PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label edisi ngeri. Show all posts
Showing posts with label edisi ngeri. Show all posts

Edisi Ngeri! Akibat Mencangkung Di atas Mangkuk Tandas Duduk!

Oleh Kaki Wayang on


Percaya ataupun tidak banyak dikalangan orang ketika menggunakan tandas , terpaksa naik dan mencangkung di atas tandas mangkuk untuk menghindari dari duduk di mangkuk tandas awam yang kadang kalanya untuk mengelak dari kekotoran.

Bagaimanapun tindakan ini akan mengakibatkan kita berada pada posisi yang sangat berbahaya.Mencangkung pada saat menggunakan tandas mangkuk duduk sangat dilarang, kerana bahannya terbuat dari seramik/ porselein, tidak mampu untuk menampung berat seluruh badan pada satu masa.
Sila baca selanjutnyaEdisi Ngeri! Akibat Mencangkung Di atas Mangkuk Tandas Duduk!

Edisi Ngeri! Pelakon BAI Jing pengganti kepada Michelle Yeoh Mati dibunuh!

Oleh Kaki Wayang on

BAI Jing dikatakan sebagai pengganti kepada Michelle Yeoh. 

Aktres China Bai Jing dibunuh suaminya ekoran satu pertengkaran yang berlaku Selasa lalu di kediaman mereka di daerah Chaoyang di bandar raya ini. Suaminya, Zhou Chenghai, 44, menikam Bai Jing sebelum membunuh diri, lapor media China.

Sila baca selanjutnyaEdisi Ngeri! Pelakon BAI Jing pengganti kepada Michelle Yeoh Mati dibunuh!

Edisi Ngeri! Anak hamil dikelar menantu!

Oleh Kaki Wayang on

Hasrat seorang bapa untuk menimang cucu sulung musnah apabila anaknya yang hamil sebulan ditemui mati dengan kesan dikelar pada lehernya di sebuah rumah di Batu 16, Jalan Kastari, Ulu Tiram, di sini, petang kelmarin.

Lebih menyayat hati, pembunuhan kejam Rohana Hamzah, 26, yang didakwa keluarga mangsa sebagai angkara suaminya berlaku pada tahun kelima perkahwinan pasangan berkenaan mendirikan rumah tangga. Bapa mangsa, Hamzah Mohamad, 51, berkata, dia rebah kerana hatinya hancur sejurus melihat jenazah Rohana tertiarap berlumuran darah di bilik tidur di rumah sewa pasangan berkenaan.
Sila baca selanjutnyaEdisi Ngeri! Anak hamil dikelar menantu!

Edisi Ngeri! Tragedi ngeri dua beranak!

Oleh Kaki Wayang on

 ANGGOTA bomba mengangkat mayat Che Arminudin dan Marissa Alma yang rentung dalam kemalangan di Kota Bharu kelmarin. 

Dua beranak yang bergegas keluar untuk menghantar saudara mereka menaiki pesawat tidak sempat menjamah makan malam apabila mereka ditemui rentung selepas terlibat dalam kemalangan ngeri di Jalan Kota Bharu-Pasir Puteh berhampiran Kampung Padang Kala dekat sini kelmarin.
 
Kejadian pukul 8.40 malam itu mengakibatkan Che Arminudin Abdullah, 42, dan anak sulungnya, Marissa Alma, 4, maut selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Toyota Rush yang mereka naiki hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan dan merempuh sebuah pacuan empat roda jenis Ford Ranger lalu terbakar.
Sila baca selanjutnyaEdisi Ngeri! Tragedi ngeri dua beranak!

Edisi Ngeri! Gambar Kemalangan Yang Korang Tak Kan Tengok!

Oleh Kaki Wayang on


Sila baca selanjutnyaEdisi Ngeri! Gambar Kemalangan Yang Korang Tak Kan Tengok!

Edisi Sentap! Kereta terbabas, terbang dan tersangkut atas bumbung

Oleh Kaki Wayang on


TERBABAS...kereta tersangkut atas bumbung garaj selepas hilang kawalan.
TERBABAS...kereta tersangkut atas bumbung garaj selepas hilang kawalan.

“Tiba-tiba rumah bergegar dan sebaik membuka pintu, saya terkejut apabila melihat sebuah Toyota Vios tersangkut di bumbung garaj,” kata penghuni sebuah rumah yang dihempap kereta terbabas di Jalan Simpang Tiga, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 12 tengah malam itu, penghuni rumah berusia 50-an yang enggan dikenali berkata, ketika kejadian, dia dan seorang rakan menonton televisyen di ruang tamu, sebelum terdengar dentuman kuat dari depan rumah.

“Saya terkejut apabila melihat kereta tersangkut pada bumbung rumah dan ia adalah kejadian kedua, kerana beberapa tahun lalu pagar rumah pernah dilanggar kereta terbabas,” katanya.

Difahamkan, kereta dipandu seorang lelaki dikenali sebagai Robert, 30, dari Jalan Rock dipercayai hilang kawalan akibat jalan licin ketika hujan menyebabkan ia merempuh besi penghadang jalan dan kedai peralatan pengantin sebelum ‘mendarat’ di bumbung garaj rumah berkenaan.

Namun pemandunya bernasib baik apabila hanya cedera ringan sebelum dibawa ke klinik dengan bantuan rakannya.

Dalam kejadian berasingan, seorang lelaki terselamat selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki hilang kawalan lalu terbabas di Jalan Mendu, beberapa minit kemudian pada malam sama. Kemalangan berlaku hanya 300 meter dari tempat kejadian pertama apabila pemandu, Lim Chin Kwong, 42, dari Jalan Arang gagal mengawal kenderaannya lalu berpusing sebelum merempuh pembahagi jalan serta tiang lampu.

Kejadian itu menyebabkan mangsa cedera ringan sebelum dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) dengan ambulans Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM). Satu lagi kemalangan berlaku membabitkan sebuah Proton Wira apabila pemandunya, Mohammad Ali Tambi, 44, hilang kawalan lalu merempuh penghadang sebelum berhenti di tengah-tengah jambatan, di Sejingkat.

Dalam kejadian itu, mangsa dikatakan bersama seorang rakan, Mustapha Hassan, 27, dalam perjalanan ke Kampung Geobilt bertemu rakannya, pada jam 1 pagi. Kemalangan dipercayai berpunca keadaan jalan licin menyebabkan kenderaan dinaiki berpusing beberapa kali.

Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Kereta terbabas, terbang dan tersangkut atas bumbung

Edisi Sentap! Lelaki kecewa zakar dipotong fail saman RM1.4j!

Oleh Kaki Wayang on

Seorang lelaki yang kecewa kemaluannya terpaksa dipotong selepas menghidap barah zakar memfailkan saman terhadap sebuah hospital kerajaan menuntut ganti rugi lebih £300,000 (RM1.4 juta) berhubung tuduhan doktor gagal mengenal pasti penyakit itu.

Boguslaw Faber, 50, cedera ketika bekerja apabila terjatuh ke atas tiang tajam. Namun selepas mendapatkan rawatan perubatan, dia mendakwa doktor di Hospital Diraja London terlepas bukti dia menghidap barah zakar. Dalam writ Mahkamah Tinggi, Faber mendakwa doktor tersilap membaca biopsi dan secara salah merumuskan dia menghidap penyakit kulit, bukannya penyakit yang jarang berlaku itu. Beliau mendakwa disebabkan kecuaian doktor, penyakit berkenaan dibiarkan merebak beberapa bulan.

Faber terpaksa menjalani pembedahan menyakitkan untuk membuang sebahagian zakarnya sebelum ia dibentuk semula. Beliau juga memerlukan dua lagi pembedahan selepas kakinya bengkak dan sudah pun menjalani pembedahan membuang sebahagian tiroid. Faber, yang berpindah ke Britain dari Poland pada tahun 1994, menuduh Firma Bart and London Hospital, yang mengendalikan institusi berkenaan, cuai.

Dia mendakwa, jika keadaannya didiagnos dengan sempurna pada peringkat awal, dia boleh dirawat dengan cara kurang menyakitkan. Faber juga berkata dia boleh mengelak zakarnya dipotong dan dibentuk semula. 

“Doktor gagal mengambil biopsi dengan segera, gagal mengesyaki saya menghidap barah dan gagal mengulangi pengambilan biopsi dengan cepat walaupun saya mengalami kesakitan teruk,” katanya.

Menurut fakta dalam samannya, Faber cedera ketika bekerja pada April 2008. Selepas mendapatkan bantuan perubatan, beliau dibenarkan keluar tetapi kembali ke hospital selepas kesakitan tidak surut selepas tiga bulan. Beliau diberi antibiotik berulang kali di klinik urologi hospital itu tetapi apabila ia tidak berkesan, dia diberi rawatan anti-kulat hampir setahun. Selepas pakar bedah membincangkan masalahnya, cadangan seorang doktor wanita supaya pembedahan dilakukan kerana zakarnya tidak sembuh seperti yang dijangka, ditolak oleh pakar bedah kanan. Mereka menegaskan masalahnya disebabkan jangkitan. Faber kemudian kembali ke Poland dan diberi amaran oleh dua doktor mengenai risiko barah dan meminta dia menjalani satu lagi biopsi.
Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Lelaki kecewa zakar dipotong fail saman RM1.4j!

Edisi Sentap! Duda gigit telinga polis dipenjara dua bulan!

Oleh Kaki Wayang on

MOHD. SHUKRI diiring keluar dari Mahkamah Majistret Kuala Terengganu selepas dia didenda RM2,000 semalam.
 

Tindakan seorang duda yang menggigit telinga kiri seorang anggota polis hingga hampir putus minggu lalu berbalas apabila dia didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini semalam. Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Mohd. Shukri Muda, 34, yang berjalan terhencut-hencut akibat terkena tembakan di kaki yang dilepaskan anggota polis berkenaan mengaku salah atas perbuatannya. 

Mohd. Shukri semasa mendengar keputusan itu hanya menundukkan kepala di dalam kandang mahkamah. Dia bagaimanapun gagal membayar denda itu dan terpaksa meringkuk dalam penjara selama dua bulan.Difahamkan Mohd. Shukri yang bekerja sebagai tukang rumah mempunyai tiga orang anak dan baru sahaja bercerai dengan isterinya enam bulan lalu.
Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Duda gigit telinga polis dipenjara dua bulan!

Edisi Ngeri! Isteri maut selepas kelar suami!

Oleh Kaki Wayang on


MAYAT Jian Min (gambar kecil) terbaring selepas dikatakan terjatuh dari tingkat lima sebuah pangsapuri di Lintang Paya Terubong, George Town semalam.

Pergaduhan sepasang suami isteri yang dikatakan berpunca akibat kehadiran orang ketiga berakhir selepas suri rumah terbabit ditemui maut setelah terjatuh dari tingkat lima sebuah pangsapuri di Lintang Paya Terubong, Air Itam di sini semalam.

Mangsa, Qie Jian Min, 37, yang merupakan seorang warganegara China dijumpai dalam keadaan terbaring tanpa kesan darah di tepi bangunan berkenaan kira-kira pukul 1.10 pagi.

Pada masa yang sama, hasil pemeriksaan polis di rumah mangsa pula mendapati suaminya yang ingin dikenali sebagai Ah Hin, 44, berada dalam keadaan tidak sedarkan diri di atas katil bilik tidurnya dengan kesan darah dipercayai dikelar isterinya menggunakan sebilah pisau.

Jian Min maut selepas dikatakan cuba melarikan diri melalui tingkap rumahnya sebelum tergelincir dan terjatuh dari bangunan setinggi 28.5 meter.

Sila baca selanjutnyaEdisi Ngeri! Isteri maut selepas kelar suami!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...