PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!
Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.
Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!
Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.
Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!
"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.
Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!
Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.
Home » All posts
Betol-betol Hangat! Aku nak Jacket ni dan nak Kasut ni!!!
Oleh Kaki Wayang on
Setelah berjalan ke sana sini..singgah dari 1 blog ke 1 blog..akhirnya aku jumpe kat satu blog..bukan nak tiru tapi nak kongsi ngn korang..aku tertarik sangat ngan Jacket dan Kasut dierrr...tapi kan mahal vagaihhhh..Kasut tu harganya dalam £385 so sila lah korang mendarab nya dengan RM6/ 7..mesti best kan harganya..Jacket tu pula aku rasa dalam £289 gaytohhhhh..xmampu noxxx..
Kalau nak beli..g kat link ni yerrrr...Miller Lace Up Oxfords
Jacket ni aku takde link dier sbb link dia dah koma sepanjang tahun..ngeee
p/s: Ukur baju dibadan sendiri..kalau tak mampu jangan dibeli..gunakan kad kredit anda dengan bijak yer!!!
Labels:
Bonia,
Gucci,
Louis Vuitton,
Miller Lace Up Oxfords,
Mr Porter,
Mr. Hare,
Prada
Betol-betol Hangat! Pirates of the Caribbean: On Stranger Tides kutip RM271.4 juta minggu pertama
Oleh Kaki Wayang on

Filem terbaru, "Pirates of the Caribbean: On Stranger Tides" mencatat kutipan AS$90.1 juta (RM271.4 juta) dalam carta box office pada minggu pertama tayangan di Amerika Utara.
Siri keempat yang dikeluarkan Walt Disney Co., juga yang pertama dalam 3-D, mengaut kutipan tambahan sebanyak AS$256.3 juta (RM772.1 juta) jualan tiket di luar negara untuk mencatat rekod tertinggi pembukaan tayangan filem antarabangsa sepanjang masa, kata Disney.
Jumlah terbaru kutipan secara kasar dianggarkan bernilai kira-kira AS$346.4 juta (RM1 bilion) di seluruh dunia pada beberapa hari pertama ditayangkan.
Jumlah terbaru kutipan secara kasar dianggarkan bernilai kira-kira AS$346.4 juta (RM1 bilion) di seluruh dunia pada beberapa hari pertama ditayangkan.
Betol-betol Hangat! Arnold Schwarzenneger ada 2 lagi anak luar nikah
Oleh Kaki Wayang on
Aktres veteran, Jane Seymour, mendakwa Arnold Schwarzenegger memiliki sekurang-kurangnya dua lagi anak luar nikah yang dirahsiakan daripada pelbagai pihak. Menurut Jane, dia langsung tidak terkejut dengan pendedahan mengenai kelakuan bekas Gabenor California itu mengadakan hubungan sulit dengan pekerja wanita di rumahnya 14 tahun lalu.
Jane yang tinggal di kawasan sama dengan Schwarzenegger di Malibu juga tidak terkejut apabila aktor terbabit akhirnya berpisah dengan isterinya, Maria Shriver. “Nampaknya Schwarzenegger bertindak terburu-buru sebelum berita kecurangannya diketahui dunia.
“Berdasarkan maklumat yang saya ada, lebih banyak berita akan muncul selepas ini,” katanya kepada stesen televisyen CNN, semalam.
Pelakon siri Dr Quinn, Medicine Woman itu berkata, dia bertemu seseorang yang sangat mengenali hero filem Predator itu. “Saya diberitahu dia memiliki dua anak lain,” katanya.
Kenyataan Jane, 60, itu disiarkan ketika media melaporkan, bukan saja Maria tidak mengetahui Schwarzenegger menghamilkan pembantu rumah mereka, malah anak lelaki yang lahir daripada hubungan sulit itu, Joseph, tidak diberi tahu siapa bapanya. Akhbar New York Post melaporkan, amah Schwarzenegger, Mildred Baena, 50, tidak pernah mendedahkan identiti bapa Joseph kepada sesiapa, termasuk keluarganya.
Saluran NBC pula melaporkan, sekurang-kurangnya seorang lagi wanita tampil menghubungi peguam Schwarzenegger bagi menuntut ujian DNA dijalankan. Laporan itu mendakwa, wanita terbabit mendakwa, hubungannya dengan Schwarzenegger menyebabkan dia melahirkan seorang anak lelaki lapan tahun lalu. Sementara itu, Schwarzenegger dilaporkan bukan saja berdepan dengan aib hasil hubungan sulitnya, malah sebahagian kekayaannya turut terpaksa dikorbankan.
Berdasarkan anggaran, perceraian Schwarzenegger mungkin menelan kos RM1.2 bilion
Betol-betol Hangat! Chelsea pecat Ancelotti
Oleh Kaki Wayang on

23 Mei 2011 - Chelsea pecat pengurus, Carlo Ancelotti, semalam selepas tumpas 0-1 kepada Everton pada perlawanan terakhir Liga Perdana England musim ini, kata kelab tersebut dalam kenyataan yang dikeluarkan.
Betol-betol Hangat! Filem Kongsi: Lu Langsi Lu Mati Catat RM7 juta Selepas Seminggu ditayangkan
Oleh Kaki Wayang on

Nampaknya Jutawan filem Malaysia David Teo mengekalkan status sebagai penerbit filem yang Berjaya di Malaysia. Setelah seminggu tayangan di seluruh Negara, Filem Kongsi arahan Farid Kamil kini telah berjaya mengutip RM7 juta. Ini bermakna 1 hari RM1 juta berjaya dikutip. Could you believe it? What a number we got here.
Selepas filem Adnan Sempit dan Ngangkung berjaya memecah rekod box office Malaysia, nampaknya Filem Kongsi akan sekali lagi memecahkan rekod tersebut. Dan kini David Teo telah mensasarkan kutipan sebanyak RM10 juta dan 10 juta penonton. Dan dalam tempoh 2 minggu wajib tayang yang dilaksanakan di Malaysia oleh FINAS aku rasa akan berjaya mengatasi kutipan sekaligus berjaya memecahkan rekod filem-filem terbitan beliau yang terdahulu.
Tidak dinafikan kebanyakan filem terbitan beliau (David Teo) box-office. Filem ini diarahkan oleh Farid Kamil (FK) dan pelakon utamanya adalah Shahiezy Sam. Kebanyakan filem yang dibintangi Shahiezy Sam buat masa sekarang nampaknya begitu diminati oleh semua lapisan masyarakat.
Apapun, Tahniah kepada Filem Kongsi dan David Teo serta semua pelakon dan krew produksi filem ini. Betol-betol hangat menghargai usaha anda untuk memartabatkan filem melayu di Malaysia dan di mata dunia. Tahniah!!!