Edisi Ngeri! Isteri maut selepas kelar suami!

Oleh Kaki Wayang on


MAYAT Jian Min (gambar kecil) terbaring selepas dikatakan terjatuh dari tingkat lima sebuah pangsapuri di Lintang Paya Terubong, George Town semalam.

Pergaduhan sepasang suami isteri yang dikatakan berpunca akibat kehadiran orang ketiga berakhir selepas suri rumah terbabit ditemui maut setelah terjatuh dari tingkat lima sebuah pangsapuri di Lintang Paya Terubong, Air Itam di sini semalam.

Mangsa, Qie Jian Min, 37, yang merupakan seorang warganegara China dijumpai dalam keadaan terbaring tanpa kesan darah di tepi bangunan berkenaan kira-kira pukul 1.10 pagi.

Pada masa yang sama, hasil pemeriksaan polis di rumah mangsa pula mendapati suaminya yang ingin dikenali sebagai Ah Hin, 44, berada dalam keadaan tidak sedarkan diri di atas katil bilik tidurnya dengan kesan darah dipercayai dikelar isterinya menggunakan sebilah pisau.

Jian Min maut selepas dikatakan cuba melarikan diri melalui tingkap rumahnya sebelum tergelincir dan terjatuh dari bangunan setinggi 28.5 meter.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...