Edisi Sedih! Deskripsi Bagaimana Anak Tiri Artis Hip Hop Merogolnya dengan Kasar - Serius Sadis!

Oleh Kaki Wayang on


Hancur luluh hati bagi sesiapa sahaja yang menonton Melodi TV3 Ahad lalu mengenai seorang ibu dan juga seorang yang bergelar isteri datang ke Studio Melodi untuk menerangkan dan menjelaskan kedudukan sebenar akan kes Artis Hip Hop dan R&B (Suaminya) merogol anaknya.

Melihat kepada kedudukan seorang ibu, ibu mana yang tak sedih apabila mengetahui suaminya bertindak sedemikian rupa. Mengimbas kembali sedikit perbualannya dengan wartawan Melodi. 

Semalam Pemilik Blog The Plain Yard ada memberitahu bahawa TV3 ada mengulang siar rakaman mengenai perbualan dengan isteri Artis Hip Hop tersebut..apa yang dia (Yazid Yahya) boleh katakan..memang sedih bila tengok dan dengar pengakuan wanita berkenaan..

Dipendekkan cerita….


Dia amat terkejut apabila dihubungi polis, dan diberitahu yang anaknya itu telah melaporkan yang dia telah dirogol oleh bapa tirinya sejak berusia tujuh tahun, dengan kejadian terakhir berlaku pada 9 Februari.

Beliau berkata pada waktu dia dipanggil polis, dia sedang bekerja. Setelah sampai ke balai polis, dia melalui beberapa prosedur dan hasil pemeriksaan mendapati terdapat kesan rogol lama dan baru pada anaknya. Beliau bertanya kepada anaknya kenapa tidak beritahu semasa ditanya sebelum ini, anak itu menjawab yang dia tahu ibunya syak sesuatu, tetapi dia tidak memberitahu kerana tidak mahu ibunya kecewa, disebabkan suspek ialah suaminya.

Ketika ditanya sama ada dia percaya tuduhan terhadap suaminya oleh polis, dia dipetik sebagai berkata:

Ketika ditanya oleh polis, saya tidak percaya, kerana suami saya nampak sangat alim. Sehingga empat doktor memeriksa anak saya dan memberikan kaunseling, dan terdapat bukti, barulah saya percaya yang suami saya telah merogol anak saya.

Dia turut memberitahu yang anaknya telah menulis deskripsi bagaimana dia dirogol dengan kasar, dan apa yang menyedihkan ialah ibu mangsa berkata dia berasa kasihan pada anaknya kerana boleh membayangkan perlakuan tersebut - dia juga diperlakukan sama oleh suaminya.

Turut menambah, kesan terhadap pendedahan tersebut, dia merasa malu ke mana pun dia pergi. Dia menceritakan telah pergi ke sekolah untuk memohon cuti buat anaknya, tetapi semua orang tahu tentang kes tersebut.

Tuhan saja yang tahu, hancur hati seorang ibu. Tak tahu hendak cakap bagaimana.
P/s Bagaimana manusia bertopengkan syatan ini boleh dilepaskan dengan jaminan polis? Adakah kerana dia artis dan sebab itulah artis tersebut terlepas? Kenapa setiap kali kejadian rogol yang melibatkan pelakunya orang-orang biasa (bukan artis) ditangkap dan kemudiannya dijatuhkan hukuman 20 tahun penjara? Tapi Artis Hip Hop ini dilepaskan dengan jaminan polis? Ape ke bengapnya undang-undang macam ni..kenapa tidak didedahkan saja nama Artis tersebut? Biar menjadi pengajaran kepada semua artis dan sesiapa jua..

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment