PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Betol-betol Hangat! Liga bola sepak wanita tahun depan!

Oleh Kaki Wayang on

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/FanatikPialaDunia/pix_gal2

Wah..memandangkan pasukan bolasepak wanita kita sering mengalami kekalahan teruk dalam arena antarabangsa..langkah ini merupakan satu langkah yang sangat bijak bagi membolehkan Malaysia kembali memartabatkan bolasepak wanita di negara ini..

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2009/0420/Kosmo/Sukan/su_10.5.jpg

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) akan mewujudkan liga bola sepak untuk pasukan wanita di setiap negeri bermula pada tahun depan bagi merancakkan sukan bola sepak di negara ini. Timbalan Presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa berkata, perjalanan sistem liga untuk pasukan wanita itu hampir menyamai Liga Malaysia dan yakin bakal mendapat sambutan daripada pasukan setiap negeri.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2009/0420/Kosmo/Sukan/su_10.6.jpg

P/s: Baguslah wahai FAM oiii..bila bercakap pasal bolasepak wanita teringat pula kat saudari Haineh Liem (gambar atas, dapat jugak gambar dia)..pernah bermain dengan bolasepak wanita kebangsaan..seorang yang sangat ku kenali kerana beliau adalah saudara Betol-betol Hangat..rumahnya betol-betol dibelakang rumah BBH..dah lama tak de berita pasal dia..tak pelah..selamat maju jaya yerrr pasukan Malaysia..kalau leh jadi macam pasukan bolasepak Malaysia lelaki..
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Liga bola sepak wanita tahun depan!

Betol-betol Hangat! Susulan Laman Web Malaysia digodam

Oleh Kaki Wayang on

pix_middle 

Susulan daripada ancaman penggodam laman web di Malaysia (Anonymous) macam ini lah (gambar di atas) keadaannya..Namun begitu kerajaan Malaysia mengisytiharkan bahawa tidak ada apa-apa perubahan yang berlaku ke atas laman web rasmi kerajaan Malaysia.. Penggodam Anonymous bertindak memberi amaran kepada kerajaan Malaysia bahawa laman web rasmi itu akan digodam pada pukul 3.30 pagi tadi..namun begitu sehingga jam 4.30 pagi tadi, laman berkenaan dilihat tidak mempunyai sebarang perubahan hingga menimbulkan tanda tanya sama ada Anonymous gagal atau berjaya tetapi dapat diatasi pengendali portal malaysia.gov.my.

Sebaliknya, kira-kira 30 laman web tempatan didakwa digodam oleh pihak tertentu disyaki penggodam tempatan yang terikut-ikut dengan ancaman Anonymous.

Antara web yang dikatakan digodam dengan menggantikan laman dengan nota amaran dan gangguan atau DDoS atau penafian perkhidmatan terhadap laman termasuk penang.uitm.edu.my dan tourmalaysia.com.my, manakala beberapa laman web seperti krustudios.com dan sabahtourism.com yang didakwa digodam Anonymous dan mengalami kebocoran menyebabkan ditutup oleh pengendali web masing-masing.
Pemantauan yang dibuat oleh MyMetro terhadap portal yang menggunakan domain .gov.my tidak dapat diakses..tapi tidak dapat diketahui punca tersebut samaada ianya kesan daripada serangan DDoS atau pengendali domain bertindak menutupnya sebelum digodam..

Ancaman godaman laman web malaysia.gov.my adalah cetusan tindak balas pengguna internet berikutan tindakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) meminta para penyedia internet tempatan untuk menghalang akses kepada lebih 10 halaman perkongsian fail yang popular dengan alasan perkongsian fail berhak cipta dan melanggar akta hak cipta. tempatan.

10 halaman yang terlibat adalah Warez-BB.org, ThePirateBay, Movie2k, MegaVideo, PutLocker, DepositFiles, DuckLoad, FileServe, FilesTube dan MegaUpload.

P/s: Macam-macam lah dunia ni kan..nampak sangat rakyat Malaysia suka sangat dengan piracy..buktinya tengoklah..sampai bergaduh dengan kerajaan Malaysia..berani betol..
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Susulan Laman Web Malaysia digodam

Betol-betol Bangang! Akaun Facebook Yuna Palsu

Oleh Kaki Wayang on

Penyanyi bertudung popular Yuna memaklumkan terdapat akaun Facebook palsu yang menggunakan namanya bagi tujuan untuk memancing orang ramai. Yuna berpesan didalam Twitter kepada peminatnya agar tidak memberikan sebarang maklumat dan menambah akaun itu sebagai rakan.

http://theskop.com/wp-content/uploads/2011/06/akaun-FB-palsu.jpg

Akaun facebook palsu itu menggunakan alamat url: Yuna Zaraai Palsu
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Bangang! Akaun Facebook Yuna Palsu

Betol-betol Gempak! Codemaster digodam, Akaun terdedah!

Oleh Kaki Wayang on

http://www.marhaen.info/images/godam.jpg

Sistem pelayan pengendali game terkemuka, Codemaster yang popular dengan permainan Dirt 3 dan Overload didakwa telah digodam awal Jun lalu. Godaman ittu didakwa mengakibatkan nama, alamat, tarikh lahir, nombor telefon dan kata laluan penggunanya terdedah. Codemaster dikatakan menutup laman web mereka buat seketika bagi menyiasat kejadian tersebut.


P/s: Seb baek aku bukan seorang Gamer tegar
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Gempak! Codemaster digodam, Akaun terdedah!

Betol-betol Mantap! Kamera DSLR Nikon D5100

Oleh Kaki Wayang on

http://cdn-4.nikon-cdn.com/en_INC/o/MNdksz-T9ytPxFvt-LeJL-DNg90/Views/25478_D5100_front.png

Kamera DSLR Nikon D5100 adalah produk pertengahan yang boleh anda miliki jika anda seorang penggemar bermai dengan forografi. Ianya mempunyai skrin tiga inci yang boleh dikeluarkan 180 darjah ke bahagian kiri kamera dan dipusingkan sehingga 270 darjah memudahkan rakaman diambil dengan mengangkat kamera tinggi ke atas.

 http://cdn-4.nikon-cdn.com/en_INC/o/MNdksz-T9ytPxFvt-LeJL-DNg90/Views/25478_D5100_vari.png

Ianya juga dikuasakan pengesan imej 16.2 megapixel dan enjin pemprosesan Expeed 2 bersama dengan CMOS format DX untuk ISO 100 sehingga 6400 dan mengurangkan kebisingan ataupun noise.

http://cdn-4.nikon-cdn.com/en_INC/o/MNdksz-T9ytPxFvt-LeJL-DNg90/Views/25478_D5100_left.png

Spesifikasi:

Produk: Nikon 5100
Harga : RM2,698.00
Pengesan Imej: Nikon DX format
Saiz Imej: 4,928 x 3,264 (Large), 3,696 x 2,448 (medium), 2,464 x 1,632 (Short), D-Movie: 1,920 x 1,080
Sensitiviti: ISO 100 – 6400
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Mantap! Kamera DSLR Nikon D5100
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...