Edisi Pelik! Janda Serumah Dengan Kuda!

Oleh Kaki Wayang on

LADY GREY TOO yang berusia tiga tahun, diberi minuman oleh Stephanie di ruang tamu rumah wanita itu di Back, Scotland.

LADY GREY TOO yang berusia tiga tahun, diberi minuman oleh Stephanie di ruang tamu rumah wanita itu di Back, Scotland.
Seorang wanita bertegas enggan berpindah atau mengubah cara hidupnya walaupun tindakannya hidup bersama seekor kuda kecil dibantah jiran. Di sebuah rumah separa berkembar sederhana di kawasan terpencil di Back, Pulau Lewis, Scotland, Stephanie Noble memilih untuk menjaga kuda itu sebagai teman hidupnya.
Janda penggemar haiwan itu berkata, kuda berkenaan - dinamakannya Grey Lady Too terpaksa menginap di ruang tamu rumah selepas jiran mengadu haiwan berkenaan memakan tanamannya. Stephanie, 60-an, menyediakan ‘tilam’ diperbuat daripada jerami untuk Grey Lady Too, selain menggunakan kerusinya menjadi tempat meletak makanan untuk haiwan berkenaan.

Stephanie juga menyediakan 60 kilogram pasir dan empat guni tahan lasak untuk membolehkan kuda berkenaan membuang najis. Disebabkan cara hidupnya yang luar biasa itu, Stephanie berdepan dengan pelbagai rungutan daripada penduduk berhampiran.

Dia juga beberapa kali menerima lawatan pihak berkuasa tempatan serta pertubuhan kebajikan haiwan Scotland. Bagaimanapun, pihak berkuasa tempatan berkata, mereka tidak boleh bertindak kerana Grey Lady Too tinggal di rumah Stephanie.

Stephanie pula berkata, dia berhak melakukan apa saja di rumahnya.

“Ini harta saya. Jika saya mahu menyimpan gajah di sini pun, tiada siapa boleh melarang,” katanya.

Menurut Stephanie, dia tidak melihat perbuatannya memudaratkan kudanya.

“Sebenarnya, tidak normal untuk seseorang memelihara burung dalam sangkar, kerana burung sepatutnya terbang bebas.

“Mengapa tiada sesiapa merungut mengenai itu?” katanya.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...