PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Betol-betol Hangat! BEN ASHAARI AJAK PILIH BLOG

Oleh Kaki Wayang on


Dia datang sekali lagi..segmen Abg Ben yang ditunggu-tunggu oleh sume blogger-blogger dialam maya ini wah bodek tak hengat...sebab aku selalu mengikuti segmen Abg Ben ni merupakan salah satu segmen yang tak leh nak tinggal..kene join..meh baca soalan EXAM Abg Ben yang mengalahkan soalan exam universitas" OXFORD gitew..

Soalan Abg Ben Ashaari (JOIN KAT SINI)
  • Sila ceritakan latar belakang blog anda seperti bila mula buka , kenapa anda buat blog , sapa idola bloggger anda , minat dan sebagainya la..Cuba bagitau kenapa blog anda patut dipilih sebagai blog yang patut di singgah setiap hari ? 
Nama Blogger dan Nama Blog?
  • Nama ku Azri Abd Rajid..nak tahu lebih lanjut kena tengok kat sini..SKETSA AKU dan Nama blog adalah D'Informationz..nak tahu kenapa D'Informationz? Meh baca kat sini! ASAL USUL.
Kenapa anda buat blog?
  • I’m a true designer who loves to write, to design, to watch the movies, to tweet, to communicate, to connect, to design, to capture and more. Back in April 2011, I didn’t know anything about blogging but that moment changed my whole life. I love what I'm doing now and won't be stopped doing these. I'm a part-time blogger and I write about articles and share the stuffs, experiences, lessons and also stories of life. Remember that blogging can be your career if you could manage it well. Pendek kata, aku berblog hanya untuk mengembangkan bakat penulisan disamping berkongsi suka duka dengan blogger-blogger lain.. 
Idola blogger?
  • Aku rasa bab idola ni ramai sangat..kalau Idola blogger dah tentula Abg Ben..bukan nak bodek..tapi penulisannya sangat kreatif..pelbagai idea kretif muncul dari jari jemarinya yang berketol-ketol itew..seterusnya adalah Bro Eyriqazz..sama kreatif ngan Abg Ben..cuma aku lebih tertarik dengan blog Abg Ben..Denaihati, Kak Yanmie, Tia dan ramai lagilah..tak dapat nak taip sume..
Minat ape?
  • Aku minat sangat tengok wayang..dalam sebulan kalau tak tengok wayang memang tak boleh..tu sebab kalau dalm facebook nickname aku Kaki Wayang..merupakan seseorang yang sangat minat dengan design, gadget, handphone..dan aku merupakan seorang *bilal suatu ketika dulu..sangat suka bertaranum, sangat suka dengan bolasepak, badminton, shopping, makan dan lepak ngan kengkawan..
Blog ini patut dipilih untuk dikunjungi setiap hari kerana:
  • Blog ni merupakan sebuah blog yang penuh dengan informasi terkini dan lama..dah namanya D'Informationz so, dah tentulah penuh dengan informasi..Blog yang betul-betul hangat..dan sari hari ke sehari blog ini akan senantiasa hangat daripada biasa (tagline HotFM)..apatah lagi kalau jadi blog pilihan Abg Ben..confirm pasni aku akan buat sehangat mungkin..pastu setiap hari entrinya sering diupdatekan..kalau tak caye..korang selalulah ke blog Betol-betol Hangat! ni..kompom korang akan suka..ok lah Abg Ben dan rakan blogger yang lain tu je kot..

    Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! BEN ASHAARI AJAK PILIH BLOG

    Betol-betol Hangat! Penangan cerita Sharifah Amani cuba diperkosa

    Oleh Kaki Wayang on

    Perghhhhh..begitulah keadaan dan situasi serta perkataan yang tepacul dari mulut aku bila kisah mengenai pelakon bertubuh kecil ini menjadi entri paling hit dan terhangat sejak 2 hari ini (baru masukkan entri ini semalam)..heheheh..

    https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgTSy9SmJ4Z58wqu3pYNXGHK4u1wU5kgczfx-RO-IIbR9DxoWbuHfBAvUYWFh0PehGI6ZpgWKBpR9uoDJWobNM0I3W3HijeHRGP3t-dSn8FKFCBDs_gm0-f7yAwjsRa813kFFq8ft3pnOw/s400/Sharifah+Amani+Botak.jpg

    Beginilah sebahagian cerita mengenai Sharifah Amani yang cuba diperkosa oleh seorang lelaki yang disaksikan sendiri teman wanitanya di Universiti Putra Malaysia..

    Ketika Sharifah Amani sedang menyiapkan tugas hariannya di studio baru-baru ini, tiba-tiba datang seorang lelaki yang tidak dikenali serta telah mencium pelakon bertubuh kecil molek itu.

    Kejadian yang berlaku di studio, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia turut mengejutkan ramai pihak terutama beberapa orang yang menyaksikannya sendiri. Tidak lama selepas itu muncul teman wanita lelaki berkenaan di lokasi itu. Ia menyebabkan pergaduhan besar telah berlaku.

    Nak tahu kisah selanjutnya?jom ke LINK ini.. Betol-betol Hangat! Sharifah Amani Hampir Diperkosa?
    Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Penangan cerita Sharifah Amani cuba diperkosa

    Aku Blogger Baru La Bang!

    Oleh Kaki Wayang on


    Atas kegarangan En. Hasrulhassan..nampaknya tagline Betol-betol Hangat! tak dapat diletakkan kat tajuk buat entri ini sahaja..takowttt nanti HH marah pla..."Tanjat Boboi"
    Dah lah garang..kena jawab soalan pulak tu..soalannya berbunyi toink, toink, toink...gehtoooo..tak, tak soalannya ada kat bawah tu...soalan susah pula tu..Betol-betol Hangat! cuba jawab ok...
    • Nama blogger dan nama blog
    • Tarikh atau tahun pertama kali berblog
    • Entri paling popular
    • Widget paling best
    • Widget paling tak best
    Nama Blogger & Nama Blog?
    • Nama ku Azri Abd Rajid..nak tahu lebih lanjut kena tengok kat sini..SKETSA AKU dan Nama blog adalah D'Informationz..nak tahu kenapa D'Informationz? Meh baca kat sini! ASAL USUL
    Tarikh atau tahun pertama kali berblog?
    • Tarikh tak ingat..tapi tahun dan bulan ingatlah..aku mula berblog pada bulan April 2011..baru 3 bulan lah wehhh...
    Entri Paling "Fofular"?
    Widget Paling Best?
    • Widget follower tu laaa..harap-harap makin bertambah lah follower kat situ..sampai 1000 ke pun tak pe jugak..
    Widget Paling tak best?
    • Same macam Yazid The Plain Yard kalau tak best aku tak kan letak dalam blog ni..cuma aku rasa aku agak terkilan sikit lah ngan Facebook punyer application sebab tak ramai yang klik like ..
    • Satu lagi widget follower tu sebab baru 100++..hehehehe..tapi yg follow tu sume best-best..
    Nak tahu tak????
    Kenapa yer Blog ni dinamakan D'Informationz? kenapa semua post ada tagline Betol-betol Hangat?

    Jawapannya senang jew..soalan pertama..aku sebagai Admin aka The Kaki Wayang nak blog ni betol-betol akan jadi sebuah blog yang berinformasi dan berguna untuk semua orang tak kira sesiapa pun..asalkan dia pemegang status sebagai pembaca..aku mengharapkan agar apa yang orang tu baca kat blog aku..dia akan dapat maklumat dan informasi itu..

    Jawapan kedua pon senang jew..Ni semua sebab Blog Serius.. Bukan apa..dalam setiap post yang dibuat kat situ..semua post ada tagline yang tersendiri..sebagai contoh..Serius Cool, Serius Kreatif, Serius LOL..dan macam-macam lagi..dan memang aku salute blog dia..sebab walaupon blogspot (domain free) blog dia ni sekarang dah sampai lebih 20 juta pageviews..aku punya pageviews? tak payah cakaplaaaa..so daripada idea itulah lahirnya tagline Betol-betol Hangat! sebagai default tagline blog ini..

    Aku mula berblog pada tahun April 2011..so masuk bulan ni (Julai) baru 3 bulan lah aku berblog..so nak jadi blogger otai ataupun senior dan berpengalaman..kena lah selalu berblog dan mengeluarkan entri-entri yang hangat sesuat dengan tagline Betol-betol Hangat!. Kalau ada rezeki lebih rasanya nak beli domain sendiri tapi rasanya macam tak nak pula tinggalkan domain blogspot ni..free lah katakan..disebabkan aku ni seorang designer..website designer (designer lah sangat)..so aku kenalah wat blog aku ni lain dari yang lain termasuklah design blog ni.. Amik dari SKETSA AKU dan kat sini ASAL USUL

    Dah siap! Kompom lulus apabila guru besar Hasrulhassan check..Jangan lupa join segmen ni yer pas baca...
      
    Sila baca selanjutnyaAku Blogger Baru La Bang!

    Batol-betol Sengal! Payahnya Artis yang berlagak!

    Oleh Kaki Wayang on

    http://www.examiner.com/images/blog/wysiwyg/image/Demanding_children_final.jpg 

    Entri pada kali ni bukan entri pasal Artis yang korang dok gossip-gossip eh..ni Cuma ARTIS yang berlagak mengalahkan artis..bukan nak kutuk atau nak mengumpatlah..Cuma nak kongsikan sedikit kisah bila kita bekerjasama dengan orang yang perasan artis ni..demand xsudah-sudah..cum yang paling best dan terharu adalah bila dia cakap yang dia nak tolong Politeknik..sebab dah biasa bekerjasama dengan poli..tu yang aku rasa walaupun dia berlagak artis tapi masih ada sifat-sifat mulia itew..mulia katenyer…

    Sebelum aku meneruskan jari jemari lembut dan cerahku ini..gehtooo..aku macam rasa bersalah pula bila menulis artikel ini..aiyoooo…takpela aku tulis yang lite-lite jew..sebenarnya aku memang dah agak dah benda macam ni akan berlaku bila bekerjasama dengan orang dari A*****A ni..sumenyer berlagak artis..

    http://neftegaz.ru/images/01010.jpg
    Tak de kena mengena pown...sajeeeer!!!

    Dulu pernah aku menyertai pertandingan Nyanyian Lagu-lagu Patriotik Kuala Lumpur dan johan pada 2008..disamping mendapat kritikan membina dari judge RTM dan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (dikenali KeKKWa pada masa itu)..ada tiga orang peserta dari A****A yang menyertai pertandingan yang sama dan memang tak dinafikan suara mereka memang agak power dan kira macam artis lah..dan aku pula tanpa asas mengenal not dan chord music..namun suara aku agak kedengaran more traditional and original than “The Three Musketeers” ..tu sebab menang..dan Nampak pada masa tu sebeb dorg dari A****A dorg nampak besar kepala sikit..so bila turn aku nyanyi aku bagi Qasidah ckit..diorang bertiga dah terpinga-ping mencari sape sebenarnya aku..hahahaha..sebelum ni tak tegur..aku dah menang baru nak tegur..gehtooo (tak riak tau)..

    Melalut dah aku..dah-dah lupakan..aku Cuma anti orang yang berlagak artis even dia tu artis sekalipun..memang aku tak suka..pastu xmenepati janji dan masa..sangat aku tak suka..ada recording, ada practice tolonglah..please datang awal..jangan membebankan orang..aku dah xcukup tidor dah dalam 2 minggu ni memikirkan keadaan manusia lain padahal diorang tak fikir pown pasal aku..

    P/s: Mintak maaf pada yang terasa tu..even pada artis-artis yang selalu datang lambat g shooting tu k..datanglah awal..anda bekerja dibayar gaji..bukan anda dibayar untuk lewat dan berlagak..gehtoooo…

    Sila baca selanjutnyaBatol-betol Sengal! Payahnya Artis yang berlagak!

    Betol-betol Hangat! Trafik Mencanak?

    Oleh Kaki Wayang on


    Ok lah entri ni aku rasa entri yang paling ringan pernah aku keluarkan..hahaha bukan apa ianya cuma sekadar perkongsian..pada sesetengah orang yang dah senior tu mungkin tak rasa happy sangat bila tengok traffic blogger lain tak sampai 1000 pown nak bising-bising..nak buat entri bagai..nak bagi satu dunia tau yang traffic naik..aku termasuk dalam golongan itew..hehehehe..

    Setakat ini inilah traffic terbaik yang aku pernah dapat..891 pageviews sehari dan UV ntah lah tak nampak pula tadi statistiknya..sebagai BLOGGER BARU dah tentulah happy dengan pencapaian seperti ini..betul tak? Dan sure..aku sangat-sangat sure yang blogger-blogger baru yang dapat traffic hampir 1k mesti happy punyerr..janganlah nak bandingkan ngan blog-blog macam Ben Ashaari, Eyriqazz, InikisahkuTia, Denaihati, Kak Yanmie atau yang dah senior tu..beriban-riban sehari..

    Bagi aku setakat ini..ini lah pencapaian terbaik aku..padahal orang lain tak heran pown..ada yang sampai 3k,5k,10k pun ada..malah lebih dari itu pun ada..100k pun ada kot..hahahaha..konfem ada..

    Harap-harap pas ni bertambahlah traffic dan pembaca-pembaca blog aku..dan biarlah yang jadi follower tu datanglah selalu..jangan dah jadi follower pastu setakat tu je..returning visitor tak de pula..semuanya disebabkan “You Follow I, I Follow You”..disamping itu mengharapkan UV aku pun naik jugak..


    Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Trafik Mencanak?
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...