih diperingkat awal penyiasatan dan terlalu awal untuk memberitahu
punca kematiannya,” katanya yang dipetik dari TMZ.com.
Dalam
kejadian sebelum itu, Whitney dikatakan telah menyertai rakan-rakannya
di satu parti santai di hotel tempat beliau menginap pada malam itu dan
dikatakan dalam keadaan sihat sahaja.
Rakan-rakannya, Dionne Warwick dan Cissy Houston yang turut berada di parti itu mengesahkan perkara tersebut.
Sementara
itu, bekas suami Whitney, Bobby dilaporkan agak bingung dan sedih atas
kematian penyanyi itu serta dilihat keluar masuk di hotel tersebut
sambil menangis teresak-esak.
Pihak
berkuasa sedang berusaha untuk mendapatkan waran untuk menggeledah di
bilik hotel Whitney ditemui meninggal dunia dan para penyiasat dijangka
mencari dadah yang dikatakan menjadi punca utama kematian mengejutkan
penyanyi tersebut.
Sebelum ini,
mendiang dikatakan berhempas pulas selama bertahun-tahun untuk
menyelesaikan masalah ketagihan dadah yang agak kronik.
Whitney
dikatakan telah keluar berseronok bersama teman-temannya di Hollywood
pada malam Khamis lalu dan sempat mencapai mikrofon untuk mendendangkan
sebuah lagu yang merupakan persembahan terakhir di dalam hidup beliau.
Untuk
rekod, penyanyi di kelas yang tersendiri ini pernah menggondol dua
Anugerah Emmy, enam Anugerah Grammy, 30 Anugerah Muzik Billboard dan 22
Anugerah Muzik America ketika berada di kemuncak kariernya.
Selain
itu, beliau juga merupakan penyanyi wanita pertama yang berjaya
mengungguli Carta Billboard Amerika di kedudukan no.1 dan sebanyak 200
juta albumnya terjual di seluruh dunia. Whitney
meninggalkan seorang anak perempuan, Bobbi Kristina, hasil
perkahwinannya dengan penyanyi R&B terkenal, Bobby Brown, pada tahun
1992 sebelum berpisah pada tahun 2007.
Edisi Hangat! Penyanyi legenda Whitney Houston meninggal dunia!
Oleh Kaki Wayang on
Penyanyi pop legenda dan pelakon, Whitney Houston, 48, yang pernah
menguasai dunia muzik Amerika Syarikat dalam tahun-tahun 1980-an dan
1990-an, ditemui mati di hotel di Berverly Hills, kata polis.
“Pada pukul 3:55 petang (semalam), Whitney Houston diisytihar
meninggal dunia di sebuah hotel di Beverly Hills,” kata jurucakap polis,
Mark Rosen.
Beliau berkata, polis menerima panggilan kecemasan daripada seseorang
di dalam rombongan beliau dan menemui Houston di atas lantai di bilik
hotelnya di tingkat empat ketika usaha telah dibuat untuk memulihkan
beliau.
“Tiada tanda jelas berlaku sebarang kejadian jenayah pada masa ini
dan kes ini sedang disiasat oleh polis Beverly Hills,” kata jurucakap
tersebut.
Punca kematian belum dapat diketahui pada masa ini.