Pertama sekali kami tidak akan memberitahu siapa suspek yang
dikatakan, kerana suspek itu tidak boleh dinamakan untuk melindungi
kanak-kanak mangsa rogol yang mengadu.
Bulan lepas kita mendapat berita tentang seorang anggota kumpulan Hip
Hop dan R&B yang dilaporkan kepada polis oleh anak tiri beliau yang
berusia 14 tahun telah merogolnya sejak berusia tujuh tahun pada pukul
11 malam, Februari 2012. Suspek yang berusia 37 tahun yang dikatakan
juga pernah berlakon dalam sebuah filem, telah ditangkap di rumahnya di
Gombak Jaya, Kuala Lumpur pada pukul dua pagi hari berikutnya.
Sehubungan itu ramai pihak yang telah membuat spekulasi siapa suspek
tersebut. Mangsa dikatakan membuat laporan kerana sudah tidak tahan
dijadikan hamba seks oleh bapa tirinya, di samping bimbangkan
keselamatan adik perempuannya yang lain.
Tengah hari semalam, ibu kepada mangsa rogol itu telah muncul dalam rancangan sensasi Melodi terbitan TV3, melalui segmen Panas, menerangkan keadaan bagi pihaknya.
Ibu mangsa yang tidak dapat mengawal kesedihan semasa diwawancara
oleh Dalili Michelle, mendakwa dia tidak tahu yang anaknya itu dirogol
walaupun dia sering bertanya kepada anaknya. Memetik kata beliau melalui
rancangan Melodi, anaknya itu sebelum ini memberikan alasan disepak
kawan atau terjatuh tangga apabila ditanya mengenai lebam-lebam di
bahagian badannya dan anaknya itu juga sering mengenakan berlapis-lapis
pakaian.
Oleh sebab itu dia amat terkejut apabila dihubungi polis, dan
diberitahu yang anaknya itu telah melaporkan yang dia telah dirogol oleh
bapa tirinya sejak berusia tujuh tahun, dengan kejadian terakhir
berlaku pada 9 Februari.
Beliau berkata pada waktu dia dipanggil
polis, dia sedang bekerja.
Setelah sampai ke balai polis, dia melalui beberapa prosedur dan hasil
pemeriksaan mendapati terdapat kesan rogol lama dan baru pada anaknya.
Beliau bertanya kepada anaknya kenapa tidak beritahu semasa ditanya
sebelum ini, anak itu menjawab yang dia tahu ibunya syak sesuatu, tetapi
dia tidak memberitahu kerana tidak mahu ibunya kecewa, disebabkan
suspek ialah suaminya.
Ketika ditanya sama ada dia percaya tuduhan terhadap suaminya oleh polis, dia dipetik sebagai berkata:
Ketika ditanya oleh polis, saya tidak percaya, kerana suami saya nampak
sangat alim. Sehingga empat doktor memeriksa anak saya dan memberikan
kaunseling, dan terdapat bukti, barulah saya percaya yang suami saya
telah merogol anak saya.
Dia turut memberitahu yang anaknya telah menulis deskripsi bagaimana
dia dirogol dengan kasar, dan apa yang menyedihkan ialah ibu mangsa
berkata dia berasa kasihan pada anaknya kerana boleh membayangkan
perlakuan tersebut—dia juga diperlakukan sama oleh suaminya.
Baca keseluruhan entri dengan membaca gosip ini sepenuhnya.
Turut menambah, kesan terhadap
pendedahan tersebut, dia merasa malu ke mana pun dia pergi. Dia
menceritakan telah pergi ke sekolah untuk memohon cuti buat anaknya,
tetapi semua orang tahu tentang kes tersebut.
Tuhan saja yang tahu, hancur hati seorang ibu. Tak tahu hendak cakap bagaimana.
Tidak cukup dengan itu, ketika dia pulang dari balai polis untuk
membantu kes anaknya, barang-barang milik dia dan anak-anak telah
dibalut dalam plastik sampah dan diletakkan dalam beg pakaian, sebelum
dicampakkan di luar rumah oleh individu-individu yang tidak dinamakan,
yang tidak mempercayai anak itu dirogol.
Menurutnya, dia memohon agar masa berpusing kembali supaya apa yang
telah terjadi tidak berlaku.Dia turut berkata dia berbangga anaknya
memberitahu tentang perkara ini sekarang.
Suspek itu kini bebas dengan ikat jamin, tetapi ibu mangsa mendakwa
dia tidak dibenarkan menghampiri dia dan anak-anak atas arahan pihak
polis.
Buat masa ini, dia sedang menunggu keputusan ujian sampel darah yang
boleh mengesan perogol anaknya di samping menyara kehidupan
anak-anaknya.
Dia memberitahu dia muncul di Melodi untuk meminta pengertian
masyarakat yang mengkritiknya seolah-olah dia ibu yang tidak
bertanggungjawab. Menurutnya suaminya tidak pernah memberi nafkah, jadi
dia perlu keluar mencari rezeki untuk mencukupkan keperluan
anak-anaknya.
Ibu mangsa turut menceritakan yang sebelum ini, semasa anaknya masih
kecil, anaknya sering diugut oleh suspek yang dia akan memukulnya
sehingga wajahnya tidak dikenali oleh ibunya sendiri sekiranya
memberitahu perlakuannya pada sesiapa. Apabila suspek sudah remaja, dia
berkata pula dia akan menyasarkan adik mangsa sekiranya mangsa enggan
menuruti kehendaknya.
Akhir sekali, dia meminta sesuatu dari masyarakat:-
Tolonglah, apabila sudah tahu anak saya dirogol, terutamanya cikgu-cikgu
yang memberikan senyuman sinis seolah-olah bertanya apa yang saya
lakukan sebagai seorang ibu, tolonglah berhenti. Saya pun tidak tahu
perkara ini hendak terjadi, tolonglah jangan berikan saya “pandangan
itu”.
1. Wan Shades: Itu Bukan Saya
2. Siapa Artis Hip Hop yang Rogol Anak Tiri?
3. Siapa Artis Hip Hop yang Rogol Anak Tiri? - Edisi Susulan Kes Rogol!
4. Penyanyi Hip Hop dan Pelakon Filem Malaysia ditangkap kerana rogol anak!
5. Artis Hip Hop Yang Didakwa Merogol Anak Tirinya Dengar Khabar Dibebaskan!
6. Isu Artis Hip Hop Rogol Anak: Ibu Tidak Tahu Anaknya Dirogol Suami Sendiri - Penjelasan Eksklusif! (TERKINI)
Kredit: BeautifulNara