PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label kes pelik. Show all posts
Showing posts with label kes pelik. Show all posts

Edisi Pelik! Lelaki Ini Boleh Mengigit Hidungnya Sendiri, Kau Mampoo?

Oleh Kaki Wayang on





Sila baca selanjutnyaEdisi Pelik! Lelaki Ini Boleh Mengigit Hidungnya Sendiri, Kau Mampoo?

Edisi Pelik! Wang Youping miliki Lidah Terbesar di dunia!

Oleh Kaki Wayang on



Wang Youping tidak mampu menutup mulutnya selama 21 tahun terakhir kerana ukuran lidahnya yang sangat besar. Hal ini menimbulkan kesulitan bagi lelaki China tersebut.

Otot wajahnya juga ikut membesar kerana ukuran lidahnya ini. Bahkan keadaan ini menyebabkan Youping merelakan gigi-giginya, kerana disebabkan deformitas wajah yang parah. Semenjak lahir bibir Youping memang telah mengalami pembengkakkan dan berwarna kehitaman serta telinga kirinya juga tampak menonjol.




Lidah dan wajah Youping semakin terlihat aneh pada usianya enam tahun. Lalu di usia 13 tahun Youping merasa lidahnya semakin bertambah besar sehingga membuat dia tidak boleh menutup mulutnya.

Selain tidak boleh menutup mulutnya, lidah Youping yang memiliki panjang 25 cm, lebar 10 cm dan ketebalan 7 cm juga membuatnya kesulitan untuk berbicara dengan jelas dan makan dengan normal. Demikian diberitakan Mirror.

 
Kondisi fisik Youping yang memprihatinkan itu juga beresiko membuat pembuluh darahnya pecah hingga boleh menyebabkan pendarahan fatal.

Selama bertahun-tahun Youping telah mengunjungi berbagai rumah sakit terkenal baik di dalam maupun di luar negeri. Namun pihak rumah sakit selalu mengatakan kondisinya terlalu kompleks untuk diubati.

Baru pada tahun lalu, sebuah rumah sakit militer bersedia untuk melakukan pembedahan  terhadap Youping. Pihak rumah sakit mengatakan, perlu  waktu tiga tahun dan lima kali operasi yang berbeda dalam kes Youping.
Sila baca selanjutnyaEdisi Pelik! Wang Youping miliki Lidah Terbesar di dunia!

Edisi Sentap! Pampasan RM23j kepada lelaki zakar pendek!

Oleh Kaki Wayang on

Seorang bekas kelasi diberi ganti rugi sebanyak AS$7.5 juta (RM23.25 juta) dalam satu kes kemalangan kereta di California yang menyebabkan kemaluannya menjadi pendek kira-kira 1.27 sentimeter.

Matthew Wall yang baru berkahwin mengalami kecederaan dan kerosakan saraf pada kemaluannya berikutan kemalangan pada 2007 itu.

Lelaki berusia 27 tahun itu menjalani pembedahan membetulkan zakarnya dan ia menyebabkan ia semakin pendek sebanyak 1.27 sentimeter berbanding sebelum kejadian. Juri di mahkamah El Cajoun, memberikan ganti rugi kepadanya sebagai pampasan untuk kesakitan, penderitaan, kos perubatan serta kehilangan punca pendapatan yang dialaminya.

Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Pampasan RM23j kepada lelaki zakar pendek!

Edisi Pelik! Janda Serumah Dengan Kuda!

Oleh Kaki Wayang on

LADY GREY TOO yang berusia tiga tahun, diberi minuman oleh Stephanie di ruang tamu rumah wanita itu di Back, Scotland.

LADY GREY TOO yang berusia tiga tahun, diberi minuman oleh Stephanie di ruang tamu rumah wanita itu di Back, Scotland.
Seorang wanita bertegas enggan berpindah atau mengubah cara hidupnya walaupun tindakannya hidup bersama seekor kuda kecil dibantah jiran. Di sebuah rumah separa berkembar sederhana di kawasan terpencil di Back, Pulau Lewis, Scotland, Stephanie Noble memilih untuk menjaga kuda itu sebagai teman hidupnya.
Janda penggemar haiwan itu berkata, kuda berkenaan - dinamakannya Grey Lady Too terpaksa menginap di ruang tamu rumah selepas jiran mengadu haiwan berkenaan memakan tanamannya. Stephanie, 60-an, menyediakan ‘tilam’ diperbuat daripada jerami untuk Grey Lady Too, selain menggunakan kerusinya menjadi tempat meletak makanan untuk haiwan berkenaan.

Stephanie juga menyediakan 60 kilogram pasir dan empat guni tahan lasak untuk membolehkan kuda berkenaan membuang najis. Disebabkan cara hidupnya yang luar biasa itu, Stephanie berdepan dengan pelbagai rungutan daripada penduduk berhampiran.

Dia juga beberapa kali menerima lawatan pihak berkuasa tempatan serta pertubuhan kebajikan haiwan Scotland. Bagaimanapun, pihak berkuasa tempatan berkata, mereka tidak boleh bertindak kerana Grey Lady Too tinggal di rumah Stephanie.

Stephanie pula berkata, dia berhak melakukan apa saja di rumahnya.

“Ini harta saya. Jika saya mahu menyimpan gajah di sini pun, tiada siapa boleh melarang,” katanya.

Menurut Stephanie, dia tidak melihat perbuatannya memudaratkan kudanya.

“Sebenarnya, tidak normal untuk seseorang memelihara burung dalam sangkar, kerana burung sepatutnya terbang bebas.

“Mengapa tiada sesiapa merungut mengenai itu?” katanya.

Sila baca selanjutnyaEdisi Pelik! Janda Serumah Dengan Kuda!

Betol-betol Hangat! Ditikam lapan kali, namun masih hidup!

Oleh Kaki Wayang on

 

Meskipun ditikam sebanyak lapan kali dan dicampak ke dalam hutan di Jalan Bukit Putus di sini, nyawa seorang lelaki berusia 29 tahun ini masih panjang. Dia yang dipercayai ditikam oleh dua lelaki dengan pisau kelmarin, hanya pengsan dan tersedar hari ini sebelum meminta bantuan orang ramai dalam keadaan berlumuran darah.

Lelaki yang dikenali sebagai Arman Shah itu ditemui di tepi jalan Jalan Seremban-Kuala Pilah kira-kira pukul 10 pagi ini. Orang ramai yang menemui mangsa kemudian segera membawanya ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di Seremban. Kakitangan di wad kecemasan terkejut apabila mendapati lelaki itu masih hidup walaupun terdapat beberapa kesan tikaman di badannya.

Menurut sumber, lebih menghairankan lagi apabila mangsa sempat menceritakan bahawa dia tidak sedarkan diri selepas diserang dua lelaki yang dikenalinya dengan pisau pada petang Jumaat lalu di Bahau.

"Dia mendakwa ditikam empat kali di bahagian hadapan badan dan empat tikaman di belakang badan kemudian dibuang ke dalam hutan di Jalan Bukit Putus," katanya ketika dihubungi hari ini. 

Sumber itu memberitahu, kemungkinan lelaki yang menyerang mangsa berpendapat dia sudah meninggal dunia sebelum membuang 'mayatnya' di dalam hutan untuk menghapuskan bukti.

"Mangsa sedar dari pengsan tidak berapa lama selepas dicampak dan dia dikatakan berjalan kaki selama satu hari setengah untuk keluar dari hutan itu sebelum ditemui orang ramai. "Lelaki itu masih bernyawa walaupun sudah tiga hari ditikam mungkin kerana tikaman itu tidak mengenai organ pentingnya," ujarnya.

Mangsa telah menjalani pembedahan selama beberapa jam untuk menjahit luka pada badannya dan kini ditempatkan di wad rawatan rapi untuk pemantauan lanjut.

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Ditikam lapan kali, namun masih hidup!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...