PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Betol-betol Kreatif! Bahagianya

Oleh Kaki Wayang on

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs963.snc4/75608_144114835638457_113886428661298_217340_2258648_n.jpg

Ngah cari-cari gambar untuk masukkan dalam entri..tetiba nampak gambar ni..apa lagi terus copy aka download dan terus post ke dalam blog..bahagianya kan kalau setiap keluarga hidup macam dalam lukisan ni..dan yang paling penting lukisan ni macam agak sama ngan lukisan havang Yazid Yahya kita (ke memang Yazid yang lukis..sila komen sikit yer Yazid)..kalau nak tengok lukisan-lukisan mantop dier..jom ke link ni...Just My Plain Doodles
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Kreatif! Bahagianya

Betol-betol Bengap, Bangang! Padah serah Kad ATM

Oleh Kaki Wayang on

http://www.2dayblog.com/images/2007/august/atm_card.jpg

Sekadar gambar hiasan

Ni lagi satu episod yang bagi BBH sangat bengap dan bangang..dalam episod yang lalu BBH menggambarkan orang yang berpendidikan sepatutnya pandai dan bijak untuk menilai mana yang baik dan mana yang buruk apabila hal-hal seperti memberikan maklumat bank, kad bank, bagi password atm dan sebagainya merupakan satu hal yang sangat tak boleh diterima pakai.

Lain pula halnya apabila tindakan seorang wanita menyerahkan kad mesin pengeluaran wang ATM berserta nombor pin kepada seorang jurujual di sebuah kedai barangan elektrik selepas terpedaya dengan helah lelaki(jurujual) berkenaan menyebabkannya kerugian sebanyak RM2,888.00. Namun mangsa, Zuharina Abdullah lega apabila Presiden Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) M Suppiah mengeluarkan perintah supaya kedai terbabit memulangkan semula wang miliknya dalam tempoh 14 hari.

P/s: Berhati-hatilah wahai kengkawan dan sidang pembaca sekalian..anda mungkin mangsa seterusnya..
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Bengap, Bangang! Padah serah Kad ATM

Betol-betol Hangat! Cer Cerita versi drama

Oleh Kaki Wayang on

MAMAT bersama Aminuddin (dua dari kiri) dan pelakon pada sidang media drama bersiri komedi seram, Cer Citer.

PENGARAH terkenal dengan genre filem berunsur komedi, Mamat Khalid, akan tampil dengan karya terbaru iaitu drama bersiri 13 episod bertajuk 'Cer Citer' yang bakal ditayangkan di saluran Astro Warna, 11 Ogos depan. Drama itu yang masih mengekalkan genre komedi seram dan berdurasi setengah jam bagi setiap episod itu sudah memulakan penggambarannya pada 17 Mei lalu.

Setiap episod yang dipaparkan akan menampilkan kisah seram yang berbeza serta judul berlainan seperti Cer Citer, Ambulanku, Pak Man Degil, Che Embun, Penumpang Malam, Keluhanku dan Check-In.

Siri drama ini tetap menampilkan beberapa pelakon sama yang saya tampilkan dalam filem diarahkan sebelum ini termasuk Man Kadir (Pak Jabit), Syed Mohamad Asri (Usop Wilcha), Delimawati, Pekin, Dewa dan Sofi Jikan serta pelakon popular lain seperti Rashidi Ishak dan Jue Aziz.

Wah yang bestnya tahun ni macam tahun rezeki bagi pengarah Mamat Khalid..banyak filem-filem terdahulu akan ada sekuelnya..tak sabar nak tengok filem Rock 2..Betol-betol Rock!!! Mamat Khalid berkata. "Saya masih mengekalkan genre komedi seram dalam siri drama itu selepas mendapat sambutan peminat filem terhadap konsep sebelum ini. Lagipun, setiap kisah seram yang dipaparkan mempunyai nilai moral tersendiri dan banyak mempersendakan hantu bagi setiap episod yang dihasilkan,” katanya.

Ketika menceritakan mengenai projek filem terbarunya, Mamat berkata, empat lagi penggambaran filem akan dibuat tahun ini termasuk sekuel Rock iaitu Rock 2 - Rimba Bara Kembali, Abie dan Bhabjan Lawan Han... , Usop Wilca & Werewolf Dari Bangladesh dan Lebuh Raya Ke Neraka..

Hahahahah!!! Usop Wilcha pown ada lah..mesti ramai yang nak tengok filem dia kan..tapi buat masa sekarang kita tunggu dan lihat dulu macam mana agaknya drama Cer Cerita (macam agak skema je bila nak sebut)...
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Cer Cerita versi drama

Betol-betol Kagum! Gerhana Bulan!

Oleh Kaki Wayang on

http://www.bharian.com.my/bharian/PixFront/gerhana 

KOMBINASI gambar gerhana bulan di Dubai, Emirate Arab Bersatu (UAE), hari ini. Gerhana bulan berlaku apabila bumi membayangi bulan. Warna bulan boleh bertukar kemerahan, tembaga-coklat atau oren, diwarnai oleh cahaya daripada matahari yang terbias apabila melalui atmosfera kita. Gerhana bulan dijangka berlaku di negara kita malam ini.
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Kagum! Gerhana Bulan!

Betol-betol Hangat! Serius LOL! Cara luar biasa bawa kereta baru!

Oleh Kaki Wayang on

VAN yang digunakan untuk membawa kereta Mazda 626 milik dua lelaki Kazakhstan. 

Pernah tak anda melihat benda-benda pelik tapi benar? mesti pernah kan..meh kita tengok gambar ni dan baca sedikit kisah berkenaan dengan cerita kedua orang insan yang serius LOL dan COOL (pinjam jap tagline Blog Serius.

Dua pemilik kenderaan dari Kazakhstan memiliki cara luar biasa untuk mengangkut kenderaan baru mereka dari Jerman - dengan menyumbatnya ke dalam van bagi menjimatkan kos berbanding mereka menggunakan treler. 

KERETA Mazda 626 yang dibaringkan pada bahagian sisinya dalam van.

Apabila mereka tidak dapat memasukkan kereta Mazda 626 itu ke dalam van dengan cara biasa, mereka membaringkan kereta itu di bahagian sisinya bagi dimuatkan ke dalam van berkenaan. Dua lelaki yang berasal dari negara yang sama dengan penulis karakter komik Borat, Sacha Baron Cohen meletakkan tilam di bawah kereta itu dan diimbangkan dengan kusyen.

Mereka bercadang membawanya pulang kira-kira 3,540 kilometer dari Bargteheide, dekat Hamburg. Namun, Konstanty Krol, 38, dan Cezar Chmielewski, 28, ditahan polis dalam perjalanan ke Kazakhstan selepas mereka melihat van itu melilau dari kiri ke kanan.

Dua lelaki berkenaan - yang berjaya memasukkan kereta berkenaan dengan bantuan beberapa rakan - turut melindungi muatan dibawa apabila mereka menutup cermin tingkap van terbabit dengan surat khabar. Jurucakap polis berkata, van dan kereta itu disita dan dua lelaki berkenaan diarahkan supaya mendapatkan pengangkutan yang bersesuaian untuk membawa kereta itu sebelum dibenarkan meneruskan perjalanan.

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Serius LOL! Cara luar biasa bawa kereta baru!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...