PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label jenayah siber. Show all posts
Showing posts with label jenayah siber. Show all posts

Betol-betol Ngeri! Ditetak hingga bersepai otak!

Oleh Kaki Wayang on


 Seorang lelaki berumur lingkungan 30-an maut dalam keadaan mengerikan dengan otaknya bersepai, manakala kedua-dua belah tangan hampir putus selepas ditetak dalam satu kejadian, lewat malam kelmarin. Kejadian sekitar jam 11.50 malam itu dikatakan berlaku ketika mangsa, seorang lelaki berketurunan Cina sedang menonton televisyen di sebuah tokong dekat Kampung Besar, Berapit bersama dua rakannya sebelum mereka tiba- tiba didatangi empat lelaki bertopeng.
 
Rakan mangsa kemudiannya diarah beredar daripada tempat kejadian dan diminta untuk tidak masuk campur kerana ia adalah urusan antara mangsa dengan penyerang. Mangsa yang ketakutan bertindak lari menyelamatkan diri, namun, dikejar dan ditetak di bahagian kepala, tangan dan badan sebelum rebah di hadapan sebuah rumah yang terletak hanya 15 meter dari tokong berkenaan.
 
Berikutan itu, mangsa yang tinggal di Taman Serumpun, Berapit mati serta-merta di tempat kejadian akibat kecederaan parah yang dialami.  Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Azman Abd Lah ketika ditemui di lokasi memberitahu, berdasarkan siasa-tan awal, mangsa maut akibat kecederaan parah di beberapa bahagian badan akibat ditetak menggunakan senjata tajam.
 
Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan gerakan memburu keempat-empat suspek giat dijalankan. Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk bedah siasat.
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Ngeri! Ditetak hingga bersepai otak!

Betol-betol Sengal! Budak 10 tahun jadi toyol ajaib!

Oleh Kaki Wayang on

BUKTI...rakaman CCTV menunjukkan dua kanak-kanak yang menceroboh pejabat sekolah dan melarikan komputer riba. 

Pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah sekolah agama di Taman Dahlia, di sini, membongkar aksi sekumpulan lima penjenayah cilik termasuk kanak-kanak berusia 10 dan 12 tahun yang memecah masuk pejabat sekolah berkenaan sebelum melarikan dua komputer riba.

Dalam kejadian jam 2.37 pagi semalam, lima penjenayah terbabit berusia 10 hingga 18 tahun dengan dua daripada mereka yang paling muda berusia 10 dan 12 tahun menggunakan susuk tubuh kecil untuk menyelit masuk melalui pintu berjeriji selepas gagal memecahkan mangga.

Kedua-dua mereka menyelongkar laci pejabat untuk mencari barang berharga dan berada di situ selama sejam tanpa menyedari gelagat mereka dirakam CCTV.

Ahli jawatankuasa badan kebajikan sekolah berkenaan, Mohammad Nick Abdullah, 43, berkata dia menyedari kejadian itu selepas melihat kesan umpil pada satu daripada pintu jeriji ketika ke sekolah untuk memeriksa rakaman CCTV pada jam 7.30 pagi semalam.

Selepas memeriksa pejabat, Nick mendapati komputer riba hilang dan penelitian melalui rakaman CCTV menunjukkan penjenayah cilik menyelongkar laci dan memasukkan peralatan elektronik berkenaan ke dalam dua beg.

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Sengal! Budak 10 tahun jadi toyol ajaib!

Betol-betol Sengal! Seterika muka isteri!

Oleh Kaki Wayang on


Sukar digambarkan azab yang dilalui seorang suri rumah apabila mukanya ditekap dengan seterika panas, dipukul lebih 15 minit, lehernya dijerut dengan selendang sebelum digantung di kipas oleh suaminya. Kejadian berlaku jam 3 pagi kelmarin di rumah pasangan terbabit di Taman Miharja, Cheras di sini, apabila wanita berusia lewat 30 tahun itu mempersoalkan tindakan suami mahu menceraikannya. Bagaimanapun, mangsa bernasib baik apabila selendang yang digunakan untuk menjerut leher dan menggantungnya di kipas siling terputus, membolehkan dia menyelamatkan diri.

Menurut sumber, sebelum kejadian si suami memberitahu mahu menceraikannya dan menyebabkan mangsa bertanya mengapa mahu berbuat demikian.

“Bagaimanapun, tanpa diduga soalan itu menyebabkan suaminya berang lalu mengambil seterika panas dan menekap muka mangsa. Terkejut dengan tindakan suaminya, mangsa menangis dan meminta dikasihani.

“Namun rayuannya itu tidak diendahkan suspek yang dilaporkan menjadi lebih ganas dan memukul mangsa menggunakan tangan dan kakinya,” katanya.

Menurutnya, penderitaan mangsa tidak berakhir di situ apabila suspek yang bagaikan dirasuk syaitan mengambil selendang mangsa dan menjerut leher isterinya.

“Lebih kejam, suspek mengangkat mangsa dan menggantungnya di kipas siling di ruang tamu sebelum menghidupkan suis kipas dan menyaksikan isterinya terpakai-kapai meminta bantuan.

“Suspek meninggalkan ruang tamu buat sementara untuk ke bahagian lain di dalam rumah dan mujur ketika itu selendang yang menjerut leher mangsa terputus.

“Sebaik terselamat, mangsa berlari keluar dari rumahnya dan mendapatkan bantuan saudaranya yang tinggal berhampiran sebelum membuat laporan polis,” katanya.

Sumber berkata, mangsa dirujuk ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di sini, untuk rawatan berikutan mukanya yang melecur selain beberapa kecederaan lain di badan akibat dipukul.

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Sengal! Seterika muka isteri!

Betol-betol Sengal! Dah kahwin, tapi dapat anak dari lelaki lain!

Oleh Kaki Wayang on

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjdyoRRV1GGra365YTdCg83ZEekqJbzHJaAPEFluFcSkxqsTQK1tDSWTN7x8bBMoN5hhMA3bO3Ltd-kqRw5DObiInf7uuZNBlciQ3KYJlOsDGrNACI_OpuZQseIhx0mg80sxtvDNAq0NS8/s1600/curang.jpg

Curiga sang suami terhadap isterinya yang beria-ia mahu menggugurkan kandungan membongkar kecurangan wanita terbabit yang dikahwini sejak 12 tahun lalu. Semuanya bermula apabila si suami yang juga pakar psikologi dan hanya mahu dikenali sebagai Shan, 40, mengetahui isterinya hamil anak ketiga, tetapi hairan selepas wanita terbabit beria-ia mahu menggugurkan kandungan dengan alasan tidak mahu anak lagi.

Menurut Shan yang bertugas di sebuah syarikat swasta di bandar raya ini, isterinya yang hanya dikenali sebagai Rupa, 31, rupa-rupanya mengandungkan anak luar nikah hasil hubungan sulit dengan rakan sepejabat berusia 40-an.

“Semuanya bermula pada Ogos 2009 apabila isteri memaklumkan dia hamil dua bulan. Saya sangat gembira, tetapi sebaliknya dia bengang dengan perkara berkenaan.

“Saya mula hairan dan selepas membuat perkiraan, saya sudah beberapa minggu tidak bersamanya dan mustahil dia hamil dua bulan,” katanya, semalam.

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Sengal! Dah kahwin, tapi dapat anak dari lelaki lain!

Betol-betol Sengal! ‘Aku nak tengok penjahat’

Oleh Kaki Wayang on

REMUK...kereta yang dilarikan penjenayah terlanggar pokok menyebabkan seorang mati. Gambar kecil, Vijayaratnam dan isterinya, Vijayalakshmi. 

Seorang mangsa rompakan yang ditetak di kepala sempat melihat mayat penyerangnya yang maut akibat kemalangan selepas melakukan rompakan sebelum dia sendiri meninggal dunia beberapa jam kemudian.

“Berhenti...saya mahu tengok muka penjahat itu,” kata S Vijayaratnam, 47, yang kebetulan melalui lokasi kemalangan membabitkan dua penjenayah yang menetak dia dan isterinya, G Vijayalakshmi, 45, di rumah mereka di Jalan Tasek 24, Masai di sini, jam 7.30 malam kelmarin.

Rakan mangsa, G Jayaseelan, 38, berkata ketika itu, Vijayaratnam dalam perjalanan ke Hospital Pakar Regency, dekat sini, apabila terserempak kemalangan jalan raya kira-kira 700 meter dari rumahnya membabitkan dua penjenayah yang sebelum itu melarikan diri selepas menyamun dan menetak dia dan isterinya.

“Kami tidak memberhentikan kereta kerana ketika itu kedua-dua mereka cedera parah akibat ditetak dengan parang, namun melalui tingkap kereta, Vijayaratnam sempat menjenguk mayat seorang daripada penjenayah yang terbunuh.

“Mayat penjenayah itu terbaring di sisi Proton Perdana milik Vijayaratnam yang mereka curi,” katanya.
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Sengal! ‘Aku nak tengok penjahat’

Betol-betol Sengal! “Saya takkan ziarah dia di penjara”

Oleh Kaki Wayang on

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhkEaDTgtH6f8_5AEtgGfhfFVMBILrvoIdfSrcFbAdIck5mxSDERgFEuk8bF07K0KRBjRNU_w0UAtNY5V-bl8nqQYpLiQJ2yoaAJmgY3WU5ciYJOmBGEbKUFnngVrK4_LcNJaSAeDdd8kk/s1600/KELAR+K+BHARU.jpg
Sekadar gambar hiasan

“Saya takkan pergi tengok dia di penjara, saya takut nak jumpa dia, masih trauma dengan kejadian tempoh hari, buat masa ini biarlah saya tak jumpa dia,”kata Hasmah Kadmin, 46, ibu kepada Puteri Intan Shahwani, kanak-kanak yang nyaris dikelar leher oleh bapanya sendiri dalam satu kejadian di lebuhraya berdekatan Plaza Tol Bukit Besi, 22 Ogos lalu.

Hasmah yang kini bekerja sebagai pembantu kedai makan untuk menyara lima anaknya berkata, tragedi yang nyaris meragut nyawa salah seorang anak kembarnya itu membuatkan sambutan Aidilfitri kali ini agak hambar berbanding sebelumnya, apatah lagi mengenangkan tingkah laku anaknya Puteri yang dikatakan lebih banyak berdiam diri berbanding sebelumnya.

Hasmah berkata, buat masa ini dia terpaksa bersabar menghadapi dugaan itu dan bercadang untuk menjalani kehidupan seperti biasa, walaupun tanpa suami di sisi. Katanya, sejak kejadian itu, dia tidak lagi mempunyai perasaan cinta terhadap suaminya dan sudah merujuk kes terbabit di Mahkamah Syariah untuk proses percaraian.

Ketika ditanya apakah sebab yang dipercayai menjadi punca perbuatan suaminya yang naik berang sehingga sanggup menyembelih anaknya sendiri Hasmah berkata perbuatan itu mungkin disebabkan tindakan suaminya mengambil dadah.

“Memang dia hisap dadah, saya rasa itulah puncanya, kepada isteri yang senasib dengan saya, berhati-hatilah, ” katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.15 petang di satu lebuhraya berdekatan Bukit Besi, 22 ogos lalu, seorang kanak-kanak perempuan berusia 4 tahun nyaris menjadi korban setelah cuba disembelih bapanya sendiri dengan menggunakan sebilah parang. Bagaimanapun mangsa yang mengalami kecederaan pada baha-gian leher akibat dikelar oleh bapanya yang dikatakan naik minyak itu berjaya diselamatkan dengan ban-tuan pihak polis dan orang awam.
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Sengal! “Saya takkan ziarah dia di penjara”

Betol-betol Sengal! Remaja bunuh ibu kekasih, rakan!

Oleh Kaki Wayang on

RECEP bersama Shannon ketika remaja wanita itu bercuti ke Turki. 
RECEP bersama Shannon ketika remaja wanita itu bercuti ke Turki. 

Seorang pelayan remaja menikam dua wanita Britain hingga mati di Turki selepas seorang daripadanya enggan mengizinkan remaja itu mengahwini anak perempuannya yang berusia 15 tahun. Remaja lelaki itu, Recep Cetin yang berusia 17 tahun membawa dua wanita berkenaan ke kawasan hutan terpencil sebelum menikam mereka. Recep dikatakan berpacaran dengan Shannon Graham, anak kepada seorang daripada mangsa, Marion Graham sejak dua tahun lalu. Minggu lalu, Marion, 53, berbalah dengan Recep yang menggunakan nama samaran sebagai Alex kerana remaja itu didakwa menendang Shannon ketika pasangan berkenaan bertengkar.

Marion memberi amaran kepada Recep supaya tidak mengasari anak perempuannya. Bagaimanapun, pelayan terbabit mengancam untuk membunuh Marion sekiranya dia menjadi penghalang dalam perhubungannya dengan Shannon. Malam semalam, agensi berita kerajaan, Anatolia berkata, Recep mengaku membunuh Marion dan rakannya, Cathy Dinsmore, 53, yang kedua-duanya berasal dari Newry, County Down, Ireland utara. Shannon kini diletakkan di bawah penjagaan pegawai kedutaan Ireland.

“Dia benar-benar ketakutan dan kami melakukan yang terbaik untuk menenangkannya,” kata seorang pegawai konsulat di kedutaan itu.

Marion, Cathy dan Shannon adalah pengunjung tetap ke Turki, di mana keluarga Marion memiliki kediaman percutian di tepi pantai di Kusadasi. Shannon dan Recep mula berpacaran selepas gadis itu dan ibunya mengunjungi restoran tempat Recep bekerja. Sejak itu, dia selalu terbang ke Turki untuk bertemu pelayan terbabit setiap kali cuti persekolahannya. Khamis lalu, Recep menghantar Shannon menaiki bot di perairan Kusadasi sebelum menawarkan membawa Marion dan Cathy bersiar-siar ke Izmir.

Kedua-dua wanita itu dibawa menaiki kereta bapa Recep ke kawasan hutan terpencil di Buca, di mana mereka kemudian dibunuh remaja lelaki berkenaan. Sementara itu, bapa Shannon, Raymond McGuinness, berkata dia memang tidak bersetuju dengan perhubungan anaknya bersama remaja Turki berkenaan.

“Memang ada yang tidak kena dalam perhubungan mereka,” katanya.

Seorang teman Shannon juga berkata, Recep adalah seorang pemuda yang sangat cemburu dan dia begitu terdesak untuk mengahwini Shannon.
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Sengal! Remaja bunuh ibu kekasih, rakan!

Betol-betol Sengal! Suami berang seret isteri dalam keadaan bogel!

Oleh Kaki Wayang on

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjfsx-G06mbSKO_CeMM-wFzrfpLiPO__x3tjQKBRUS9FghDldqGBhbK2-HR_SzIRCIp69qstbYGVSSJ-IitSbL7wdrKrcuVw9kWnSNC_oKplQxU6fhotpeRzSU2N-Q_o32H9hi7ep447yw/s1600/pukul+isteri+di+tempat+awam_billyinfo1.jpg
Sekadar gambar hiasan

Akibat menolak ajakan berbuka puasa dengan suami, seorang wanita dibelasah suaminya selain diseret dalam keadaan bogel hingga cedera di badan dalam kejadian di Kampung Nakhoda Kanan, di sini, kelmarin. Difahamkan, sebelum ini, pasangan terbabit sering bertengkar dan mangsa yang juga suri rumah berusia 30 tahun menjadi tempat melepas geram suaminya itu.

Sumber polis berkata, pada hari kejadian, lelaki berusia 30 tahun itu mengajak isterinya berbuka puasa, tetapi mangsa menolak pelawaannya kerana mahu berbuka di rumah kakaknya menyebabkan suaminya naik angin.

Akibatnya, mangsa dibelasah sebelum diseret dari tingkat satu rumah mereka ke tingkat bawah dalam keadaan bogel.

“Mangsa menangis dan merayu suaminya tidak bertindak demikian, tetapi lelaki itu tidak mengendahkannya,” katanya di sini, semalam. 

P/s: Suaminya berpuasa..namun tak berjaya mengawal kemarahan di bulan yang penuh barakah ini..sepatutnya bulan puasalah tempat kita nak control kemarahan..tapi cam gini pulak jadinya..its sound stupid occay..sangat dayus..
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Sengal! Suami berang seret isteri dalam keadaan bogel!

Betol-betol Sengal! Minum air mayat!

Oleh Kaki Wayang on

MENGARUT...Mohd Ariff menunjukkan contoh kain kafan yang diminta individu tidak dikenalinya. 

Gara-gara terpengaruh dengan perkara tahyul, ada individu negeri ini dikesan mencuri dan mengambil bekas air mandian jenazah dan lebihan kain kafan kononnya untuk dijadikan ubat merawat pelbagai penyakit termasuk mengatasi masalah ketagihan dadah.

Perbuatan khurafat itu didedahkan Pengurus Pusat Urusan Jenazah Islam, di sini, Mohd Ariff Tengah, 35, yang memberitahu dia menerima lebih 50 permintaan daripada waris dan individu tidak dikenalinya untuk mendapatkan bekas air mandian itu sejak terbabit pengurusan jenazah 15 tahun lalu.

“Jumlah itu tidak termasuk yang datang secara sembunyi-sembunyi menadah air mandian jenazah di bawah rumah ketika proses mandi mayat.

“Kata mereka, air mayat itu boleh digunakan bagi mengubati pelbagai penyakit termasuk jangkitan HIV dan ketagihan dadah. Perbuatan ini mengundang bahaya kerana air jenazah itu kotor dan mungkin mengandungi pelbagai bakteria atau kuman.

“Jadi, sekiranya ia digunakan sebagai ubat kepada individu yang masih hidup, tentu ia boleh mendatangkan jangkitan penyakit,” katanya yang juga perunding pengurusan jenazah Yayasan Islam Terengganu.

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Sengal! Minum air mayat!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...