PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label biodata khairul Fahmi. Show all posts
Showing posts with label biodata khairul Fahmi. Show all posts

Edisi Sentap! Apek sudah menduga sepakan Ferdinand!

Oleh Kaki Wayang on

 

Tiap kali disandarkan harapan, penjaga gol utama negara, Khairul Fahmi Che Mat tidak pernah mengecewakan malah dia sekali lagi menjadi watak penting kepada kejayaan skuad bola sepak negara yang meraih pingat emas di Sukan SEA XXVI Indonesia 2011. 

Selain cemerlang mengawal asakan hebat pemain-pemain Garuda Muda sepanjang 120 minit selepas rakan sepasukan bagaikan sudah kehabisan tenaga, Khairul yang lebih dikenali sebagai Apek dilihat menjadi faktor penting membawa skuad negara memenangi pertarungan sepakan penalti selepas kedudukan terikat 1-1 sehingga penghujung perlawanan.

Pada sepakan penalti terakhir Indonesia yang diambil penyerang gantian Ferdinand Sinaga, Apek berkata, melalui gerak hatinya, dia sudah dapat membaca arah tendangan pemain berkenaan.

''Pada situasi semalam, saya sudah dapat duga arah sepakan yang akan diambil oleh dia (Ferdinand) apabila tengok gaya dia meletakkan bola. ''Saya memberikan fokus lebih 100 peratus untuk cuba menyelamatkan sepakan tersebut kerana sedar itu sepakan terakhir oleh mereka (Indonesia). ''Alhamdulilah, telahan saya pada sepakan terakhir benar-benar tepat dan apabila Baddrol (Bakhtiar) berjaya mengambil sepakan, saya cukup gembira kerana dapat membantu negara menyumbangkan emas," katanya.

Malaysia muncul juara dengan keputusan 4-3 mengetepikan Garuda Muda di Stadium Gelora Bung Karno melalui penentuan sepakan penalti.

Walaupun telah menyumbangkan dua kejayaan berturut-turut selepas menjuarai Piala AFF pada tahun lalu, Apek mengakui, dia belum lagi puas memberikan lagi kejayaan kepada pasukan negara.

''Selepas membantu memenangi emas kepada negara dan menjuarai Piala AFF, saya rasa masih banyak lagi saya boleh berikan kepada skuad negara terutama kita masih berada dalam saingan kelayakan Olimpik. ''Kini saya berhasrat kita mampu melakukan sesuatu pada saingan kelayakan Olimpik, saya harap kita boleh mengejutkan Syria. ''Soal penat dan jadual padat harus ketepikan dahulu, ia tidak boleh dijadikan alasan, apa yang lebih mustahak kita mesti capai satu keputusan yang membanggakan pada perlawanan esok (hari ini)," katanya.

Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Apek sudah menduga sepakan Ferdinand!

Betol-betol Hangat! Khairul Fahmi minum arak?

Oleh Kaki Wayang on

GAMBAR Apek  bersama beberapa wanita seksi  ketika beliau menghadiri majlis hari jadi di sebuah restoran makanan Itali di Bukit Bintang, Kuala Lumpur baru-baru ini tersebar  di internet. 

Penjaga gol pasukan bola sepak negara, Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali sebagai Apek yang sebelum ini dikatakan memutuskan pertunangan dengan teman wanitanya akibat kehadiran orang ketiga, sekali lagi terbabit dalam kontroversi apabila gambarnya bersama beberapa wanita seksi di restoran eksklusif disiarkan dalam blog dan portal hiburan. 

Khairul Fahmi berkata, gambarnya bersama kenalan, Dahlia Teck dan beberapa rakan wanita itu dirakam ketika beliau menghadiri majlis hari jadi di sebuah restoran makanan Itali di Bukit Bintang, Kuala Lumpur baru-baru ini, tetapi menafikan mengambil minuman keras walaupun minuman itu ada dihidangkan seperti dalam gambar berkenaan. 

“Saya tidak sentuh (arak) dan muka saya ketika itu merah kerana suasana dalam itu (parti) panas dan sesak, menyebabkan muka saya jadi begitu. Dalam parti itu, saya duduk dengan orang yang saya kenal dan ada juga saya tidak kenal langsung. Jadi, saya tidak tahu siapa yang mengambil gambar itu atau siapakah empunya sebenar gambar itu.

“Bila saya tengok gambar itu pagi tadi (semalam), selepas dimaklumkan seorang rakan, saya agak terkejut. Tetapi, saya ingin menegaskan yang saya tidak ada kaitan dengan benda itu (arak) seperti dilihat dalam gambar," katanya ketika dihubungi ketika membuat pemeriksaan kesihatan di Majlis Sukan Negara (MSN), semalam.

Beliau mengulas mengenai gambarnya bersama Dahlia serta dua wanita lain, manakala foto kedua menunjukkan enam wanita termasuk Dahlia bergambar di tempat yang sama.

Mengulas lanjut, Apek berkata dia sentiasa menjadi perhatian umum, selain ramai yang mahu bergambar bersamanya.
“Ke mana saya pergi, sudah pasti akan bertemu peminat dan mereka mahu merakam gambar. Pada parti hari jadi berkenaan, saya tidak terkecuali menjadi perhatian dan ada yang mengambil gambar," katanya.

Bagaimanapun, Khairul Fahmi enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu kerana bimbang menjejaskan prestasi permainan dan persiapannya menjelang Sukan Sea 2011, di Indonesia, namun berjanji akan menjelaskannya lebih lanjut selepas kejohanan itu.

“Memang pada saat ini, saya mahu memberi tumpuan kepada Sukan Sea. Saya tidak mahu terlalu memikirkannya kerana sudah dekat (perlawanan). Selepas perlawanan selesai, saya akan memberikan penjelasan kepada media dan buat apa yang patut.

Kalau boleh memang saya tidak mahu beban fikiran dengan benda seperti ini (kontroversi)," katanya.

Sebelum ini, Apek memutuskan pertunangan dengan Aimie Harmelia Mohd Hashumi atau Elia, 22, tetapi menafikan ia berpunca daripada orang ketiga yang dikenali sebagai Dahlia

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Khairul Fahmi minum arak?

Betol-betol Gempak! QPR sedia uji Safee, Apek

Oleh Kaki Wayang on

 

Queens Park Rangers (QPR) bersedia memberi peluang kepada pemain negara, Safee Sali dan Khairul Fahmi Che Mat (Apek) untuk mengikuti latihan bersama kelab bola sepak Liga Perdana Inggeris itu. Pembelian QPR oleh syarikat Malaysia, Tune Sports Sdn. Bhd. bukan hanya bertujuan komersial tetapi juga untuk meningkatkan mutu sukan tanah air.

Malah, Ahli Lembaga Pengarah QPR, Datuk Kamarudin Meranun berkata, pemilikan kelab bola sepak Liga Perdana Inggeris (EPL) itu bukan hanya untuk mengetengahkan pemain kebangsaan sekarang tetapi juga memberi pendedahan kepada lebih ramai pemain muda pada masa akan datang.


Sila baca selanjutnyaBetol-betol Gempak! QPR sedia uji Safee, Apek

Betol-betol Keliru! Khairul Fahmi tak cakap apa pun kat Elia!

Oleh Kaki Wayang on

Wow..makin lama kemelut ini makin berterusan..tak tahu dah mana yang betul..harap-harap kedua-duanya akan menyelesaikan masalah ini dengan baik dan tak de pape yang berlaku..semoga sentiasa baik hendaknya..tak baik bulan puasa macam ni saling bermusuhan..jom kita lihat kisah mereka berdua ni..kisah percintaan Khairul Fahmi dan Elia aka JejariRuncing..

TINGGAL KENANGAN...Elia (kiri) hanya mengetahui kisah putus tunang menerusi kenyataan Khairul dalam Metro Ahad, semalam.  
Tinggal kenangan...

“Saya langsung tidak tahu dia mahu putuskan pertunangan kami. Saya hanya mengetahuinya melalui akhbar (Metro Ahad) hari ini (semalam),” kata Aimie Harmelia Mohd Hashumi, 22, tunang penjaga gol nombor satu negara, Khairul Fahmi Che Mat. Sehubungan itu, Aimie Harmelia atau lebih mesra dengan panggilan Elia menafikan dakwaan Khairul Fahmi keputusan memutuskan pertunangan diambil selepas berbincang dengannya.

“Dia tidak pernah cakap apa-apa mengenai keputusannya (putus tunang), tiba-tiba dia keluarkan kenyataan dalam akhbar membuatkan saya dan keluarga begitu terkejut,” katanya ketika dihubungi, semalam. Elia berkata, pergolakan dalam hubungan mereka sudah berlarutan sejak sebulan lalu dan lebih memburukkan keadaan apabila Khairul Fahmi enggan berjumpanya bagi menyelesaikan masalah mereka.

“Apabila diajak berbincang, pelbagai alasan diberikan malah saya pergi berjumpanya selepas perlawanan persahabatan skuad negara menentang Liverpool pertengahan bulan lalu untuk menyelesaikan masalah kami, namun ditolaknya,” katanya.

Mengenai kenyataan Khairul Fahmi pertunangan mereka berakhir bukan kerana orang ketiga, Elia menegaskan kenyataan itu hanya helah Khairul Fahmi untuk `menyelamatkan' dirinya sedangkan banyak bukti menunjukkan dia ada hubungan dengan wanita lain.

“Pada saya punca sebenar masalah kami memang disebabkan orang ketiga dan saya mempunyai bukti kukuh mengenainya. Mungkin disebabkan itu dia enggan bertemu saya,” dakwanya.

Elia mendakwa, kewujudan orang ketiga dalam perhubungannya dengan Khairul Fahmi sudah diketahuinya sejak awal Julai lalu melalui pelbagai petunjuk, malah selepas diselidikinya dia percaya Khairul Fahmi ada hubungan dengan wanita lain sebelum mereka bertunang lagi.

“Saya menelefonnya untuk mendapatkan kepastian dan memintanya berterus terang, namun dia enggan berbuat demikian. Dia cuma beritahu ada masalah dan akan bincang dengan keluarganya.

“Saya tidak henti-henti berdoa supaya Allah berikan petunjuk bagi menyelesaikan kemelut yang berlaku antara kami. Tak sangka, tak lama selepas itu ada seorang wanita datang berjumpa saya dan mengaku ada hubungan istimewa dengan Khairul Fahmi,” katanya.

Menjawab satu soalan, Elia mengaku ada mengeluarkan kenyataan dalam laman sosial facebook mengenai tindakan Khairul Fahmi menengking ibunya (Elia).

“Mungkin tindakan itu salah saya, tapi selepas itu saya mendiamkan diri dan tidak keluarkan sebarang kenyataan lagi sebab ingin memberi masa kepadanya memulihkan keadaan. Tidak sangka pula dia sudah buat keputusan dan menghebahkan di akhbar tanpa berbincang terlebih dulu dengan saya,” katanya.

Elia berkata, tindakan Khairul Fahmi memutuskan pertunangan memang dikesalinya kerana dia sudah menyiapkan sedikit sebanyak persiapan untuk perkahwinan mereka yang sepatutnya berlangsung pada hujung Oktober ini.

Sementara itu, ibu Elia yang enggan namanya disiarkan berkata, walaupun sedih dengan apa yang berlaku dia bersyukur kerana Allah memberikan petunjuk sebelum perkahwinan anaknya berlangsung. “Namun, mak cik minta dia (Khairul Fahmi) selesaikan semua ini dengan cara baik. Jika dulu dia meminang anak mak cik dengan cara baik, seeloknya mahu putus pun biarlah dengan cara baik, bukan cara sebegini,” katanya.

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Keliru! Khairul Fahmi tak cakap apa pun kat Elia!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...