PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label jurulatih cabul pelajar. Show all posts
Showing posts with label jurulatih cabul pelajar. Show all posts

Edisi Jenayah! Penjenayah Seks Dipenjara - Serius Jenayah!

Oleh Kaki Wayang on

Seorang perogol bersiri yang dipercayai telah merogol dan mencabul 20 orang wanita di Kelantan dijatuhi hukuman penjara 16 tahun dan lapan sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam selepas mengaku bersalah atas tuduhan merogol seorang daripada mangsanya itu.

Hukuman yang dijatuhkan oleh Hakim Irwan Suainbon ke atas tertuduh, Amran Che Jaafar, 30, yang merupakan seorang penganggur adalah hukuman pertama buat tertuduh yang didakwa atas tuduhan merogol.
Sila baca selanjutnyaEdisi Jenayah! Penjenayah Seks Dipenjara - Serius Jenayah!

Edisi Sengal! Jurulatih Kaki Cabul, Cabul 10 Pelajar!

Oleh Kaki Wayang on

Seorang jurulatih yang diberi tanggungjawab melatih 300 ahli Pergerakan Pengakap sebuah sekolah menengah di sini, didakwa mencabul lebih 10 pelajar perempuan yang berada bawah pengawasannya dengan memegang dada, kemaluan dan punggung mangsa. Difahamkan, lelaki terbabit berusia 44 tahun dipertanggungjawab melatih pelajar berusia antara 13 dan 14 tahun di sekolah berkenaan sejak 2008 dan mula melakukan perbuatan kejinya penghujung tahun lalu.

Perbuatan itu terbongkar 8 Februari lalu selepas seorang mangsa dicabul mengadu kepada bapanya sebelum mereka membuat laporan di Balai Polis Sri Damansara, di sini. Menurut sumber, selepas membuat laporan mengenai kejadian itu, mangsa yang ditemani bapanya mengadu perkara berkenaan kepada pihak pengurusan sekolah.

“Hasil siasatan pengurusan sekolah, lebih 10 pelajar tampil mengaku mereka turut menjadi mangsa gangguan seksual jurulatih terbabit sepanjang dia mengendalikan badan beruniform berkenaan,” katanya.

Sumber itu berkata, suspek dikatakan secara terang-terangan mencabul mereka ketika sesi latihan dengan memegang dada pelajar perempuan dengan alasan kononnya untuk memeriksa barisan ketika berkawad.

“Malah, ada pelajar diumpan masuk ke bilik persatuan disediakan sekolah dengan alasan mengukur baju sebelum mereka dicabul,” katanya.

Difahamkan, semua pelajar perempuan yang menjadi mangsa turut dipaksa merahsiakan perkara berkenaan dan mangsa akur kerana takut sikap garang suspek. Sejurus pihak berkuasa menerima laporan berkenaan, jurulatih terbabit ditahan polis 9 Februari sebelum dibebaskan selepas percakapannya dirakam. Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Meor Hamdan Meor Mohamed ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan.

“Setakat kini, kami mendapati hanya empat ke lima pelajar sekolah berkenaan yang tampil membuat aduan kepada polis mereka menjadi mangsa gangguan seksual jurulatih terbabit,” katanya.

Menurutnya, suspek yang ditahan sudah dibebaskan dengan jaminan polis dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan (KK).

Sila baca selanjutnyaEdisi Sengal! Jurulatih Kaki Cabul, Cabul 10 Pelajar!