Tapi, dalam keghairahan kita bergambar, mengambil gambar dan menyebarkan gambar, kita terlupa mengenai hukum-hakam fotografi dalam Islam yang kita telah langgar samada secara sedar ataupun tidak sedar mahupun pura-pura tak sedar.

1. Apa hukum fotografi?
Hukum asal bagi gambar fotografi adalah diharuskan selagimana tidak terdapat unsur-unsur yang diharamkan dalam syariat Islam seperti untuk mengagungkannya. Pengagungan ini sama ada kerana agama atau dunia. Lebih-lebih lagi yang diagungkan itu adalah orang-orang kafir dan fasik dan artis-artis yang melampau.