PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label penyanyi cabul kanak-kanak. Show all posts
Showing posts with label penyanyi cabul kanak-kanak. Show all posts

Edisi Jenayah! Penjenayah Seks Dipenjara - Serius Jenayah!

Oleh Kaki Wayang on

Seorang perogol bersiri yang dipercayai telah merogol dan mencabul 20 orang wanita di Kelantan dijatuhi hukuman penjara 16 tahun dan lapan sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam selepas mengaku bersalah atas tuduhan merogol seorang daripada mangsanya itu.

Hukuman yang dijatuhkan oleh Hakim Irwan Suainbon ke atas tertuduh, Amran Che Jaafar, 30, yang merupakan seorang penganggur adalah hukuman pertama buat tertuduh yang didakwa atas tuduhan merogol.
Sila baca selanjutnyaEdisi Jenayah! Penjenayah Seks Dipenjara - Serius Jenayah!

Edisi Sengal! Jurulatih Kaki Cabul, Cabul 10 Pelajar!

Oleh Kaki Wayang on

Seorang jurulatih yang diberi tanggungjawab melatih 300 ahli Pergerakan Pengakap sebuah sekolah menengah di sini, didakwa mencabul lebih 10 pelajar perempuan yang berada bawah pengawasannya dengan memegang dada, kemaluan dan punggung mangsa. Difahamkan, lelaki terbabit berusia 44 tahun dipertanggungjawab melatih pelajar berusia antara 13 dan 14 tahun di sekolah berkenaan sejak 2008 dan mula melakukan perbuatan kejinya penghujung tahun lalu.

Perbuatan itu terbongkar 8 Februari lalu selepas seorang mangsa dicabul mengadu kepada bapanya sebelum mereka membuat laporan di Balai Polis Sri Damansara, di sini. Menurut sumber, selepas membuat laporan mengenai kejadian itu, mangsa yang ditemani bapanya mengadu perkara berkenaan kepada pihak pengurusan sekolah.

“Hasil siasatan pengurusan sekolah, lebih 10 pelajar tampil mengaku mereka turut menjadi mangsa gangguan seksual jurulatih terbabit sepanjang dia mengendalikan badan beruniform berkenaan,” katanya.

Sumber itu berkata, suspek dikatakan secara terang-terangan mencabul mereka ketika sesi latihan dengan memegang dada pelajar perempuan dengan alasan kononnya untuk memeriksa barisan ketika berkawad.

“Malah, ada pelajar diumpan masuk ke bilik persatuan disediakan sekolah dengan alasan mengukur baju sebelum mereka dicabul,” katanya.

Difahamkan, semua pelajar perempuan yang menjadi mangsa turut dipaksa merahsiakan perkara berkenaan dan mangsa akur kerana takut sikap garang suspek. Sejurus pihak berkuasa menerima laporan berkenaan, jurulatih terbabit ditahan polis 9 Februari sebelum dibebaskan selepas percakapannya dirakam. Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Meor Hamdan Meor Mohamed ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan.

“Setakat kini, kami mendapati hanya empat ke lima pelajar sekolah berkenaan yang tampil membuat aduan kepada polis mereka menjadi mangsa gangguan seksual jurulatih terbabit,” katanya.

Menurutnya, suspek yang ditahan sudah dibebaskan dengan jaminan polis dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan (KK).

Sila baca selanjutnyaEdisi Sengal! Jurulatih Kaki Cabul, Cabul 10 Pelajar!

Edisi Lucah Tak Hengat! Cabul Adik Sendiri!

Oleh Kaki Wayang on



Jangan marah haaaa...
Sila baca selanjutnyaEdisi Lucah Tak Hengat! Cabul Adik Sendiri!

Betol-betol Sengal! Penyanyi cabul Kanak-kanak!

Oleh Kaki Wayang on


LAPOR...mangsa menunjukkan laporan polis yang dibuatnya. 

Seorang penyanyi popular tahun 80-an disoal siasat hampir dua jam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, di sini, malam tadi berikutan aduan dia mencabul seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun.Selain itu, dua wanita, seorang daripadanya ibu kanak-kanak terbabit turut membuat laporan polis mendakwa penyanyi lelaki berusia lewat 40-an itu melakukan perlakuan lucah terhadap mereka dalam kejadian pertengahan tahun ini.

Semua mangsa membuat laporan di IPD Kajang pada 30 November lalu dan penyanyi terbabit hadir untuk disoal siasat pada jam 8 malam sebelum keluar hampir dua jam kemudian. Seorang daripada wanita terbabit berusia 37 tahun yang enggan namanya disiarkan berkata dia membuat laporan polis berikutan kejadian itu selepas tidak tahan dengan perbuatan penyanyi terbabit yang disifatkannya mengaibkan dia, anak lelakinya dan rakannya berusia 31 tahun.


“Penyanyi itu menuduh kami pasangan lesbian dan menghebahkan kepada penggiat industri hiburan. Kami percaya dia buat begitu kerana ingin menutup perbuatan kejinya terhadap saya, rakan dan anak,” katanya sambil memaklumkan anaknya turut aktif berlakon iklan.


Wanita itu berkata, dia mula mengenali penyanyi terbabit sejak 2009 dan mendakwa perlakuan lucah oleh artis berkenaan ke atasnya terbabit bukan kali pertama berlaku sebaliknya ia kali kedua. Katanya, kejadian cabul ke atas anaknya berlaku di rumah penyanyi itu di Cheras, dekat sini, ketika dia, anak dan rakannya menumpang di rumah itu.


“Saya tidur di rumahnya dengan keizinan suami selepas mendapat tawaran berlakon, tapi terkejut apabila melihat dia (penyanyi terbabit) melakukan perbuatan lucah ke atas anak saya. “Berikutan itu berlaku pergaduhan antara kami dan dia mendakwa sekadar bergurau. Namun, saya tidak boleh menerima alasan itu lalu meninggalkan rumahnya,” katanya.


Rakan mangsa yang turut membuat aduan pula mendakwa selama ini mereka mendiamkan perkara itu kerana berasa terhutang budi dengan penyanyi terbabit yang banyak membantu mereka.


“Namun, kami membuat laporan selepas dia memburukkan nama kami kepada penggiat seni lain. Lagipun kami tidak mahu pekerjaan kami terjejas selepas penyanyi terbabit menabur fitnah,” katanya.


Selain penyanyi terbabit, tiga individu yang membuat aduan dan seorang saksi kejadian turut berada di IPD Kajang malam tadi kerana dipanggil bagi merakamkan percakapan mereka. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan. Penyanyi terbabit pula ketika ditemui selepas selesai memberi keterangan berkata, segala aduan yang dibuat ke atasnya tidak benar, sebaliknya ia bertujuan menjejaskan kerjaya serta perniagaannya.

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Sengal! Penyanyi cabul Kanak-kanak!