PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Betol-betol Insaf! Dirogol Selepas Taubat!

Oleh Kaki Wayang on

http://adulweb.files.wordpress.com/2010/10/berdoa-4.jpg

Sekadar perkongsian suatu sketsa..semoga ianya menjadi pengajaran kepada kita semua tidak kira lelaki mahupun perempuan..BBH tahu dalam dunia yang penuh mencabar ini..semakin lama manusia semakin lupa akan pencipta-Nya..semakin banyak perkara maksiat dilakukan terang-terangan..sedangkan salah satu tanda kiamat adalah maksiat dilakukan secara terang-terangan tanpa segan silu..

BBH menyeru kepada semua manusia..dan tidak lupa juga kepada BBH sendiri agar sentiasa bertaubat kepada Allah..sesungguhnya kita mampu mengubahnya..kalau bukan kita siapa lagi nak ubah..Jom kita baca satu cerita yang pada aku sangat meruntun hati..thanks to Perdanaonline ngan artikel ini..semoga cerita ini akan dijadikan iktibar untuk tempuhi hidup yang semakin mendekat dengan kiamat ini..

Alkisahnya:-

Seorang remaja yang telah insaf dan berazam tidak mahu lagi bergelumang maksiat menghadapi trauma apabila diperkosa lelaki tidak dikenalinya.

Akibat perbuatan lelaki buas itu, Aleena, 21, (bukan nama sebenar) kini mengandung lima bulan dan bakal melahirkan anak tanpa ayah tidak lama lagi.

“Saya akui sebelum ini saya seorang remaja liar dan sentiasa bergelumang maksiat.

“Tapi itu dulu. Ketika saya masih mentah dan belum kenal erti kehidupan.

“Ketika itu saya tak tahu apa-apa. Naluri muda saya sentiasa panas. Nafsu saya sentiasa membara. Teman lelaki bersilih ganti,” kata Aleena sambil menitiskan air mata.

Tanpa berselindung, gadis berkulit hitam manis itu mengakui  beberapa kali terlanjur dengan teman lelakinya. Bukan seorang. Tapi ramai. Aleena sendiri tidak pasti berapa lelaki pernah menidurinya.

“Sekarang saya sudah insaf. Saya benar-benar taubat!” rintihnya.

Keinsafan Aleena datang secara mendadak. Semuanya tidak dirancang. Suatu malam ketika sedang berehat di biliknya akibat keletihan selepas berpele­seran bersama teman lelakinya, tiba-tiba Aleena terdengar ceramah agama di corong radio dari bilik ibunya.

Aleena tidak pasti nama ustaz yang menyampaikan ceramah itu. Tapi ungkapannya sungguh menyentuh kalbu. Suara ustaz itu sungguh lembut menusuk jantungnya.

Antara kata-kata ustaz yang sangat berkesan dalam hati Aleena ialah:  
“Apabila alat sulit lelaki menyentuh alat sulit wanita secara haram, maka diharamkannya masuk syurga selagi dia tidak bertaubat.”
 Kata-kata itu amat mengejutkan Aleena. Seram bulu romanya. Ya Allah, selama ini berulang kali aku serahkan tubuhku untuk diratah teman lelaki. Telah beberapa kali aku merelakan alat sulit teman lelakiku menyentuh alat sulitku…

Ketika jiwa sedang gementar itu Aleena terdengar ustaz itu berkata: 
“Jika alat sulit lelaki itu membenam dalam alat sulit wanita secara haram, maka tercabutlah semua amalannya…”
 Ketika itulah dia terbayang azab neraka. Terbayang kegelapan di dalam kubur. Terbayang ular dan lipan besar  meratah mayatnya dalam liang lahad. Terbayang soalan Malaikat Munkar Nakir yang bengis…

Jiwanya semakin menggeletar. Nafsu­nya mengecut dan nafasnya berdenyut kencang. Dia terasa nyawanya seakan-akan tercabut ketika itu.

Perlahan-lahan Aleena sujud sambil menyebut nama Allah. Dia menadah tangan bersama deraian air mata merayu ihsan Allah.

“Ya Allah, berilah aku peluang mem­betulkan diri. Janganlah cabut nyawaku lagi. Aku berjanji menjadi insan yang baik. Insan yang melakukan ibadah dan meninggalkan semua perkara keji.

“Ya Allah, pada malam ini aku berikrar akan meninggalkan semua perbuatan terkutuk yang pernah aku lakukan selama ini. Sesungguhnya pada malam ini…dan saat ini…aku melafazkan taubat kepada­Mu…

“Tuhanku, terimalah taubatku… bimbinglah aku ke jalan benar. Isikanlah jiwaku dengan amal kebajikan…dan buangkan semua nafsu syaitan yang bersarang dalam diriku selama ini…”

Keesokannya Aleena bangun dengan azam membina kehidupan baru. Mahu belajar ilmu agama. Mahu meninggalkan semua perbuatan keji.

Aleena berharap dunia baru itu menjanjikan kehidupan serba indah. Malangnya, Allah masih menguji kesaba­rannya.

Malam itu, ketika keluar dari sebuah restoran selepas membeli makanan, tiba-tiba langkah Aleena dihalang. Sebuah kereta menghimpitnya.

Seorang lelaki berusia 30an keluar dari kereta sambil menghunus pisau: “Jangan menjerit jika mahu selamat!”

Aleena panik. Lelaki berjaket hitam itu mengarahkan Aleena ke kereta. Pintu depan kereta dibuka dan dengan cepat tubuhnya ditolak ke dalam.

Lelaki itu memecut laju membawa Aleena ke sebuah hutan jauh dari bandar.

Di sebuah rumah kosong di hutan itu Aleena diugut. “Buka pakaian cepat!”

“Jangan buat saya begini. Saya sudah insaf…saya sudah bertaubat!” Aleena cuba melawan bersama tangisan.

“Jangan kau fikir aku tak kenal siapa kau, Cik Aleena. Kau ingat kau baik sangat? Kau ingat kau wanita suci?” sindir lelaki itu sambil ketawa.

Dengan rakus lelaki itu merentap pakaian Aleena, satu persatu, sehingga akhirnya Aleena lemas diperlakukan seperti haiwan.

“Selepas puas meratah tubuhku, lelaki itu menghantar saya ke stesen bas dan dia terus menghilangkan diri,” cerita Aleena bersama sendu pilu.   

Setelah kandungannya berusia tiga bulan dia menceritakan perkara sebenar kepada keluarganya.

“Mulanya keluarga tidak percaya, tapi bila saya bersungguh-sungguh mencerita­kan apa yang berlaku barulah mereka yakin apa yang menimpa saya.

“Keluarga kemudian membuat laporan polis, namun sampai sekarang jejak lelaki itu tidak dapat dikesan kerana saya  memang tidak mengenalinya.

 “Setelah kandungan berusia empat bulan keluarga menghantar saya ke  Kem Modal Insan (KEWAJA) Gombak, Se­langor.

“Saya yakin apa yang berlaku itu satu ujian Allah mahu menguji keimanan saya,” kata Aleena pasrah.

Cuma Aleena amat kesali, setelah bertaubat mahu menjadi insan solehah, ketika itulah dia didera seperti binatang.

“Kukira selepas insaf dapat aku abdikan diri kepada Allah, namun semuanya hancur berkecai oleh sikap lelaki durjana…” rintihnya.
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Insaf! Dirogol Selepas Taubat!

Betol-betol Hangat! Bagaimana Menaikkan Trafik Blog?

Oleh Kaki Wayang on

http://onlineincomelab.com/wp-content/uploads/2010/11/increasing_website_traffic.jpg 

Biasanya traffic dijana dengan kehadiran pembaca masuk ke dalam blog kita..tapi bagaimana nak jana traffic untuk menarik minat mereka agar update-update/ post yang kita berikan dalam blog menyebabkan mereka ini tertarik untuk membacanya?traffic means pageview..kekadan hari ni kita dapat dalam 500 PV tapi UV dapat dalam 300 UV jew..dah lah kita penat-penat nak siapkan satu entri tapi dapat banyak ni je..

Kekadang sedih jugak kan..tapi sebagai blogger baru..jangan cepat putus asa..satu cara yang paling mudah dan teramat klasiknya untuk mendapatkan traffic adalah dengan “BLOGWALKING”..tinggalkan jejak anda di mana-mana blog yang anda singgahi..tinggakan url anda..besar kemungkinan ada diantara pembaca-pembaca disana akan mengunjungi blog anda..kemudian join mana-mana segmen yang dikelolakan oleh blogger otai macam Ben Ashaari sebab Abg Ben selalu buat segmen atas tujuan untuk membantu blogger-blogger baru..

BBH sendiri pun sentiasa berblogwalking dan mengikuti segmen Abg Ben..hasilnya..traffic akan meningkat dengan mendadak..kekadang daripada tak de komen langsung dalam entri kita..tetiba leh dapat dalam 20 paling kurang..kalau blog Abg Ben lainlah sehari leh sampai ribu-riban yang online kat blog dia..

http://techbu.com/wp-content/uploads/2010/10/206-blogger-blog-traffic.jpg

Kemudian, sebagai blogger yang kreatif..harus tahu apa yang pembaca nak cari..biasanya LABEL, tag memainkan peranan yang amat penting.. kenapa?sebab label nil ah yang akan berkemungkinan akan di cari oleh pembaca-pembaca..Selain itu kita juga boleh membuat entri-entri separti entri mengenai Artis-artis, gossip artis dan macam-macam lagi kerana entri-entri seperti inilah yang pembaca nak sebenarnya..

1 cara lagi adalah dengan mewujudkan contest antara blogger..my 1st giveaway ke, come and join our contest ke..dan banyak lagi..kerana dengan adanya pertandingan dan giveaway inilah yang menyebabkan pengunjung datang ke blog kita dan menyertai contest yang dianjurkan..secara tidak langsung akan menaikkan traffic blog kita..

Sebenarnya banyak lagi…tapi buat masa ni..tak perlulah aku nak ulas panjang lebar..ramai yang dah tahu benda ni..Cuma aku ingin kongsikan apa yang aku tahu…

P/s: Selalulah berblogwalking dan belajarlah cara-cara untuk menaikkan traffic blog kita..bersepah-sepah tutorial dan cara untuk tujuan itu..sekarang ni pun BBH masih lagi dalam proses pembelajaran..maklumlah baru  bulan berblog..
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Bagaimana Menaikkan Trafik Blog?

Betol-betol Hangat! Blogger? Apa Perlu Dibuat?

Oleh Kaki Wayang on

http://www.rylanclayne.com/wp-content/uploads/2010/05/Blogpic1.jpg 

Bila berblogwalking ni..banyak benda baru yang kita leh dapat.ada blogger yang menekankan cerita panas semata-mata..ada blogger yang cerita sal artis semata-mata..terutamanya macam Beautifulnara dan Ohartis..ada juga yang cerita pasal kehidupan..pasal peribadi..tak kurang juga kalau yang jiwang-jiwang tu..habis sume entri cite sala awek atau boipren dia..pastu letak sajak bagai..dan ada juga yang meletakkan cerita-cerita lucah aka cerita tak berapa lucah untuk menjadi santapan minda pembaca..(walhal ianya dijadikan umpan sebagai pencari trafik)..dan aku pula menjadikan isu-isu general sebagai tema blog Betol-betol Hangat ni..

Namun sebagai blogger baru, aku masih berpijak di bumi nyata..kepada blogger-blogger baru..kalau ada teguran daripada blogger otai ke veteran ke senior ke..korang tak payah lah nak rasa kecik hati atau nak putus asa yer..jadikan teguran itu sebagai pembakar semangat untuk terus berblog..blogger-blogger senior pon pernah jadi macam kita jugak..”newbie”..so tak perlu rasa rendah diri..

 http://blog.ning.com/blog/blog_logo.jpg

Dan yang menegur tu pula..jangan sampai maki hamun pula..kita hidup dalam dunia blog ni sudah semestinya seperti saudara..melainkan yang datang ke blog kita maki hamun, menjatuhkan maruah kita itu lain cerita lah..
Pastu, kena Tanya diri sendiri..tujuan kita berblog..kalau setakat nak cuba-cuba atau nak ikut kawan..”sebab dia ada blog, aku pun nak buat blog juga lah”..atau korang nak jana pendapatan semata-mata..atau atas minat untuk berblog..dan menguji kekuatan diri serta membuktikan kita juga mampu berblog dan menulis secara kolektif dan mempunyai seni kreatif yang tinggi..tepuk dada tanyalah selera..

Dan kepada blogger baru yang nak join blogger semata-mata nak jana pendapatan..jangan bila dah letak iklan macam-macam kat blog tapi dah 2, 3 bulan baru RM0.90 dalam akaun..pastu nak melenting..kekadang blogger-blogger otai pown memerlukan 2 tahun atau lebih untuk mencapai target “jana pendapatan melalui blog”..so kalau setakat 2, 3 bulan tu janganlah berangan nak dapat macam otai-otai ni yer..

P/s: Betol-betol Hangat! Pown baru 2 bulan berblog..so kepada blogger baru khususnya..tepuk dada Tanya selera anda nak jadi blogger yang macam mana..
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Blogger? Apa Perlu Dibuat?

Betol-betol Hangat! Jom Join Bloglist Wacanaku

Oleh Kaki Wayang on


Aku nak join Bloglist Wacanaku sebab entri post dia sume best!

Jom join sekali kat sini yer! Jom Join Bloglist Wacanaku

Aku nak TAG sape yer? Oklah aku tag Mak aku laaa
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Jom Join Bloglist Wacanaku

Betol-betol Hangat! Im now Glitteratian! Thanks Nuffnang!

Oleh Kaki Wayang on


Wow..setelah 2 bulan berblog..akhirnya aku dah jadi ahli Glitterati..selepas pelbagai technical problem melanda..ape pown..thank Nuffnang kerana telah menyelesaikan masalah yang BBH hadapi..korang memang terbaek lah...wow tak sabar rasanya menanti impak Glitterati ni...

Nak tahu ngan lebih lanjut sal Glitterati? baca kat bawah ni yer:

What is an “Exclusive Nuffnanger”??

An “Exclusive Nuffnanger” is a Nuffnang blogger who has NO advertisements from, mentions of, or links to other ad networks originating from SEA, or any ad networks we deem as competitors on his/her blog.

How do I apply for the Nuffnang Glitterati club?

You do not need to apply, and will be automatically included as a Nuffnang Glitterati as long as you do NOT have any advertisements from, mentions of, or links to other ad networks originating from SEA, or any other ad networks we deem a competitors on your blog. Our crawlers will automatically include your blog in the club within 4 days.

Note that if an advertisement from, or a link to a competing network is placed on your blog at any time, our crawlers will detect it within 4 days and you will automatically be removed from the club.

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Im now Glitteratian! Thanks Nuffnang!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...