PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label Siapa Artis Hip Hop yang Rogol Anak Tiri. Show all posts
Showing posts with label Siapa Artis Hip Hop yang Rogol Anak Tiri. Show all posts

Edisi Jenayah! Penjenayah Seks Dipenjara - Serius Jenayah!

Oleh Kaki Wayang on

Seorang perogol bersiri yang dipercayai telah merogol dan mencabul 20 orang wanita di Kelantan dijatuhi hukuman penjara 16 tahun dan lapan sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam selepas mengaku bersalah atas tuduhan merogol seorang daripada mangsanya itu.

Hukuman yang dijatuhkan oleh Hakim Irwan Suainbon ke atas tertuduh, Amran Che Jaafar, 30, yang merupakan seorang penganggur adalah hukuman pertama buat tertuduh yang didakwa atas tuduhan merogol.
Sila baca selanjutnyaEdisi Jenayah! Penjenayah Seks Dipenjara - Serius Jenayah!

Edisi Sedih! Deskripsi Bagaimana Anak Tiri Artis Hip Hop Merogolnya dengan Kasar - Serius Sadis!

Oleh Kaki Wayang on


Hancur luluh hati bagi sesiapa sahaja yang menonton Melodi TV3 Ahad lalu mengenai seorang ibu dan juga seorang yang bergelar isteri datang ke Studio Melodi untuk menerangkan dan menjelaskan kedudukan sebenar akan kes Artis Hip Hop dan R&B (Suaminya) merogol anaknya.

Melihat kepada kedudukan seorang ibu, ibu mana yang tak sedih apabila mengetahui suaminya bertindak sedemikian rupa. Mengimbas kembali sedikit perbualannya dengan wartawan Melodi. 

Semalam Pemilik Blog The Plain Yard ada memberitahu bahawa TV3 ada mengulang siar rakaman mengenai perbualan dengan isteri Artis Hip Hop tersebut..apa yang dia (Yazid Yahya) boleh katakan..memang sedih bila tengok dan dengar pengakuan wanita berkenaan..

Dipendekkan cerita….

Sila baca selanjutnyaEdisi Sedih! Deskripsi Bagaimana Anak Tiri Artis Hip Hop Merogolnya dengan Kasar - Serius Sadis!

Edisi Terkini! Isu Artis Hip Hop Rogol Anak: Ibu Tidak Tahu Anaknya Dirogol Suami Sendiri - Pengakuan Ibu Mangsa!

Oleh Kaki Wayang on

Ketika ditanya sama ada dia percaya tuduhan terhadap suaminya oleh polis, dia dipetik sebagai berkata:

Ketika ditanya oleh polis, saya tidak percaya, kerana suami saya nampak sangat alim. Sehingga empat doktor memeriksa anak saya dan memberikan kaunseling, dan terdapat bukti, barulah saya percaya yang suami saya telah merogol anak saya.

Sila baca selanjutnyaEdisi Terkini! Isu Artis Hip Hop Rogol Anak: Ibu Tidak Tahu Anaknya Dirogol Suami Sendiri - Pengakuan Ibu Mangsa!

Edisi Terkini! Isu Artis Hip Hop Rogol Anak: Ibu Tidak Tahu Anaknya Dirogol Suami Sendiri - Penjelasan Eksklusif!

Oleh Kaki Wayang on


Pertama sekali kami tidak akan memberitahu siapa suspek yang dikatakan, kerana suspek itu tidak boleh dinamakan untuk melindungi kanak-kanak mangsa rogol yang mengadu.

Bulan lepas kita mendapat berita tentang seorang anggota kumpulan Hip Hop dan R&B yang dilaporkan kepada polis oleh anak tiri beliau yang berusia 14 tahun telah merogolnya sejak berusia tujuh tahun pada pukul 11 malam, Februari 2012. Suspek yang berusia 37 tahun yang dikatakan juga pernah berlakon dalam sebuah filem, telah ditangkap di rumahnya di Gombak Jaya, Kuala Lumpur pada pukul dua pagi hari berikutnya.

Sehubungan itu ramai pihak yang telah membuat spekulasi siapa suspek tersebut. Mangsa dikatakan membuat laporan kerana sudah tidak tahan dijadikan hamba seks oleh bapa tirinya, di samping bimbangkan keselamatan adik perempuannya yang lain.

Tengah hari semalam, ibu kepada mangsa rogol itu telah muncul dalam rancangan sensasi Melodi terbitan TV3, melalui segmen Panas, menerangkan keadaan bagi pihaknya.

Ibu mangsa yang tidak dapat mengawal kesedihan semasa diwawancara oleh Dalili Michelle, mendakwa dia tidak tahu yang anaknya itu dirogol walaupun dia sering bertanya kepada anaknya. Memetik kata beliau melalui rancangan Melodi, anaknya itu sebelum ini memberikan alasan disepak kawan atau terjatuh tangga apabila ditanya mengenai lebam-lebam di bahagian badannya dan anaknya itu juga sering mengenakan berlapis-lapis pakaian.

Oleh sebab itu dia amat terkejut apabila dihubungi polis, dan diberitahu yang anaknya itu telah melaporkan yang dia telah dirogol oleh bapa tirinya sejak berusia tujuh tahun, dengan kejadian terakhir berlaku pada 9 Februari.

Beliau berkata pada waktu dia dipanggil polis, dia sedang bekerja. Setelah sampai ke balai polis, dia melalui beberapa prosedur dan hasil pemeriksaan mendapati terdapat kesan rogol lama dan baru pada anaknya. Beliau bertanya kepada anaknya kenapa tidak beritahu semasa ditanya sebelum ini, anak itu menjawab yang dia tahu ibunya syak sesuatu, tetapi dia tidak memberitahu kerana tidak mahu ibunya kecewa, disebabkan suspek ialah suaminya.

Ketika ditanya sama ada dia percaya tuduhan terhadap suaminya oleh polis, dia dipetik sebagai berkata:

Ketika ditanya oleh polis, saya tidak percaya, kerana suami saya nampak sangat alim. Sehingga empat doktor memeriksa anak saya dan memberikan kaunseling, dan terdapat bukti, barulah saya percaya yang suami saya telah merogol anak saya.

Dia turut memberitahu yang anaknya telah menulis deskripsi bagaimana dia dirogol dengan kasar, dan apa yang menyedihkan ialah ibu mangsa berkata dia berasa kasihan pada anaknya kerana boleh membayangkan perlakuan tersebut—dia juga diperlakukan sama oleh suaminya.

Baca keseluruhan entri dengan membaca gosip ini sepenuhnya.

Turut menambah, kesan terhadap pendedahan tersebut, dia merasa malu ke mana pun dia pergi. Dia menceritakan telah pergi ke sekolah untuk memohon cuti buat anaknya, tetapi semua orang tahu tentang kes tersebut.

Tuhan saja yang tahu, hancur hati seorang ibu. Tak tahu hendak cakap bagaimana.

Tidak cukup dengan itu, ketika dia pulang dari balai polis untuk membantu kes anaknya, barang-barang milik dia dan anak-anak telah dibalut dalam plastik sampah dan diletakkan dalam  beg pakaian, sebelum dicampakkan di luar rumah oleh individu-individu yang tidak dinamakan, yang tidak mempercayai anak itu dirogol.

Menurutnya, dia memohon agar masa berpusing kembali supaya apa yang telah terjadi tidak berlaku.Dia turut berkata dia berbangga anaknya memberitahu tentang perkara ini sekarang.

Suspek itu kini bebas dengan ikat jamin, tetapi ibu mangsa mendakwa dia tidak dibenarkan menghampiri dia dan anak-anak atas arahan pihak polis.

Buat masa ini, dia sedang menunggu keputusan ujian sampel darah yang boleh mengesan perogol anaknya di samping menyara kehidupan anak-anaknya.

Dia memberitahu dia muncul di Melodi untuk meminta pengertian masyarakat yang mengkritiknya seolah-olah dia ibu yang tidak bertanggungjawab. Menurutnya suaminya tidak pernah memberi nafkah, jadi dia perlu keluar mencari rezeki untuk mencukupkan keperluan anak-anaknya.

Ibu mangsa turut menceritakan yang sebelum ini, semasa anaknya masih kecil,  anaknya sering diugut oleh suspek yang dia akan memukulnya sehingga wajahnya tidak dikenali oleh ibunya sendiri sekiranya memberitahu perlakuannya pada sesiapa. Apabila suspek sudah remaja, dia berkata pula  dia akan menyasarkan adik mangsa sekiranya mangsa enggan menuruti kehendaknya.

Akhir sekali, dia meminta sesuatu dari masyarakat:-

Tolonglah, apabila sudah tahu anak saya dirogol, terutamanya cikgu-cikgu yang memberikan senyuman sinis seolah-olah bertanya apa yang saya lakukan sebagai seorang ibu, tolonglah berhenti. Saya pun tidak tahu perkara ini hendak terjadi, tolonglah jangan berikan saya “pandangan itu”.
Kredit: BeautifulNara
Sila baca selanjutnyaEdisi Terkini! Isu Artis Hip Hop Rogol Anak: Ibu Tidak Tahu Anaknya Dirogol Suami Sendiri - Penjelasan Eksklusif!

Edisi Terkini! Artis Hip Hop Yang Didakwa Merogol Anak Tirinya Dengar Khabar Dibebaskan!

Oleh Kaki Wayang on

Artis Kumpulan R&B Rogol Perkosa Anak Tiri
Penyanyi kumpulan Hip Hop dan R&B yang sah bukan seperti ditulis sebelum ini telah dibebaskan atas jaminan pihak polis. Siapakah artis yang rogol anak tiri itu?
 
Buat masa ini identiti penyanyi kumpulan R&B ini masih perlu dirahsiakan kerana sisatan masih dijalankan pihak polis.

Menurut pihak polis, mereka kini sedang menunggu hasil laporan kimia, sampel DNA dan sampel darah sebelum meneruskan kes.

Sila baca selanjutnyaEdisi Terkini! Artis Hip Hop Yang Didakwa Merogol Anak Tirinya Dengar Khabar Dibebaskan!

Edisi Terkini! Siapa Artis Hip Hop yang Rogol Anak Tiri? - Edisi Susulan Kes Rogol!

Oleh Kaki Wayang on

"Seorang penyanyi sebuah kumpulan berkonsep hip hop popular tanah air ditahan polis selepas didakwa merogol anak tirinya berusia 14 tahun di rumahnya di Gombak Jaya, dekat sini, semalam.

Penyanyi berusia 37 tahun yang juga pernah berlakon filem itu ditahan selepas anak tirinya membuat laporan di Balai Polis Gombak, di sini, jam 11 malam, kelmarin.

Sila baca selanjutnyaEdisi Terkini! Siapa Artis Hip Hop yang Rogol Anak Tiri? - Edisi Susulan Kes Rogol!